Friday, October 31, 2008

SABAH NEGERI DI BAWAH BAYU (PART2)

Perjalanan dari Sutera Harbour dengan menaiki bot laju, adalah dalam 20 minit. Melambung lambung kitorang. Bot laju yang boleh mengisi 20 penumpang hanya ada kami sahaja, 4 orang!
Hujan mula turun masa dalam perjalanan. Sebab takut baju basah, Paknil duduk mencangkung belakang kerusi jadi hujan yang datang dari depan cuma kena tempat duduk jelah.
Kitorang sampai dalam pukul 7 malam. Setiba kami kat pulau Dinawan tu, pengurus resort terus bawak kami ke restoran untuk makan malam. Paknil baru dapat berbuka puaa masa tu. Sementara tunggu tiba ke pulau, Paknil buka dengan mineral water jer dalam bot.

Tapi berbaloi jugak penantian Paknil sebab tengoklah kami dijamu dengan aper….!!! Paknil belasah kaw kaw! Sodap pulak tu masakannya. Ada kambing masak black pepper, tiger prawns masak cheese, sweet n sour soft shell crab, mix vege dan dua tiga dishes lagi!
Thumbs up pada chef resort nih!

Selesai makan kami dibawa ke chalet masing2. Paknil ditempatkan di chalet Kingfisher 7.
Masuk2 terus Paknil rasa lega sebab bilik yang diberi amat menenangkan. Mengadap laut pulak tu! Dengan bilik air yang selesa….Paknil terus letak kepala dan lena bersama mimpi yang indah! Zzzzzzzzz………………

Pagi besoknya, baru Paknil dapat tengok keadaan sebenar resort dan pulau ni sebab masa tiba malam, tak nampak sangat! Tunggu kan Part3, nanti Paknil bawak tour resort ni eh!!!

Tuesday, October 28, 2008

PENANGAN TOM TOM BAK!!!!!!

MINTAK MAAF SEBAB KENA SENGETKAN KEPALA UNTUK NONTON VIDEO NI. PAKNIL TAK TAU CARA NAK ROTATEKAN VIDEO NI.

video ini adalah pemberian kawan fotographer NST (Su). Dia cakap anak dia kalau nonton Tom2Bak, mesti ghalit dan leka. Tak kelip biji mata. Paknil ingat dia nak amek hati Paknil jew cakap cam tu tapi Paknil silap. Bila dia tunjuk video yang dia ambik sendiri ni, Paknil pun rasa heran...macam maner anak yang berusia 1 tahun ni paham pasal Tom2Bak? Korang ada jawapan tak????????

SABAH NEGERI DI BAWAH BAYU (PART1)


Pada 17, 18 dan 19 Oktober yang lalu, Paknil berkesempatan memenuhi persembahan 1 jam di Rumah Terbuka Gemilang Mirza di Papar Sabah. Perjalanan dari KK ke Papar tak lah lama dalam 20 minit jew.
Terima kasih kepada semua penyokong Paknil di Papar. Selesai persembahan di Papar, Paknil dibawa untuk bermalam di resort di sebuah pulau di persisiran pantai Sabah. Nama pulau tu…Pulau Borneo Dinawan. Cantik tul pulau ni.
Nanti Paknil akan ceritakan pasal pulau tu tapi sebelum ke pulau tu, kami terpaksa menunggu bot yang akan membawa kami ke pulau tu.
Sementara menunggu bot di jeti Sutera Harbour, Paknil sempat bergambar di jeti bot2 mewah di situ. Adoi….kalau lah Paknil ada satu bot besar yang boleh bawak Paknil keliling dunia macam yang ada kat sini kan besh….erm…..gigit jari je lah.
Pemandangan menjelang matahari terbenam pun cantik! Bila bot sampai Paknil dengan orang2 kuat Paknil meredah laut selama 20 minit dengan bot laju. Kami siap meredah hujan jugak! Nanti Paknil akan download gambar Paknil kat pulau tu eh. Mesti kowrang suka & mesti nak gak pergi situ! Daaaaaa!

Thursday, October 23, 2008

HELO MR POSMEN!!!!


Paknil tau mungkin dah agak terlambat Paknil catat kan komen Paknil mengenai lawatan dan sesi fotografi Raya Paknil di POS MALAYSIA, kan? Takpelah yang dah lawat blog Paknil di Era.Fm mungkin dah baca.
Paknil rasa macam tak besh pulak kalau kat blog peribadi Paknil takder cerita nih. Oklah….here we go!


Terima kasih kepada wartawan Marliah & Opie dari KOSMO! Yang sudi penuhkan impian Paknil untuk melawat geng posmen kita yang tengah sibuk menguruskan hantaran kad raya menjelang 1 Syawal.
Sebenarnya Paknil dari kecik lagi teringin nak tengok macam maner diowrang ni kerja. Yelah, surat dan kad raya yang patut diagihkan bukan sikit tapi berjuta! Paknil heran macam maner sekeping kad yang beribu batu tu disampaikan kepada alamat selang 2 hari aje. Mesti pakai mesin nih…piker Paknil.


Setiba di Pos Malaysia Dayabumi, Paknil disambut oleh pegawai mereka dan terus bawak Paknil masuk ke bagahagian pengagihan kad raya. Memang ternganga mulut Paknil bila melihat jumlah kad raya yang banyak skali. Adalah beberapa adik-adik pekerja sambilan yang begitu tekun mengagih surat mengikut poskod.


Abang posmen amek kesempatan bergambar dengan Paknil. Paknil pun sempat ucap terima kasih pada mereka. Yelah…dari zaman Paknil kanak2 lagi, posmen banyak berbakti kat Paknil dan keluarga dengan menyerahkan surat tanpa gagal. Kita selalu ambik ringan dengan kerja mereka tanpa kita sedar ada diantara mereka ini kuyup dibasahi hujan, dikejar anjing, dilanggar kenderaan, tak dapat bercuti raya dan macam2 lagi dugaan yang mereka tempuhi.


Walau pun kita dah canggih dengan IT, namun bagi Paknil menghantar kad raya masih ada nilai sentimental dan personal sket. Kita tulis sendiri, lekatkan stem sendiri, poskan sendiri! Rasanya penerima pun rasa lebih dihargai sebab tau kita melalui susah payah untuk mengirim kad yang sekeping nih.



Dalam pada tu ada jugak kakitangan mereka yang bekerja lebih laju dari mesin! Sekali lagi Paknil ternganga. Tak salah masuk kotak pulak tu! Kekadang mesin pun boleh salah tau. Kecekapan akak kita ni boleh kita senaraikan dia dalam Buku Rekod Malaysia!


Paknil pun dapatla jugak merasa pengalaman bekerja kat sana walaupun ada posing-posing sikit masa tu hahaha..Satu lagi pengalaman menarik. Paknil berkesempatan membuat setem wajah Paknil sendiri. Memang teruja sangat kali pertama tengok wajah sendiri kat setem. Korang jugak boleh buat pergi je kat POS MALAYSIA, DAYABUMI.


Kepada semua kakitangan Pos Malaysia , Syabas Paknil ucapkan dan keje elok2 eh….Insyaallah, Paknil drop by lagi!