Sunday, April 12, 2009

PENGAYUH BASIKAL TERPANTAS DI DUNIA!!!

Walaupun Azizul Hasni merupakan pemenang tempat kedua dalam acara lumba basikal dunia, Paknil tetap menggelarnya sebagai Pengayuh Basikal Terpantas Di Dunia! Yelah, kita kena ingat bahawa setiap yang kita cakapkan itu adalah satu doa. Jadi marilah kita ramai-ramai gelar dia sebagai nombor satu di dunia. InsyaAllah akan lahirlah jaguh dunia dari negara kita nanti.


Paknil tidak akan terkejut jika orang itu adalah Azizul Hasni sebab dia masih muda dan bersemangat tinggi.
Semasa Riuh Pagi Era jemput Azizul Hasni ke studio Era, sempatlah Paknil menyulam hati budi remaja ini. Dia sangat berbudi pekerti dan merendah diri. Tidak pernah lupa asal usul dan bercita-cita bukan untuk dirinya seorang.
Itulah istimewanya jika ada jaguh dunia yang muncul dari negara Malaysia. Sikap itu begitu tebal sekali berbanding dengan jaguh-jaguh dari barat yang sangat besar cakap mereka.



Paknil yakin sifat sedemikian wujud di hati kita kerana kita ada pepatah melayu yang kita simpan. IKUT RESAM PADI, MAKIN BERISI MAKIN TUNDUK KE BUMI. JANGAN IKUT RESAM LALANG YANG TEGAK KOSONG!
Dari pemerhatian Paknil, Azizul juga suka pada kerja penyampai radio ni sebab dia setia berada dalam konti selama 3 jam! Ke tandas pun dia tidak dan sentiasa bersedia untuk berbicara!
Hari tu, Azizul siap bawa basikal 'keramat' nya ke studio kami. Basikal yang dibawanya itulah basikal yang melakar sejarah peribadi Azizul dan Negara sebagai penyandang Naib Juara Kejohanan Berbasikal Dunia di Poland!
Kita kena ambil Azizul sebagai seorang lagi Ikon untuk anak-anak kita mengejar impian untuk menjadi nombor satu di dalam cita-cita mereka. Jika ingin jadi bomba sekali pun, mereka kena jadi ahli Bomba Nombor 1!



Kecil aje rupanya si Azizul ni dan Paknil pasti ramai gadis-gadis yang angau lihat wajah dan senyuman manis Azizul. Bila Paknil amat-amati balik wajahnya, teringat Paknil pada rakan Paknil Nurherman Majid, pelumba lari pecut berhalang negara yang dah lama berdiam diri. Ada iras-iras. Rupa-rupanya kecil-kecil cili padi rupanya sebab kayuhan Azizul memang MANTOP!
Sempatlah Paknil menonton kayuhannya di Youtube (klik sini), Pergh! Tak hengat lajunya. Jom tinggalkan kata semangat buat Azizul Hasni dalam posting ini sebab Paknil ada suruh dia baca blog Paknil.


Untuk Azizul, Paknil harap dia akan terus harumkan nama Negara dan semasa berlumba, lupakan pasal imbuhan yang menanti kerana kejayaan itu akan lebih manis jika ia datang dari keringat yang jujur!

49 comments:

AFIQ zainal said...

pak nil..sy yang tak nampak entry ni ke atau memang entry ni kosong ...???

Anonymous said...

great entry pak nil...
*clap clap*
and to azizul...
i'm a big fan of yours sejak olympic last year...
and ur final round dekat poland tu against gregory bauge was so damn close..
skit je lagi nak jadi juara..
but u did the best u could, i was amazed..congratsss
ur one of the best malaysian athletes...keep it up
will always be ur penyokong sampai bile2...=)

ps: thanx pak nil for this entry

-liana-

Aleyde said...
This comment has been removed by the author.
Aleyde said...

salam...pak nil....
& also to "pengayuh basikal terpantas didunia"-Azizul..haha...teruskan perjuangan anda untuk melakar sejarah yang lebih gemilang bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga sebagai bakti anda untuk Malaysia tercinta.....nombor 2? xpe, x lame lagi you akan bergelar no.1...hopefully...insyaallah...keep it up your good work and effort & jangan mudah b'bangge dgn pujian dan akhirnya kandas di tengah jalan...malaysians will always support you...hmmm, disebabkan sukan ni mmg relate dgn kelajuan,
juz for u:

"Hujan - Jiwa Kelajuan

1,2,3 lets go
Kucaraku dengan sepi
Kencang sangat kata hati
Yang tinggi semua ku junjung
Insan lama tak terkunjung

Definisi ku tetap sama dengan kelajuan
Tidak ku kentar kerna bagiku ini masa depan
Tiada penghalang bagiku dan matlamat ku hanya satu
Sentiasa bersedia kemenangan pasti milik kita

Jelmaan kabus disambut
Sorak semuaku kagum
Jangan rebah saat ia mundur
Teruskan langkah mara kedepan lalu ku rempuhhh"

p/s: big applause for u...

Edzlin said...

salam paknil. thanks tuk entry ni.

kepada azizul, tahniah! harap azizul mengharumkan Malaysia sekali lagi nanti. kami sangat bangga dengan anda. wa caya lu!

Anonymous said...

congrates to azizul and all the best for paknil for tonight..ABPPBH

Anonymous said...

Paknil dan Azizul,
Semoga kalian terus sukses.. Cayo cayo..

♥MAMASYAZA♥ said...

salam pak nil...we all doakan paknil berjaya mlm ni ABP

iyllienaz said...
This comment has been removed by the author.
iyllienaz said...

azizul..congratz..sgt berbangga ngan pencapaian azizul..smoga success selalu..we r alwayz here to give u support..Malaysia Boleh!!

Anonymous said...

cute la azizul nie..

Aerin said...
This comment has been removed by the author.
Aerin said...

Tengkiu for updating Uncle Aznil ;D

Jadi yg malam2 buta Uncle Aznil online tu update blog ye? Hhaas, dah agak dah..

Kapada Azizul, tahniah!
Harap mengharumkan nama Malaysia sekali lagi! You did the best you could!

Su3y said...

A'skum abg aznil...

Pengayuh basikal terpantas di dunia?Hmm...now den i know,huhu kalau abg aznil tak bilang maybe i'll never knew...

Hehehe,suzy tau bukan setakat ni jer gambar-gambarnye kan?kwang kwang kwang...

Hmm,agak-agak kalau abg aznil kayuh basikal laju tak?hehehe...

Cakap pasal basikal ni,memang suzy tak boleh lupakan 1 ketika ni terjadinye kemalangan kecil ke atas diri sendiri...

Sehingga sekarang,kesan lukanye masih ade di lutut...

Haiyo,apelagi balik kene marahlah jawapnye dengan papa sebab berdarah teruk...

Abg aznil pulak ade kenangan-kenangan mengenai basikal tak?

Hehehe...

Oklah,ape-ape pun suzy doakan bukan hanya untuk malam ni sahaja kemenangan berpihak kepada abg aznil malah untuk berterusan...

Wishing & praying for the very best for u & dato' siti tonite at the ABPBH,insyallah...amin!

SALAM SAYANG DARI,
SUZYLINA ;)

hamba ABDI said...

wau.. memang laju la azizul kayuh.. (p/s: tgk kat youtube tuu..)

tahniah.. MAJULAH SUKAN UTK NEGARA..!!

Unknown said...

Untuk Pak Nil, sunyi pagi saya seminggu dua ni.. rindu celoteh :-(..

Untuk Azizul.. (sila baca dgn loghat tranung, kalu dok kekgi dok paham) guane lening? Usaha sokmo, jangang puah hati doh dengang mende hok kita buleh ok.. .. kena usaha sokmo dan jangang lupa tawakkal pada tuhan.. jangang bimbang.. orang tranung doa sokmo utk deme.. bukang utk tranung saja, utk negara kita!

Muahh pak Nil, Muahhh Azizul
Salam

eya said...

utk azizul:
semoga mengayuh dgn lebeh laju lagik..hehe..

untk Pak Nil:
bile nk jenjln ke blog sy?tgglkan la sepatah lima kate pak nil kt chatboxku..ekekek..nk gak rase org seglemer pak nil dok menyinggah kan.

buat kedua2nye skali:
mcm sm je rupe,rambut pon sm..x pecaye ke..

ErDa EiDa said...

salam paknil...

yezzah..tunai gak pmintaan sya nk bca pnulisan paknil sbelum malam ABP ari ni..paknil msti kt gnting la ni..

azizul memang plumba basikal yg bbakat besar..bila brita kjayaannya disiarkan didada2 akhbar n media elektronik,sya brasa amat bangga skali krn lahir seorg lg jaguh sukan negara dpersada dunia...harapan kami smua rakyat malaysia, agar smua jaguh sukan tanah air dpat mngharumkan nama negara diperingkat dunia di pd masa akan dtg..mana tahu kita akan bawa pulang pingat emas pula dr olimpik bila sukan ini diadakan di England nati..

kepada Azizul smoga kjayaan dan bmacam pujian yg diberikan tdak mnyebabkan anda lalai n leka. Truskan 'kayuhan' anda krn rakyat Malaysia sntiasa mnyokong di blakang..

'MALAYSIA BOLEH'

Unknown said...

KAYUH N TERUS kayuh lagi...semngat...buat yang terbaik:)

JohnJenin said...

Usaha keras lagi Azizul Hasni untuk menjadi yang terbaik. Jangan pernah puas dengan kejayaan dan bahagiakanlah ibu bapa kamu yang pasti bangga dengan anak seperti kamu.

Moga 1000 lagi Azizul Hasni akan lahir daripada kejayaan kamu.

Hafiz-u-ddin said...

cycle to excellence

Mohd. Alias bin Demyati said...

semoga terus cemerlang...
AZNIL NO 1
AZIZUL NO 1

JANGAN LUPA MALAM NI...AZNIL ! AZNIL ! AZNIL !

NuriY said...

All d best to Azizul and semoga terus success dlm bidang kayuh basikal ni. And happy2 slalu with ur loved ones!!

m.zek.el said...

12 APRIL 2009...

Masa ni Pak Nil tengah berkira2 nak naik pentas amik award 'Pengacara Lelaki Popular' ABPBH..

Congratz to PAKNIL in advance....

ABCPlus said...

Salam ziarah Paknil,
satu idea yg bagus membawa jaguh pecut negara kekonti Era,satu penghargaan untuk Azizul setelah mengharumkan nama negara,teruskan usaha Paknil untuk atlit lain ,utk Paknil moga berjaya utk anugerah yg tercalun

adah uchida said...

jojo mmg humble n a very good friend..byk +venyer dr -venyer..hehe..thankz paknil coz sokong dia gak..=)

Anonymous said...

TAHNIAH PAKNIL...MENANG LAGI!!!

Anonymous said...

Paknil,
Syukur alhamdulillah, Paknil menang tahun ni.. Tahniah Paknil !!

.::Nur Faizah Azizan::. said...

TAHNIAH AZIZULHASNI AWANG!!!
TERUS MENGHARUMKAN NAMA NEGARA K...

p/s: ensem lak mamat neh..hee

AFIQ zainal said...

tahniah paknil atas kemenangan ABPBH08...!!!! proud with you...

Aleyde said...

SLM PAK NIL.....
CONGRATTTTTTTTTTTTTTTTZZZZZZZZ...

Farazila said...

azizul..chumel kamu....
tahniah....
kamu mmg pantas dgn berbasikal...
alway smile yea...

Unknown said...

salam pak nil..

ni nk bagi komen off topik sikit.. TAHNIAH UNTUK PAK NIL.. MENANG LAGI MALAM TADI..!!!

you are the best!!!

Pejabat Penerangan Daerah Hulu Terengganu said...

Salam,
Tahniah kpd Azizul dan Pak Nil kerana dua2 mmg hebat....
Utk Azizul, kau memang dilahirkan utk jadi juara....
Wassalam...

bagak... said...

Sesape jer yg mengharumkam negara den ucapkan syabas..anyway tahniah sdr azizul keep up the good kayuhan.. and 2u pak nil sekalung tahniah telah memenangi gelaran tu.

hans said...

azizul hasni tu ensem kan...
untunglah sapa jadi isteri dia...
mari sama2 skong beliau...

p/s:jaguh selalunya lahir dari kalangan yg pernah menghadapi kesusahan

Darling Pya said...

pak ji nil..kalau azizul tu besar,mana le mampu dia nk kayuh dgn pantas...mcm acu nie ha..
badan besar nak lari pun tak larat apa lg le nk kayuh laju2...hehehehe

(alasan je semua tu...nak 1000 daya x nak 1000 dalih..huhuuhu)

Bieaz said...

Assalammualaikum Bg Nil.

Takniah dapat awardNya semalam.. Syukur Alhamdulilah.

So Bie buat posting di blog Bie pasal Bg Nil semalam.Bg Nil halal kan ek! hehehe.

Singgah je ke bieaz.blogspot.com

Bye2.

eiLda epaL said...

salam paknil...

thanks 4 the entry yang mempromote pengayuh basikal terpantas di dunia, azizul...betul seperti kata paknil, walaupun menang no.2, tapi kita sepatutnya berbangga dengan pencapaian atlet-atlet malaysia di tahap dunia...

buat azizul, moga akan lebih maju dan sukses lagi di masa akan datang...jadilah no.1 pulak ya...

buat paknil, tahniah atas kemenangan di ABPBH malam tadi...paknil memang nampak smart bila berpakaian all black...tapi, selalunya paknil gemar berbaju hitam bila ada acara rasmi kan...hitam itu menawan! hehehe...

semoga paknil juga akan lebih sukses dan menang lebih banyak anugerah lagi yer...

all the best for you...

PeJun said...

to azizul...aku memang bangga kerana sebagai rakyat malaysia kerana mempunyai seorang pelumba yang akan menjadi seorang lagenda dunia satu hari nanti...

fyi..aku sentiasa mengikuti perkembangan semua sukan + hoki,Basikal n Badminton menjadi pilihan no 1 keana berjaya menghasilkan jaguh2 dunia + mengharumkan nama negara...

aku ada kawan bernama budin yang main badminton untuk sukama terengganu yg lepas..dia pun kata yang ko memang seorang yang berpositif sepanjang masa...

susah di dunia unuk menemui seorang jaguh basikal bertubuh kecil tapi empunyai kayuhan deras seperti 'bullet train'

as rakyat malaysia n ur die hard fan..aku doakan semoga kamu terus kan usaha + tingakatkan prestasi..semoga tercapai misi+visi peribadi & negara am nya..

"hidup Azizul !!!"

Anonymous said...

rasenya kalau fara bonceng paknil kayuh basikal mesti lg pantas drpd azizul kan..keh3.!:p

tahniah kepada aziziul..mengharumkan nama negara gitu!!!:)

farish izaryl @izreez said...

hesem la azizul hasni ni pak nil ahahhaha

shusupian said...

Ruginye xleh dgr azizul kt radio..nk wt cmne sya bkn kt Malaysia..tp sukan Malaysia ttp amik tau..skrg bsikal dh jd sukan favourite no.2..sori sbb masih xleh lawan bdminton lg..to azizul @ Jojo..hope akn terus cemerlang..to anyone yg ade hati kt Jojo ni lupakan la ek..sbb die x berpunya..btul x azizul????...klu free singgah la kt blog saya..jgn lupa tinggalkn komen anda...

Pen_Merah said...

Pak Nil, aku nak jadik no 1 pengacara TV, peyampai radio no 1, dan penyanyi no 1 negara. Doa doakan aku yer Pak Nil. nak no 1............

TO: Azizul Hasni (Pengayuh basikal terpantas di dunia)
-Kekalkan momentom...
-Jangan merokok, hisap dadah dan minum arak.
-Jangan berkapel ngan Penyanyi pompuan yang ala ala... nanti senasib dgn bintang sukan yang lain yg dah merundum tu... kalau dah jodoh pun, pilih artis yang sopan, yang boleh mendorong Azizul Hasni. cth, Heliza... ^ ^
-Jangan riak dan berpuas ati dgn pencapaian sekarang. Berusaha! (tagline aku nie...)
- Jangan fikirkan ganjaran, biar sponsorship dan negara yang fikirkan nak bagi ganjaran apa kat Azizul Hasni.
- Jangan bergambar tiada baju kalau majalah mangga panggil...
- Jangan pandang belakang....
- Jangan lupa sebut nama aku depan kamera kalau kena interview... heheheh...
- Jangan lupa Afundi Aishah.... Okey Deh....

zubaidah said...

keep up the good work azizulhasni ;p~~

asyran syahmee evans said...

best la azizul.
rugi ta dgr pagi @ era..
huhuh!

anyway,do ur best AZIZUL!!

Anonymous said...

selama ni kita hanya mengharapkan sukan badminton untuk menyumbangkan pingat untuk olimpik..

kini tidak sangka sukan berbasikal mempunyai potensi yang tinggi untuk meraih pingat pula pada olimpik London2012...

Selamat maju jaya bang Azizul!!!

MALAYSIA BOLEH!!!

sya mansor said...

salam pak nil... tak tau pulak pak nil ade blog. hari ni baru jmpe..
btw, thnx for this entry. sangat suke same azizulhasni ni.. dan tahniah utk kejayaan pak nil d abp. hopefuly tahun dpn mng lg=)

to azizul: u make us proud. jgn lupe diri deh..

SiQaH HuSSiN said...

thanks pak nil for this entry.
saya tak sempat dgr azizul di radio.
i'm his fan since olympic lepas.
memang hebatlah tengok dia kayuh

to Azizul,
we are always supporting u..