(Laporan akhbar Berita Harian 6 Oktober2008)
Oleh Farihad Shalla Mahmud Mahmudfarihad@bharian.com.my
Aznil Nawawi, tiga rakan sekolah disatukan setelah hampir 34 tahun tak jumpa terasa begitu nostalgia sekali saat Hip menjayakan sesi fotografi yang satu ini. Jika tahun lalu Hip menggandingkan pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi dengan kanak-kanak yang begitu sinonim dalam hidupnya, kali ini atas usaha pembantu peribadinya, Azlan maka berjaya juga kami menemukan Aznil dengan rakan sekolahnya. Lebih menyeronokkan pertemuan ala jejak kasih ini menyatukan kembali Aznil bersama rakan karibnya sewaktu dia berada di bangku sekolah rendah dan juga menengah. Gembira rasa di hati apabila melihat empat sekawan ini kembali bersua selepas hampir 34 tahun tidak berjumpa.
Sama-sama menuntut di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Raja Muda dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Laki Laki (Jalan Temerloh) lebih tiga dekad lalu, Aznil, Idris Atan, Zaimee Md Khidzir dan Mohd Khairuddin Md Yamin bagaikan isi dengan kuku. Mereka memang rapat dan banyak juga aktiviti dijalankan bersama. Bercerita mengenai perasaannya dipertemukan dengan rakan sekelas terdahulu, Aznil melahirkan perasaan terujanya. “Semuanya bermula apabila Idris menghantar mesej di blog saya. Kemudian dari situ kami saling berhubungan kembali. Bayangkan selepas lebih 30 tahun tidak berjumpa, baru sekarang bersua kembali. Ini semua tak akan menjadi realiti tanpa usaha Azlan.
“Dialah yang mengaturkan perjumpaan hari ini. Dan saya seronok apabila kembali berjumpa sambil bertukar-tukar cerita sekali gus mengimbau kenangan lalu,” ujar Aznil membuka bicara kami petang itu. Sewaktu di sekolah, gurau pengacara program Jangan Lupa Lirik, Kring! Kring! dan Tom Tom Bak ini, mereka ini bagaikan pengawal buat dirinya. “Disebabkan terlalu rapat dan sayalah yang boleh dikatakan paling lemah berbanding yang lain, maka selalunya sayalah yang menjadi mangsa buli mereka ini. Tapi, kalau saya kena usik, mereka jugalah yang pertama ke depan menyelamatkan saya,” ujar Aznil mendedahkan kisah lampaunya. Mengimbas kembali detik manis bergelar pelajar, Aznil berkata mereka memang aktif dalam bidang seni dan banyak juga acara hiburan yang dianjurkan di sekolah mereka sertai.
“Pernah jugalah kami menyertai pasukan boria sekolah dan Ketua Boria adalah saya sendiri, Tapi macam Zaimee, dia ini aktif dalam sukan. Sebab itulah masa sekolah dulu dialah antara pelajar popular di sekolah,” usik Aznil disambut gelak tawa yang lain. Sepanjang sesi fotografi ini berlangsung, ada saja modal Aznil untuk mengusik rakan-rakannya itu, sehinggakan sinar suria yang memancarkan bahangnya bagaikan tidak terasa asyik tergelak mendengar lawak jenaka yang terpacul dari mulut pengacara ini. Mengorek rahsia Aznil dari mulut temannya itu, mereka semua sepakat menyatakan yang Aznil sememangnya dari bangku sekolah lagi sudah menunjukkan ciri-ciri untuk menjadi seorang selebriti. “Dia bukan seorang yang pemalu dan ketika sekolah dulu, dia memang kerap menyertai pelbagai kegiatan seni. Kami semua kagum dengan pencapaiannya hari ini. Dan apa yang lebih membanggakan, dia tidak pernah sombong atau bongkak walaupun dia kini sudah berjaya. “Harapan kami semoga pertemuan ini tidak terhenti setakat ini saja. Mungkin kami akan bertemu lebih kerap dan moga Aznil akan terus berjaya dalam bidang yang diceburinya.
P/S : SECARA EKSKLUSIF PAKNIL PAPARKAN FOTO2 YANG BELUM DISIARKAN HANYA UNTUK TATAPAN PENGUNJUNG BLOG INI. HARAP JANGAN ADA YANG GUNAKAN GAMBAR INI UNTUK TUJUAN LAIN. TRIMAS!
19 comments:
pak nil
kita tengok gmbr pak nil masa muda2 dlm paper tu..
ensem nye...hahahahaha
mesti dulu pak nil ramai peminat gak kan...
jejak kasih paknil berjaya ...terubat juga rindu pada rakan lama pastinya banyak yg di bualkan..suka duka dan yg mencuit hati semua play back..mana tahu paknil berbesan pulak dengan salah seorang dari mereka tu.....itulah tak siapa tahu takdir akan datang kan...semuga paknil happy selalu
Abg Aznil, pasal the comment earlier...
I mintak maaf sgt2 kalau tersalah kata/ gurauan yg tak sesuai sampai terpaksa delete comment tu. Tak berniat nak menyinggung sesiapa....:-(
Pls accept my most sincere apologies.
A'skum Abg Aznil...
Alhamdulilah,akhirnye dapat jugak abg aznil bertemu semula rakan2 abg aznil tu...
Mesti best kan bile dapat bertemu semula...
Banyak cerita2 yang boleh dikongsi bersama...
Hehehe,tapi betul ker abg aznil dulu2 mase time skola asyik kene buli?
Mesti abg aznil decent kan mase tu,cute sampai sekarang tak hilang2...
SALAM SAYANG DARI,
SUZYLINA ;)
bestKan dapat jumPa kawan-kawan lama...
dahlaH kawan-kawan zaman sekolah-sekolah rendah&menengah...syioK habis...
mesti TERLALU banyak cerita yang nak dikongsi bersama kan...
lepas perjumpaan semula tu, jaNganlah pakniL lost contact dgn dieoraNg plak eh...
kadang-kadang paknil, dlm kehidupan kita ni, kawan yang kita dah lama tak jumpa atau lost contact itulah yang akan jadi kawan baik kita sampai akhir hayat...
34 tahun tak jumpa tue, lame sgt..
mase tue mak ngan ayah sye pun tak kawin lg..
Bagus paknil, merapatkan ikatan silaturahim.. sy pun nak cari kwn2 sy balik la..
paknil betul kata anne, sy minta maaf juga yer kalo ada yg tak kena..slmt hari raya paknil..
bestnyer dpt jumpa kawan laam yg mmg kta dh lma x jumpa kn?rasa mcm best sgt~!!!hope paknil happy~!!
kewl la abg aznil
sure best raya tahun nie dapat jumpa kawan lama..
betul cakap pepatah lama
selagi hidup
selagi itu akan tetap berjumpa
:)
best nyer.... i pun nak jejak kasih x-kekasih i :)
hai....
salam perkenalan pak nil....
terjupe gak blog pak nil.. kita mmg minat gak ngan pak nil nie.. suka tgk lawak2 pak nil.. moga pak nil succes selalu k..
It's sure great meeting old frens, especially the ones who used to be very close to you. I must say that you look much younger than the others though you guys are of the same age, rite!
Anyway, I always enjoy watching all your shows...and I can watch MMA repeatedly without feeling bored and still laugh like crazy over the spontaneous jokes.
You are the best entertainer in Malaysia. Keep up your good work,yeah.
salam...
pak nil tetap maintain awet muda lah
Asslamu'alaikum Pak Nil. Pak Deris baru saja buka blog Pak Nil. Terima kasihlah kerana sudi menyiarkan gambar rakan-rakan kita di dalam blog Pak Nil. Peristiwa bertemu semula setelah berpisah lebih daripada 30 tahun tetap menjadi kenangan manis sepanjang hayat Pak Deris.Sesungguhnya insan yang pernahku kenali 30 tahun dahulu adalah insan yang masih tidak berubah daripad sikap dan perwatakan kerana Saudara Aznil tetap berpijak di bumi yang nyata walaupun sudah terkenal khasnya di seluruh pelusuk bumi Malaysia yang tercinta. Saya ingin meminta keizinan daripada Saudara Aznil supaya melalui blog ini ianya dapat menjadi jambatan untuk menghubung kembali dengan rakan-rakan yang telah lama berpisah.
Sekian, salam persaudaran.
Idris Atan
sirdinata62@gmail.com
kenapa tk nampak mcm sebaya, pak nil?
Wow...pak nil nampak muda 10 thn dari kawan2 sebaya...nak tau apa petua nampak muda sokmo....
saya pun dah dapat jejak kasih kawan2 sekolah yg dah ditinggalkan 25 thn yang lalu.....memang mengingatkan kembali kenangan zaman sekolah..2 hari 2 malam tak abis cerita kenangan sekolah dulu....boleh buat novel gamaknya....
Post a Comment