Monday, August 31, 2009

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Hari ini merupakan Hari Kebangsaan negara kita yang ke 52 tahun! Diam tak diam ini bermakna sudah 52 tahun penjajah Inggeris meninggalkan negara kita.
Kalau nak diikutkan, sebenarnya negara kita ini dapat membangun dan mengisi kemerdekaan dengan pelbagai kejayaan dalam masa yang agak singkat!
Bayangkan, dalam hanya 52 tahun negara kita boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju di dunia.
Negara kita cepat betul bergerak untuk seiringan dengan kemajuan. Amerika Syarikat dan Jepun sendiri mengambil masa yang panjang sebelum ia semaju hari ini.
Bukanlah Paknil nak bandingkan kemajuan mereka tetapi dengan apa yang ada pada hari ini di negara kita, Paknil rasa kita bukanlah dalam kategori negara yang ketinggalan.
Syabas kepada pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu sehinggalah sekarang. Dari pemimpin yang memperjuangkan kemerdekaan sehinggalah pemimpin yang mengisi kemerdekaan.
Kalau nak diikutkan, sebenarnya Paknil dilahirkan ketika negara kita baru 5 tahun mengecapi kemerdekaan. Tentunya ketika itu rakyat negara ini masih terkapai-kapai menguruskan negara ini dengan sumber yang banyak telah dicabul oleh pihak penjajah.
Paknil pasti, ketika itu Inggeris hanya mahu bersetuju untuk melepaskan negara ini setelah banyak hasil bumi negara ini puas diratah dan dikaut pulang ke negara asal mereka.
Nasib baik mereka tidak menemui minyak ketika mereka masih berkuasa. Jika tidak, Paknil pasti kita masih lagi di bawah jajahan mereka.
Sejak dari kecil Paknil yang dibesarkan di kota Kuala Lumpur ini didedahkan dengan banyak kesan-kesan peninggalan British. Paknil masih ingat pakcik dan makcik Paknil yang berkelulusan MCE (Malaysian Certificate of Education) yang setaraf dengan O Level (Ordinary Level) dan HSC (Highest School Certificate) yang setaraf dengan A Level (Advance Level) di England.
Begitu juga dengan jalan-jalan di Kuala Lumpur ini. Semuanya berbau barat dan kami ketika itu seperti berada di bumi Inggeris pula.
Ada Forch Avenue (Lebuh Ampang kini), Malacca Street (Jalan Melaka kini), Circular Road (Jalan Pekeliling yang kini Jalan Tun Abd Razak), Princess Road (Jalan Raja Muda kini), Jalan Parry (Jalan P.Ramlee kini), Weld Road (Jalan Raja Chulan kini) dan banyak lagi.
Ketika itu juga nama-nama sekolah seperti St John, Victoria Institution, Convent, La Salle dan seumpamanya dilihat sebagai sekolah pilihan masyarakat ketika itu.
Mungkin kerana itu adalah antara sekolah sirkular yang terawal muncul di sini. Ada yang masih menyanyikan lagu kebangsaan England, ‘God Save The Queen’ ketika itu.
Rata-rata rakyat negara ini ketika itu lebih selesa berbicara menggunakan bahasa Inggeris dan boleh dikatakan ada yang bercakap seperti orang Inggeris! Itu belum lagi Paknil ceritakan cara hidup masyarakat kita ketika itu.
Minuman arak, parti, fesyen, lumba kuda, kabaret, panggilan Sir dan Madam seperti menjadi lumrah masyarakat kita.
Paknil masih ingat lagi ketika di awal persekolahan Paknil, Pakaian seragam sekolah Paknil juga seperti pelajar-pelajar inggeris yang mana seluar pendeknya siap dikanji dahulu sebelum dikenakan.
Ketika di sekolah rendah juga sekitar tahun 1969, setelah 12 tahun kita merdeka, sistem pelajaran kita masih lagi berkiblatkan negara Union Jack itu.
Paknil masih ingat juga, kami di sekolah diajar untuk mengenang Mat Kilau, Datuk Bahaman, Datuk Maharaja Lela, Si Puntum dan ramai pahlawan melayu yang lain sebagai pembunuh, penderhaka, pengganas dan penjenayah.
Bagi kami ketika itu, nama seperti JW Birch, Stamford Raffles, Frank Swettenham, Francis Light adalah hero dan penyelamat bangsa kami. Ini semua dapat Paknil ingat terutama ketika mentelaah buku teks sejarah ketika itu.
Sejarah dilihat pada sudut kaca mata Inggeris dan sememangnya mereka mahu dikenang sebegitu.
Namun kerajaan kita bingkas bangun dan tidak terus khayal dalam cerita fantasi yang ditinggalkan oleh bangsa penjajah ini.
Sejarah negara kita diperbetulkan dan diletakkan pada paksi yang sebenar. Mat Kilau, Datuk Bahaman, Datuk Maharaja Lela dan Si Puntum dijulang sebagai pahlawan melayu dan hero kita.
Semenjak daripada itu, kita mula membebaskan diri kita dari akidah dan budaya penjajah.
Agama Islam yang ketika penjajahan Inggeris dipinggirkan, kini dijadikan teras pembangunan negara. Kita mula cerdik untuk membangun mengikut acuan budaya dan agama kita.
Walaupun kita hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, tetapi ada perjanjian kaum yang kita julang. Kita hidup dalam harmoni, saling menghormati dan tiada kaum yang rasa terancam.
Kita bebas mengamalkan amalan budaya dan agama kita. Bebas mencari rezeki dengan persaingan yang sihat. Bebas membuat keputusan untuk diri dan bangsa kita.
Dalam pada itu, Paknil juga menjadi saksi kepada kekalutan kaum yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969. Ketika itu Paknil baru masuk darjah satu di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Jalan Raja Muda (2), Kuala Lumpur.
Dari tingkap sekolah Paknil yang lokasinya berdekatan dengan pusat nadi Jalan Chow Kit, Paknil dapat saksikan demonstrasi demi demonstrasi dianjurkan. Hubungan kaum jadi tegang dan inilah juga yang mencetuskan rusuhan besar itu.
Ramai yang terkorban dari pelbagai kaum. Akhirnya kerajaan terpaksa mengistiharkan darurat dan Negara diletakkan dibawah pemerintahan MEGERAN.
Walaupun Paknil ketika itu baru di darjah satu, tetapi bagi Paknil, itu adalah salah satu insiden yang akan terus menghantui Paknil kerana ia memang amat menggerunkan.
Kami diletakkan dibawah perintah berkurung dan terpaksa tidur awal. Disamping itu sekolah dan banyak pejabat ditutup. Makanan juga dicatur kerana ada pihak yang mengambil kesempatan menyorok bahan makanan.
Paknil begitu insaf dengan kejadian itu dan menjadi trauma apabila menyaksikan demonstrasi dan rusuhan.
Paknil sangkakan trauma itu sudah berlalu kerana negara kita aman damai untuk satu jangka masa yang panjang apabila kerajaan mengetatkan kebenaran berkumpul.
Namun, sejak pergerakan Reformasi dianjurkan dan demonstrasi jalanan semakin galak dianjurkan, trauma itu kembali. Makin menakutkan apabila visual kejadian itu tidak dikawal dan disaring sebelum ia disiarkan di televisyen, akhbar dan internet.
Paknil ingin ingatkan kepada anak-anak Malaysia generasi baru ini agar percaya kepada kata-kata Paknil bahawa negara akan lumpuh jika ia berterusan. Paknil adalah saksi hidup kepada kejadian yang melumpuhkan negara 40 tahun dahulu.
Paknil tidak mahu anak-anak semua laluinya sebab kami dan ibubapa kami telah berikrar agar menjaga kerukunan ini. Kami tak mahu kamu semua melalui getir yang pernah kami lalui apa lagi yang dilalui oleh atok nenek kami.
Kami beri kamu pelajaran untuk kesenangan kamu dan agar kamu semua bijak berfikir. Bijak mencatur kehidupan dengan perbincangan intelektual.
Kepandaian yang diraih bukan untuk kamu mengambil langkah lapuk yang tidak relevan lagi di zaman serba maju ini.
Kita semua boleh berbicara dengan menggunakan satu bahasa iaitu Bahasa Malaysia. Jadi, masalah jurang komunikasi tidak timbul dan tiada sebab mengapa komunikasi berkesan tidak boleh dijadikan alat penghubung perbezaan pendapat.
Paknil tiada kepentingan politik bila memberi pendapat ini tetapi Paknil mempunyai kepentingan keamanan. Paknil mewakili anak-anak Tom Tom Bak yang mahukan taman permainan yang bebas kekacauan.
Paknil runsing bila anak-anak Malaysia didedahkan dengan perbuatan menyerang polis dan menyerang orang awam seolah perbuatan itu dihalalkan ibubapa mereka.
Lebih menyedihkan bila anak-anak kita diajar dengan perbuatan memaki, mencarut dan menyerang di kalangan YB di Parlimen.
Jika ini dilihat sebagai ‘halal’ dan dilakukan sendiri oleh pemimpin, maka tidak hairanlah jika anak-anak kita mengambil itu sebagai ikutan yang sahih. Nauzubillah.
Malaysia, payungkanlah anak-anak ku ini dari anasir-anasir kurang sihat ini. Biarkanlah mereka membesar dengan cara dan acuan kita.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 52.

53 comments:

Bieaz said...

Salam kemerdekaan buat BGnil dan semua warga malaysia....
kemajuaan dan kepesatan negara Malaysia amat2 dirasai..

walaupun berlainan negara we all kat sini still support Malaysia.
PEACE 4 MALAYSIA... Semoga negara MALAYSIA setenteram2 dan seaman2 negara kat sini.

KIBARKAN LAH JALUR GEMILANG (^^,)
MARDEKA
MARDEKA
MARDEKA

**from brunei**

oke2... nak pi sahur dlu (^^,)

teacher faz said...

Salam merdeka...semoga kemerdekaan yang di kecapi hari ini akan berkekalan selamanya....bersamalah menghayati dan menghargai jerih payah generasi terdahulu untuk mendapatkan kemerdekaan kepada Malaysia tercinta..=) PROUD TO BE MALAYSIAN!! LOVE MALAYSIA...

eqmal hisyam said...

Syabas Pak Nil. The best entry ever. Full of facts and x cakap kosong. seronok bila Pak Nil kongsi sejarah lampau Malaysia.I love the words. Teratur word by word. Keep up the good work.Jadilah contoh kepada masyarakat ye Pak Nil.

btw.im from VI.still love my school.And saya knal izul anak sedara Pak Nil.He was my junior.nGee..

liyana said...

salam merdeka paknil!!! bile lah boleh sambut merdeka ngan paknil?? teringin :)

DaKoSue said...

wah x sangka pak nil lalui zaman tu jgk erk...ish takut nyer tengok wajah pak nil mcm x caye still young harap2 biarlah malaysia nih kekal aman wat selamanya tak gitu pak nil

SELAMAT MENYAMBUT MERDEKA!!!!KEPADA SMUA RAKYAT MALAYSIA

noorafzan.blogspot.com said...

salam kemerdekaan paknil..
saya juga cukup x setuju dengan apa yang dipaparkan kepada umum lagi2 demostrasi jalanan..
karenah pemimpin di parlimen yang ditatap umum..
betul tu..
kie patut sedar dan membetulkan semula mana yang patut~

nita said...

salam kemerdekaan buat Negaraku Malaysia..

Merdeka bukan sekadar dengan laungan.. :)

tapi merdekakan diri kita dari segala macam bentuk penjajahan..

suka tengok MMA musim terbaru.. lebih kretif dan menceriakan.. tahniah wat pak nil :)

Edzlin said...

salam paknil.

selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-52 tahun.

saya pun berharap kejadian lalu tidak berulang, memang takut kepada demonstrasi jalanan. pada saya, pihak yang sengaja cetuskan dan semarakkan kemarahan orang adalah kerana kuasa, manakala orang yang menyokong kekerapan demonstrasi dan ketiadaan ISA adalah mereka yang tidak memahami sejarah lalu.

sangat berharap anak-anak tidak ikut generasi muda yang mudah naik angin ini.

anne said...

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat Menyambut Kemerdekaan.

Suka baca Borak Paknil minggu ni sangat tepat pengisiannya, relevan dengan apa yang berlaku sekarang ini.

Semoga rakyat Malaysia terus bergerak ke hadapan dan tinggalkan amalan yang boleh memecah-belahkan kita. Apa guna melaungkan Merdeka buat ke 52 kali jika anak-anak merdeka semakin melangkah ke belakang menghasut perpecahan di jalanan.

p/s - event apa yg dlm gambar tu abg aznil?

anon said...

PAKNILLLLLLL...TNGK TAK KONSERT ARWAH SUDIRMAN KAT TV3..TAK PERNAH DI TAYANGKAN KATANYA...TNGA PART ARWAH JEMPUT SORG MAKCIK CINA NYANYI LAGU KANTONIS SM2 ATAS PENTAS DGN ARWAH...YANG BEST TUE..MAKCIK TUE SEBUT "THANK YOU" KAT ARWAH..TP ARWAH BTULKAN BALEK "BUKAN THANK YOU TP TERIMA KASIH" SWEET GLER

anon said...

WAHHHH,,ARWAH PUN HAYUN LAGU TAMIL..SIAP AJAK SORG MINACHI MENARI SM2 JGK...SMP NAIK MALU GAK LAR MINACHI TUE BLE ARWAH MENARI2 MCM DLM FILEM HINDUSTAN JER...

RUPERNYER CMUER KAUM DTG TNGOK KONSERT ARWAH..WAHHHH..MSTI BEST KAN BLE DPT WAT CAM TUE..ADER KER ORG MCM ARWAH SKRANG..

Anonymous said...

salam merdeka ye pak nil~
jgn dirisaukan...
sy yakin...
sy wakil generasi remaja yakin...
negara kita xkan lumpuh buat kali kedua...
amalan 1 Malaysia telah diterapkan d hati kami..
sy yakin sume org pasti ambil iktibar ttg peristiwa 13 mei...
insya-ALLAH...xkan berulang hal itu...

sy dr skolah convent..
skolah km x ubah mcm skolah d mana sume kaum bersatu-padu demi mengharumkan nama sekolah..
seluruh warga convent butterworth mengangkat tangan berjanji untuk bersatu-padu demi kesejahteraan negara...
^.^

sy sgt gembira lahir d malaysia..

MERDEKA!!
MERDEKA!!
MERDEKA!!

XD

Anonymous said...

SALAM KEMERDEKAAN UTK PAK NIL!! (^_^)v

Mimie.Candy Cane said...

terima kasih untuk entry ni..terima kasih..its mean a lot to me.

beyond horizon said...

slm kemerdekaan..apa yg kita kecapi hari ini adalah hasil perjuangan datuk nenek kita dulu demi memerkakan negara kita, dan yg x dapat dinilai dari wng ringgit..Kita hidup senang hari ini adalah satu reality betapa tak sia2 kita dilahirkan ditanah yg bertuah ini..lihatlah negara len, seprti palestine!!
maka..cukupkah kita hnya melaungkan kemerdekaan tanpa meneruskan perjuangan mereka yg terdahulu?..tentu tidak kan..Ayuh kita patut bersemanagt lebeh dari itu..

ISMI HAFIZAH RASHIDI said...

btul PakNil :

corakkan lah kami dengan corak yang sepatutnya kami dicorakkan

:)

selamat hari merdeka

redly said...

salam merdeka yang ke-52.....
salam ramadhan....
moga amalan & hidup kita diberkati....amin..

echah_syed said...

salam merdeka pak nil..

setuju dgn pak nil..kalau anak2 diajar kurang ajar satu hari nanti jgn terkejut kalau kepala kita dipijak.

jgn kerana marahkan nyamuk kelambu pun nak dibakar.betul tak??

initrahartini said...

pak nil..selamat menyambut kemerdekaan ke 52..tadi sy ada menonton konsert allayarham sudirman di tv3..bila tgk sudirman menyanyi, sy teringat pak nil..beliau kan idola pak nil..sy bangga pak nil juga berjaya dengan cara tersendiri..

Arynsan said...

seronok tgk konsert sudir di tv3 siang tadi.

sudirman, penghibur no.1 asia mmg tiada yg bisa menggantikannya tapi yang bisa duduk sebaris dgnnya serta punya teladan yang baik dan diminati oleh semua golongan masyarakat seperti arwah sudir adalah AZNIL HAJI NAWAWI...the one and only!

yang menyayangi insan bernama AZNIL HAJI NAWAWI ini x kira warna kulit, bangsa, bahasa dan kedudukan.

AZNIL HAJI NAWAWI adalah ikon terbaik 1 Malaysia! sapa setuju?

Unknown said...

setuju ngan pak nil, tepat sgt dgn ape yg berlaku ketika ini. org yg selalu menganjurkan demonstrari tu biasenye punyai kepentingan peribadi je tanpe memikirkan kepentingan org lain... mcm tu ke nak jadi pemimpin generasi mase depan..

syabas paknil, doakan paknil sentiasa berjaya di masa2 akan dtg, dan tetap kekal menjadi pengacara no.1 di Malaysia..

beyond horizon said...

Senikata lagu..
Satu Malaysia

Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua
--------------------------
Iilah pencapaian hasil perjuangan demi perjuangan sampai kehari ini..
Moga ia berkekalan sampai bila2..AMIN.

ieda Harun said...

Salam merdekan Pak Nil....sy sokong klu Pak Nil jd Ikon....Bestttttttt

MrPayid said...

Salam Merdeka Satu Malaysia.. sana sini org cakap kita dah bebas dr penjajah.. tapi yg sebenarnya kita masih dijajah.. dr segi ekonomi dan sosial lg lah.. agenda barat takkan putus2 menyerang anak2 muda malaysia terutamanya golongan artis yg sesetengahnya menjadi ikon mereka.. namun PakNil antara yg membawa perubahan.. Bro Amy search pun dah mula menampakkan kemerdekaanya..

chenz said...

Salam Kemerdekaan

MERDEKA..!!
MERDEKA..!!
MERDEKA..!!

pembetulan ckit Paknil, bukan MEGERAN tp MAGERAN.
apapun,selamat b'puasa & merdeka.

http://borinkborink.blogspot.com

sniffa93_aznil4eva said...

salam uncle!
slamat menyambur kemerdekaan yg ke-52!

bangga jd rakyat malaysia!!!

shamsida said...

Salam Pak Nil, kemerdekaan adalah sangat beerti buat kami sekeluarga..ramai kengkawan ku menggelarkan saya ni minah patrotik...asalhari perjurit atau merdeka jer, mesti aku sambut dgn meriah..bukannya apa...aku adalah anak tentera...ayahku banyak terlibat dgn operasi menentang komunis, walaupun pd waktu tu negara kita baru jer lepas merdeka...kekadang ayah bertarung nyawa sampai hujung senapang pernah berada di kepalanyautk menentang saki baki komunis yg ada....kami sekeluarga kekadang kesunyian di malam raya apabila ayah dipanggil utk beroperasi di dalam hutan...banyak yg kami lalui yg mana tak dilalui oleh anak2 muda sekarang...sebab itulah aku sungguh berbangga dengan cara ku apabila negara kita kekal merdeka...semoga bumi bertuah ini kekal sehingga ke anak cucuku Aminnnn

Anonymous said...

happy merdeka day paknil

ErDa EiDa said...

salam merdeka paknil..

saya tak pandai nak bagi apa2 ulasan mengenai kemerdekaan secara berlebihan..tapi saya nyatakan juga disini kenapa saya bangga jadi rakyat Malaysia..

1) Sebab sya rasakan rakyat Malaysia ni lebih hidup mewah jika dibandingkan dengan negara lain yang ada rakyatnya berada di paras kemiskinan yang terlampau..kalau rakyat ngara lain ada yg smpai mninggal xckup mkn..rkyat dngara kita pula brlebih2 mkanan..

2) Kesejahteraan dan keamanan negara kita masih boleh dikwal oleh phak berkuasa..walaupun bnyak blaku plbagai demonstrasi...jika dilihat dingara lain cthnya Thailand..rkyatnya brani mnggulingkan pmimpin..smoga negara kita sntiasa dselamatkan drpd sbarang ancaman dan huru hara...

3) Keunikan negara kita yg tiada pd ngara lain..mmpunyai plbagai kaum,bangsa,budaya,adat,agama...
namun semuanya boleh brada dibwh satu bumbung yg sama..smuanya mngibarkan bndera yg sama..smuanya mnyanyikan lgu kbangsaan yg sama...sungguh unik..jika dbandingkan ngara lain yg dimonopoli oleh satu bangsa shj..

4) Sya bangga sbb kmajuan dnegara kita sndri sdah ckup hbat..tak perlu kita nk agung2kan ngara luar lagi...sbg cth kita dh ada angkasawan sndri...
kita ada mnara bkembar ptronas yg diiktiraf mnara brkmbar yg trtinggi ddunia..ltar antarabangsa sepang,antara litar trbaik dunia..

Akhir skali , knapa sya bangga jd rkyat m'sia..sbb rmai lg rkyat diluar sna nk jadi warganegara malaysia(indon,bangla bnyak) tapi sya lahir je dh jd warganegara malaysia..he..he..

Malaysia adalah tanah tumpahnya darahku..Ku titipkan kasih dan kusemai harapan agar bumi Malaysia yang kupijak ini akan kekal aman sentosa dan dirahmati Ilahi.....amin...Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke 52 Tahun...:)

U Rock said...

salam kemerdekaan buat pak nil,

well disini saya ingin mengambil kesempatan wat pak nil untuk mengucapkan ribuan terima kasih sebab pak nil sudi menjemput kak fasha kat tangkap leleh yg lepas tew..sekurang2xnya terubat jugak rindu tengok kak fasha dan serba sedikit hilang juagak tekanan kak fasha..sejak akhir2x ni nampak sangat diorang nak tutup periuk nasi kak fasha..buat die hard fans ND pls don't OVER Reacting!!berilah peluang pada kak fasha..nobody is perfect...bukan salah kak fasha sorang jer..Tepok sebelah tangan tak kan berbunyi!!!

dEeWaN said...

Salam abg aznil. Saya setuju dgn pndapat tsbt. Kita sbg i/bapa hrs mgajar ank2 kita tntg kbaikan krn mereka adalah jenerasi yg akn mmimpin negara. Saya gak bangga dgn arwah abg sudir. Saya gak bangga dgn abg.

P/s : yang pntg saya dpt mengambil gmbr dgn abg (Jelajah Era ke 11 di Melaka). Manis senyuman abg

Tunjuk Bintang said...

salam merdeka...
1 MALAYSIA
rakyat didahulukan
pencapaian diutamakan...

Anonymous said...

slamat ari mrdeka paknil!!
smoga ceria2 selalu..=D

Amir Razain said...

Media masa terutamanya tv perlu mengurangkan rancangan2 yang berunsurkan hiburan sahaja.
_______________________
View Profile: Rantong™

amirah said...

Salam MERDEKA Paknil!!!

Terharu dgr kisah yg Paknil paparkan kali ni,sungguh..benar2 menyentuh perasaan.

Saya akan sentiasa ingat pesan Paknil,saya tak mahu negara kita jd spt dulu.Tak sanggup rasanya lalui penderitaan dulu.

Ibu saya pun pernah ceritakan perkara tu pd saya,kata dia student perempuan dulu pakai skirt je and plg teruk,tak dibenarkan bertudung.Nak solat pun x bg...saya akui dah didedahkan kisah2 begini sejak awal lagi.

Alhamdulillah,maybe kisah2 ni dah byk bantu saya utk menyayangi segala usaha keringat yg kerajaan dah lakukan.

Cuma apa yg menyedihkan,kebanyakkan anak remaja zaman sekarang kurang menghayati kemerdekaan.Mereka terlalu byk dipengaruhi budaya Barat.Harapan saya supaya mereka dpt kembali ke pangkal jalan dan mengikut adat resam yg ditinggalkan datuk nenek moyang kita dahulu.

MERDEKA!!! ^_^

Anonymous said...

wepy merdeka pak nil!
welcome to my blog ;)
i also wrote sumtin bout
merdeka....tehehe..
nway camat bepuase ;)

ATIE said...

Terima kasih akan peringatan lampau, ayah sering bercerita mengenai kepayahan bangsa kita,tanahair kita supaya sayang & cintakan negara kita...Ayah melalui tiga zaman iaitu zaman konfertransi,komunis & 13 Mei..Dan Ayah masih bercerita lagi tapi kali ini pada cucunya..(Ayahku seorang bekas perajurit)

eiLda epaL said...

salam paknil...

seronok rasanya dapat baca post paknil kali ini...
sebab dapat tahu banyak sejarah zaman-zaman dulu...
betullah paknil, septutnya kita rakyat malaysia nie kenalah tahu bersyukur dan menghargai tanah tumpahnya darah kita nie...
kenalah sayang negara sendiri...
nie tak, asyik-asyik nak bergaduh sesama sendiri...
sampai bila nak maju macam tu...

harap-harapnya dapatlah negara Malaysia ni mengekalkan kecemerlangannya di masa-masa akan datang...
dan semoga kita sebagai rakyatnya juga dapat memanfaatkan segala kemudahan yang diperolehi dengan sebaik mungkin...

salam merdeka paknil :)

Anonymous said...

Salam,
Macam mana saya boleh menghubungi Aznil atau PA dia yer. Saya ada buat pementasan teater kanak-kanak Reban Ayam Itik anjuran UiTM fakulti seni persembahan. Dalam cadangan ada nak jemput Aznil sebagai pelakon undangan. Kanak-kanak pasti teruja sebab kanak-kanak suka Pak Nil. Adoi, tapi saya sebenarnya segan nak sampaikan hasrat ni. Tapi tak pe lah saya cuba dulu cam mana. kalau ada reziki adalah kot.
Amin

ita abdul said...

subuh-subuh begini..tersentuh jiwa saya membaca artikel p nil..mengalir jua air mata keinsafan,ketakutan jika akhlak tak dipelihara.moga doa kudus ibu-ibu dan bapa-bapa akan melindungi waris 1Malaysia..moga MALAYSIA aman bahagia!!!

ABCPlus said...

Salam kemerdekaan Paknil...cerita dizaman Jepun dulu emak sering makan ubi, pisang,keledek sebab sukar utk mendapatkan beras, bersembunyi didalam lingkungan pokok pandan yang penuh duri, tidur yang tak pernah lena dimlm hari kerana dihantui ketakutan akan didatangi pasukan beruniform penjajah...tapi pantang maut sebelum ajal hingga kini masih sihat dan dapat bercerita rentetan kisah untuk mendapat kemerdekaan...

Anonymous said...

uwahh~~paknil pergi ke sekolahku sambut merdeka!Hahaha!!

iDAN said...

Pak Nil

Pak Nil beruntung dapat rapat selalu dengan kanak-kanak yang masih putih hati mereka. Mereka jujur & cakap apa saja yang mereka rasa. Mereka ikhlas dengan niat & perbuatan mereka.

Yang pasti jika mereka bergaduh pun cepat amat mereka berbaik semula. Berkawan & bermain semula.

Ada ketikanya kita yang dah tua bangka ini patut mengambil contoh sikap mereka yang baik ini(bukan nakal). Kenapa iyer! orang dewasa ini bila tersinggung itu sampai boleh berdendam. Tak kiralahlah dalam pergaulan, tempat kerja, rumah tangga, politik & sebagainya.

Kalau kita cepat maafkan seseorang kan aman dunia ini kan Pak Nil.

Unknown said...

Panjang tu post merdeka ni!....

Macam tu lah PakNil.. di samping, berkarya, menghiburkan, tak lupa juga selit mesej positif...

MERDEKA! HIDUP PAKNIL! :D :D

***********************************
Sumber Alternatif Untuk Maklumat, Tips, Promosi dan Pengiklanan
http://kausar-kreatif.blogspot.com
Ruang alternatif untuk kongsi suara anda di Mini Forum Google Group
http://groups.google.com/group/kausarkreatif/web
***********************************

Anonymous said...

yeah... merdeka!!! merdeka!! merdeka!!

rasdan ibnu sabrie said...

salam merdeka yang terlambat!

Unknown said...

sayu hati baca entry ni.. walaupun olin x berada pada zaman tu, tapi bukan susah untuk menghayatinya kan.. hendak seribu daya.. tu yg buat olin sedar perjuangan orang dulu2 jangan lah kita buat x kesah je. huhu..

selamat hari merdeka Paknil~

faralazyarts ♥ said...

PHEW.. TERCABUT BIJIK MATA BACA CITER PAKNIL(TAKDE PERENGGAN).. HEHE.. NWAY, MERDEKA!

Nurul Ashikin Shafie said...

paknil...merdeka hari jadi kite tau..tapi merdeka thn ni xmeriah sgt la..spnjg 22 thn saye dah hdp ni tiap2 31 ogos saye msti sambt besday kat dataran..thn ni xdo..sedih...

safwan said...

omg, rozita che wan is so hot.u too paknil, tak nampak tua at all. congrats

Anonymous said...

assalamualaikum, salam merdeka
sory lambat bagi ulasan. tapi dalam keadaan negara sekarang bagi saya biar lambat asal maksud terlaksana:
Sewajarnya setiap dari kita memahami perkara – perkara yang menjadi asas dalam penggubalan Perlembagaan Persekutuan agar tidak ada lagi isu – isu sensitif yang diguna pakai yang boleh mencalar hubungan kaum yang sudah sedia terjalin. Seharusnya pihak – pihak yang berpengaruh yang mewakili kepentingan sesuatu kaum tidak lagi cuba menyiram minyak dengan memainkan isu – isu yang dipetik secara dangkal di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Lupakan formula kontrak sosial antara kaum-Keng Yaik, siaran akhbar Utusan Malaysia bertarikh 14.8.2005, adalah satu contoh isu yang seharusnya tidak diperdebatkan secara meluas di media massa. Perkara beginilah yang mudah membawa kepada perpecahan kaum. Sebagai seorang rakyat di dalam sebuah negara yang telah merdeka selama 52 tahun, seharusnya kita telah menjadi seorang yang matang dan bertindak bukan berlandaskan kepentingan sesuatu kaum semata - mata.
Pengalaman perpecahan kaum yang terjadi pada 13 Mei 1969 sewajibnya menjadi lampu dalam menyuluh perjalanan kita menjadi rakyat yang bersatu padu dalam erti kata PERPADUAN.
Akhir kata dari saya, melalui ulasan ini dapat disimpulkan bahawa bukan mudah untuk membentuk sebuah kerajaan yang mempunyai berbilang etnik di dalamnya. Perlembagaan sesebuah negara haruslah dijunjung dan dilindungi sebagai satu panduan menjaga keamanan dan kesejahteraan sesebuah negara. Sekali diseru marilah kita sesama insan bergerak bersama sebagai suatu bangsa MALAYSIA mempertahankan keamanan yang kita pinjam dari anak cucu kita. trimakasih

afifah said...

gamba kt ats tu time paknil lawat skola smk tmn setiawangsa kan? HEHE.
skola saye tuh:D

korg sume best

Noor Hafizah said...

salam aznil..

erhm, thankz for sharing..
memang benar apa yang aznil katakan..Pengalaman aznil skunk wat saya berair mata, rusuhan kaum mmg dasyat dan boleh saya bayangkan apa yang aznil lalui..

Memang benar semua kaum mesti bersatu padu, kerna kita semua sama, semua manusia cuma perbezaan agama dan budaya hidup namun itulah yang mencorakkan negara kita, negara MALAYSIA..

Bagi saya, kaum saya bukan hanya melayu tetapi cina, iban, bisayak kerna saya anak kacukkan dan saya hormati mereka kerna mereka jugalah 'family' saya..so, bg korang yg membaca blog ini, bukakanlah hati anda kerna kita satu Malaysia, bersaudara-mara,semua kaum adalah 'family' kita..

*sorry, tgh emo..huhu