Saturday, April 25, 2009

BAHASA JIWA BANGSA

Itu adalah cogankata yang paling tepat untuk bahasa melayu kita. Dalam bahasa melayu kita ada jiwa dan ini bermakna bahasa itu sentiasa hidup dan segar. Pada sudut lain, bahasa juga menjadi nadi kepada bangsa kita. Jika bahasa kita lumpuh, maka matilah juga bangsa negara ini.
Dalam ceramah Paknil di SMK Victoria (Victoria Institution) Paknil dipertanggungjawabkan mengingatkan anak bangsa Paknil betapa pentingnya bahasa melayu di samping inggeris untuk kita pertahankan.
Sempena dengan Bulan Bahasa, Paknil rasa terpanggil untuk membawa anak-anak Paknil kembali ke zaman Paknil mula bersekolah 40 tahun dahulu. Paknil turut ingatkan mereka bahawa kepakaran berbahasa ini diasah dengan aktiviti seperti berpantun, bersajak, berlakon, bersyair, berpidato dan berbahas.
Paknil juga turut berkongsi bagaimana Paknil bertanggungjawab mempertahankan keaslian bahasa melayu ini dalam pekerjaan dan kehidupan seharian Paknil. Paknil seru anak-anak Paknil agar tidak gadaikan bahasa ibunda walau setinggi mana sekalipun pengajian mereka.
Paknil ingatkan mereka bahawa bahasa melayu ini mempunyai jiwanya yang tersendiri terutama dalam pengucapannya. Nada pengucapan dalam menyebut sesuatu perkataan bahasa melayu harus disertakan dengan emosinya sekali agar pengucapannya sampai ke hati.
Sempat jugalah Paknil membuat pelbagai demonstrasi bersama pelajar. Ini penting agar ia dapat mengundang perhatian yang lebih di kalangan pelajar agar sesi petang itu tidak membosankan.
Pelajar-pelajar sekolah ini juga merupakan golongan pelajar yang aktif dalam bersama-sama menyertai bengkel mini ini. Bangga betul Paknil apabila melihat semua kaum duduk di atas lantai dan bertepuk, ketawa sertai menghayati sesi itu bersama-sama.
Teringat pula zaman sekolah Paknil yang jauh terpencil daripada dikunjungi mana-mana figura untuk dijadikan ikon. Mungkin atas sebab itu juga Paknil rasa bertanggungjawab agar Paknil dapat menjadikan sekolah sebagai pusat ilmu yang interaktif dan informal.
InsyaALLAH, Paknil akan teruskan misi ini hingga ke luarbandar! Doakan.

40 comments:

Kay Faizal said...

tanpa bahasa siapalah kita...

firdee said...

cayalah pak nil...dah ada gaya YB nih...paknil memang ikon yg boleh dijadikan contoh...teruskan usaha murni pak nil...

@firdee.net

SaF_FreNsiCk said...

memang betul pak nil,
tapi agak susah sekarang ni nak teguhkan bahasa kita...

αєrιn said...

Assalamualaikum xD

Okayss.
Thanks for updating again :D

Uncle Aznil ialah contoh hebat untuk kanak2 bangsa kita. umm, sorry, wrong time to be giving comments. Late night.

- iNtaN @ kEcHik - said...

waahhh~
saya bangga dengan pak nil :)

Saichou said...

seronoknye dak2 tu dpt dgr ceramah dr paknil..caya lah leh jd tokoh motivasi ni, pak nil mmg sesuai sebab paknil pun ade education mlh anak2 paknil bjya ngn cemerlang dlm exam.

hrp2 lps ni, studnt2 tu sedar nilai bahasa kita yg harus dptahankan..

anakmelayu said...

Saya bangga abang aznil masih berada dalam kewarasan yang tinggi untuk sama-sama melihat bahasa ibunda kita sebagai satu perkara yang sangat penting. Penentu hidup mahawangsa. Syabas abang aznil. Bimbang dengan mentaliti masyarakat yang terlalu taksub dan percaya bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa tunggal untuk kemajuan. =(

arin_shah said...

bangga ngan pak nil.. yg langsung x sedikit pun ada ura-ura utk mempolitikkannya.. seperti org2 lain tuh.. klu mcm tuh paknil lah yg memerintah negara.. huhu.. test la jd calon pilihan raya akan dtg.. wah.. terlebih sudah.. sah2 menang.. rm20k je.. JK..

sempat pulak pak nil ari nih..
yelah esok xde riuh pagi d era.. huhu.. pak nil.. kelakar la din tuh.. sy studnt UM tidur lewat sempat la dngar RP d era.. din tu mmg kelakar..

dia bercakap semangat sangat.. sampai x ingat org.. dye ada peminat yg tersendiri kut.. may b dye boleh dapat award one day.. huhu..

k pak nil.. riuh pagi mmg best.. semua segmen2 pagi mmg best.. hopfully din ngan aznil dapat sebut nama tasik terpanjang dan nama negeri d amerika dgn betul...
wakakakakakaka...

AFIQ zainal said...

wah...bangga gitu dapat komen lebih awal daripada cik SUZY...pengomen no 1 blog paknil...jeehehe....suzy jgn marah yek...

apa2pun sy tumpang bangga ngan usaha n akltiviti yg paknil jlnkan ni..beruntung dak2sekolah tu kan..msti melekat punyala dlm kepala apa yg paknil katakan tuh..

apa pun pasni paknil da boleh jadi duta DBP ..chaiyok paknil...

sis_nita said...

salam pak nil..

bagusnyerrr.. celebriti aderr wat xtvt mcm ni.. patut dicontohi oleh sumerr YB2 yg ader.. huhuhu!

bahasa jiwa bangsa..

.::F.A.I.Z.A.H::. said...

Dah mcm org penting kementerian pelajaran lak Pak Nil neh..hik3..papepown maintain cute ek..

CikguSheLa said...

TAHNIAH PAK NIL!!!
sbgai warga pendidik,saya rasa bangga kerana ada artis yang snaggup turun padang untuk mmberi motivasi & menarik minat pelajar tentang membudayakan bahasa...mungkin satu hari nnt blh la Pak Nil singgah beri motivasi di sekolah saya...yg dikategorikan luarbandar...
TAHNIAH PAK NIL!!!
Usaha yang boleh dibanggakan... :)

Cikinto Marcello said...

mcm wakil rakyat gitu..i loike :)

edzlin007 said...

salam paknil.

saya harap paknil dapat teruskan usaha ini. ke sekolah luar bandar sudah tentu boleh beri mereka semangat.

saya tidak tahu sama ada paknil ada selitkan aktiviti lain selain berceramah. kalau tidak ada, mungkin boleh juga ajak pelajar lawan berpantun, berbahas ke.

<< s| teD| yanG GOmuK >> said...

ha ha ha ha.. sokong firdee.. cam gaya YB pun ade.. kire dah layak bertanding ni paknil!!

tahniah pak nil.. sebab jadi jemputan majlis yang memartabatkan bahasa melayu di saat-saat bahasa melayu kian di perkotak katikkan...

anne said...

Tahniah!

NieRadiNa said...

salam paknil..

wah ada gak ksempatan masa paknil utk update blog ari nih..

paknil, msa paknil pkai spek itam masuk dlm dewan tuh dh mcm bintang trnama dh sya tgk...fuh kiutnya paknil skali tgk cm plakon popular flm hong kong yg sya mnat tuh..

teruskan aktiviti murni paknil tuh...sya disini setia mmbacanya..n insyaallah yg baik akan dijadikan panduan dlm hidup...

Jo Qusary said...

Tahniah Pak Nil... semoga pak nil terus bg semangat kat anak2 muda spy cintakan bahasa kita.

WeBViDeOKLiP said...

bahasa melayu ttp no 1

Leenoh said...

Salam Paknil.
Kalau anda ada masa tolong buat ulasan ringkas di blog saya mengenai tajuk " Bahasa Melayu Kita' atau "Inginkan Kepastian"
Terima Kasih.

May Jiuan said...

cant go to aeon jusco bukit tinggi to c aznil today..
sangat sedihhhhhhhhhhhhhhhhhh!
:'(

by the time i came back from driving amali n teori talk,
i went jusco..
but aznil oredi went..
:'(

M@nje LuV@a said...

salam Pak Nil, bahasa jiwa bangsa...
walau berapa banyak bahasa kita belajar, tetapi Bahasa Melayu tetap kekal sbg jati diri kita, bukan sekadar untuk bangsa Melayu, tetapi seluruh warga Malaysia...

p/s: tak suke dgn sesetengah Malaysian yang x tahu (or mungkin x nak) ckp BM selepas bertahun-tahun b'mastautin di negara orang. Tapi, x sume yg mcm tu, just yg 'budget bagus' jer la. haha...Slang berubah x kisah...huhu

Su3y said...

A'skum abg aznil...

Memang seharusnya kita mengekalkan bahasa jiwa bangsa kita demi untuk anak cucu kita...

Tidak melayu mati di muka bumi,itulah semangat yang kita patut contohi...

Pentingnya kita untuk mengekalkan bahasa jiwa bangsa kita ni supaya sampai bila-bila sekalipun ianya akan kekal,walaupun setelah kita menutup mata buat selamanya...

Jikalau tidak mementingkan bahasa jiwa bangsa,kemungkinan besar anak cucu kita tidak berpeluang mengenali bahasa mereka sendiri...

& itu akan mengecewakan...

Jadi,bagi suzy.Abg aznil buat ceramah di sekitar persekolahan ni amat-amat digalakkan...

Abg aznil dapat juga berkongsi zaman persekolahan abg aznil bersama pelajar-pelajar,serta fifi & juga riki sendiri demi untuk menyelamatkan bahasa jiwa bangsa kita...

Insyallah suzy doakan semoga niat suci abg aznil,untuk mengadakan ceramah di sekolah-sekolah luar bandar dimakbulkan olehnya yang maha esa...amin!

SALAM SAYANG DARI,
SUZYLINA ;)

ABCPlus said...

Salam Paknil, remaja kini perlu disedarkan dengan pengggunaan bahasa melayu yang betul, tapi agak kecewa kerana bahasa rojak yang terlampau telah menjadi satu keutamaan samaada dalam penulisan atau percakapan ,lebih-lebih lagi bahasa sms kadangkala nak faham pun susah, tidak hairan mengapa anak melayu sendiri boleh gagal dalam subjek bahasa melayu , silapnya sering memperlekehkan bahasa sendiri....terima kasih kerana meletakkan bahasa melayu teratas...

tHEoNeANDoNLy said...

SALAM pak nil.. Ya betul pak nil. BAHASA JIWA BANGSA..!! Hidup bahasa melayu..!! :)
Selama ini .. Paknil telah menjadi kesayang kanak2.. dan kini... paknil menjadi kesayang remaja pula.. syahbas paknil..!! semoga selepas ini.. paknil menjadi kesayangan "para dewasa" pula.. saya "doa"kan paknil berjaya..!! amin..

A.Z.N.E.E said...

wah... bestnye dorg..
paknil dtg ke sekolah dorg..
hope paknil spun sudi ke sekolah saya.. mesti anak2 murid pun suke..

"Pakknil..." jerit dorg..

Kalo nk berkunjung ke kampung.. meh la ke perak.. byk sekolah yg masih ketinggalan dan dahagakn public figure mcm paknil utk bg sokongan n motivasi pada dorg..

D'Rimba said...

Tahniah pertahankan BAHASA JIWA BANGSA. Terima kasih juga saudar selaku pengacara nombor satu negara tidak ghairah untuk campur aduk bahasa dalam pengacaraan sesuatu rancangan juga di blog ini. Sekarang ini makin ramai pengacara TV yang suka dan dianggap kelas menggunakan bahasa rojak semakin berleluasa. Sebutan bahasa Melayu sendiri ala sebutan Inggeris 'r' dilebihkan. Aduhai bahasa warisan bangsa dilanda taufan gelisah di musim payah di tanah airnya sendiri...............

sarah said...

Tahniah dan terima kasih kepada Pak Nil yang setia memperjuangkan Bahasa Melayu kita di sekolah elit. Ya lah pelajar-pelajar melayu di sekolah bandar dan anak orang berpelajaran sekarang ramai yang malu nak bertutur Bahasa Melayu. Dulu saya bersekolah di bandar, masa mula-mula masuk darjah satu, ada budak-budak melayu tak tahu cakap melayu. Maklumlah, di rumah speaking, tadika pun tadika orang putih.Hidup Bahasa Melayu !!!!!!

inspirasiizra said...

wah,,
mesti seronok kan pelajar sekolah tu,,
pak nil dalam semua asapek,,
pak nil memang berkebolehan la,,

kalaulah pak nil dapat bagi ceramah masa saya sekolah dulu,,

tapi sekarang saya dah tak sekolah,,
saya di ipta ..

cindataman said...

OMG kacaknya PakNil pakai aviator *drool*

@cu SaYaNg said...

ensem nye pak nil..hehehe
bangga je tgk pak nil skrg nie

sniffa93_aznil4eva said...

congratz again uncle ngan ape yg uncle dah bwat keyh.

ifa arap 1 ari nnti uncle dtg skola ifa gak ek..smkssaas s.alm[sblom taon 2011 lah coz taon dpn ifa dah fom 5]

hee..
keyh uncle. gudluck in evrytink!
sayunk uncle

Zawir Al-Hamidi said...

Martabatkan bahasa kita demi bangsa Malaysia akan datang

matahari said...

Salam Pak Nil..
teringin nak jumpa Pak Nil!!!
Pa pun Tahniah atas usaha Pak Nil..

Jeditm said...

Salam Pak Nil.
Kelas la Pak Nil, boleh jadi ikon pelajar negara kita. Sempena hari guru tak lama lagi, nak ucapkan selamat hari guru. Harap-harap satu hari nanti boleh kita jumpa.

Faridhil Athrash Bin Sallehan said...

Salam.. pak nil.. sy athrash.. nama pnuh faridhil athrash bin sallehan.. sy stdy kt indonesia.. uni. padjadjaran, bandung.. under JPA's scholar.. nk tnye.. kmi ade nk buat majlis bulan januari tahun depan.. acara kt bandung la.. acara ni acara kemuncak.. nama die malam seribu impian.. malam ni malam charity dimana kami akn sumbangkan smua duit tiket ke badan yg tertentu kt mlysia (xkonfom lg).. n nk jemput pak nil dtg if possible jd MC.. but kami bukanlah ade duit nak bayar.. juz nk mintak jasa baik pak nil if sudi nak dtg.. kami benar2 berbesar hati nk jemput pak nil sbb mmg smua student minat pak nil.. n sy tau kisah pak nil pegi Uni. Malaysia Sabah eh?? yg psal kanak2 tu.. sy cukup tharu.. jadi, sy dgn serendah2 diri nk jemput pak nil dtg bandung utk mmeriahkan majlis kami januari 2010 insyaALLAH.. ape2 harap kontek sy.. +6281809247857/ atrash_88@yahoo.com..
p/s: sy ketua biro acara utk program ni..

eqmal hisyam said...

Pak Nil izinkan saya memberi respon ttg bahasa jiwa bangsa di blog saya ye. dan izinkan juga utk mengambil beberapa keping gmbr dr blog Paknil utk tatapan umum di blog saya.

-TheAizad- said...

Asslamualaikum Uncle Aznil...
Terima kasih sudi datang ke sekolah Izad erk..
ingat x kt Izad??
yg jadi Emcee pada hari tue...
Anyway, kitorg semua mmg terhibur dgn keletah uncle..

Mohd Hafiz Hasan Basri said...

askum uda Aznil..,

Apa kata sebaiknya kita menyebut 'bahasa Malaysia' dr sebutan bahasa 'Melayu'..
Amat jelas skg disekeliling kita rakyat bukan 'melayu' amat keberatan bertutur dlm BM malah mereka semakin berani mengagungkan bahasa ibunda dan bahasa Ingeris..ini kerna mereka bukan 'melayu' tidak perlu berbahasa 'melayu'.

1Bahasa 1Malaysia

Bahasa Malaysia Jiwa Bangsa Malaysia

nurhaniesaharazaman said...

whoa...smk victoria!!!! len kali paknil bole melawat skola nysa pulak SMK King George V, Seremban,Negeri Sembilan!!! (promote drama Lagenda BUdak SEtan) hahahahha