Monday, November 17, 2008

HERE COMES PAKNIL PART3!!!

Paknil sambung lagi jelajah untuk berikan semangat dan juga motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah. Kali ni Paknil berkunjung ke SK Kampung Tunku, PJ.
Mungkin ramai yang tertanya, kenapa kat lembah kelang je yang Paknil beri tumpuan. Sebenarnya ada gak cita2 nak gi luar dari KL tapi masa begitu suntuk sebab Paknil nak kejar sebelum cuti sekolah.
Insyaallah, kalau berkesempatan Paknil akan keluar dari KL. Mungkin masa bukak sesi baru persekolahan nanti.
Di sekolah SK Kampung Tunku ini, Paknil telah dikejutkan dengan kek harijadi yang besar dan nyanyian beramai-ramai lagu harijadi oleh pelajar2 sekolah tu. Tersentuh betul hati Paknil dan inilah kali pertama Paknil sambut hari lahir di sekolah setelah meninggalkan alam persekolahan berpuluh tahun yang lalu.
Yang beshy nyer, Paknil turut diberikan kad hari lahir yang dibuat sendiri oleh anak2 itu. Paknil akan simpan kad2 tu sampai bila2. Terima kasih sangat buat ASTRO CERIA sebab bagi hadiah buku scrap yang menggabungkan koleksi gambar Paknil bersama Tom Tom Bak sejak ia mula diperkenalkan.
Sememangnya ada persamaan tarikh lahi Paknil 6/11 dengan saluran Ceria di saluran 611!!! We are meant for each other!



6 comments:

Ria said...

UHHH MENARIKNYA....

eiza said...

huhuhu... masa kita sekolah paknil tak dtgpun.. huhu

edzlin007 said...

salam paknil. patutla area dekat je, sibuk ye. yang ada satu picture tu belakon ke breakdance? take care

azlin hashim said...

Betul lah Paknil.. saya pun baru perasan 611! Paknil dgn Astro mcm tak dapt nak dipisahkan.. serasi sgt.

dzihnie said...

Cantiknya kek birthday Paknil sama dengan lambang astro ceria...kreatif dan menarik...begitulah kasih sayang anak-anak tu terhadap Paknil...dengan nyanyian happy birthday yang bergema semestinya membuatkan Paknil rasa terharu...kasih sayang yang Paknil beri kasih sayang juga yang Paknil dapat...

TAIPINGMALI said...

selamat menunaikan haji.