Tuesday, November 25, 2008

MALAM PENGHARGAAN

Pada 20hb lepas, Paknil telah diraikan dalam satu majlis kesyukuran yang dianjurkan oleh pihak Astro sempena dengan kejayaan rancangan Macam Macam Aznil buat kali ketiga berturut2 di Anugerah Skrin baru2 ini.

Paknil juga turut diraikan atas penganugerahan Hadiah Utama Ketrampilan Berbahasa (Televisyen) 2007 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bertempat di Aras 7 Hotel Hilton Sentral, wah...hebat betul tempat ni. Decor memang first class dan yang penting kami aje yang ada kat situ. kira2 eksklusif la. Tepat kul 8 malam Paknil tiba bersama pengurus peribadi Paknil, Azlan dan pembantu peribadi Paknil, Key.



Famili Paknil yang terdiri daripada Kakak2 Paknil, adik serta ipar2 Paknil turut datang untuk bersama dalam majlis khas ni. Anak2 Paknil tak dapat datang sebab masa tu giliran mereka bersama ibu mereka.

Kedatangan kami rupanya telah sedia disambut oleh orang kuat Astro, Cik Rohana Rozan, Ketua Pegawai Esekutif TV ASTRO. Secara kebetulan ramai pulak yang pakai warna hitam. Mungkin sebab acaranya malam kot...



Masuk2 dewan yang disediakan, Paknil betul terpegun sebab siap slide kat tv ucap Tahniah pada Paknil. Yang beshnyer...dari dewan ni kami nampak bandaraya Kuala Lumpur dengan cahaya malam.

Meja Paknil di tengah2 Dewan. Paknil semeja dengan Cik Rohana disamping pengurus2 saluran tv Astro.

Macam ngam2 je jumlah jemputan dengan ruang dewan yang comel tu. Takdelah besar dan kecik sangat. Jez nice.

Masuk dalam dewan baru Paknil perasan yang geng production Macam Macam Aznil dan geng wartawan dah sedia duduk. Maknanya...acara dah nak mula lah ni!





Bila semua dah amek tempat, kita mulakan acara dengan bacaan doa syukur. Rupanya doa yang dibacakan turut dipanjangkan dengan doa selamat untuk Paknil yang bakal ke Mekah nanti. Alhamdulillah, mereka turut tidak lupa jadual Paknil ke sana.

Nak menitis airmata Paknil bila doa yang dibacakan oleh Ustadz benar2 menginsafkan dan me nyusuk kalbu. Bertambah2 rasa diri Paknil beruntung sangat mempunyai kawan, rakan dan kawan sekerja yang meletakkan Paknil di dalam doa mereka.



Ucapan oleh Cik Rohana juga simple and sweet (Macam orangnyer jugak). Dia nak kecemerlangan MMA diteruskan dan gembira dengan kejayaan ini. Bila pengiktirafan dari pihak pengurusan Astro diberi, rasanya penat lelah masa siapkan progran ru berbaloi, MEMANG BERBALOI!!!

Selesai ucapan, Paknil dihadiahkan dengan tanda hati. Susah2 aje lah...Terima kasih gak sebab Paknil diberi beg sandand ARMANI EXCHANGE. Mahal rasanya harga beg tu! Diowrang bilang, Paknil boleh gunakan masa di Tanah Suci. Ermmm....praktikal gak!

Paknil jugak diberi peluang untuk berucap. Peluang ni Paknil tak lepaskan untuk ucapkan TENGKIU kepada Astro, wartawan, pihak produksi dan krew MMA. Yang paling utama pada keluarga Paknil yang benar2 banyak berkorban pada Paknil serta anak2 Paknil yang banyak meminjamkan masa untuk bersama Paknil kepada waktu kerja.



Selesai ucapan, its makan time! Walaaa....menu buffet nyermemang mengancam. Mengenangkan Paknil takut gemuk sebab baru nak mula kurus, Paknil hadkan suapan ke mulut! Yang jadi my favourite ialah kambing panggang! Tak boleh makan banyak sebab takut darah naik! Panas tuh!



Kata orang hotel, kitowrang boleh duduk makan kat situ sampai kul 11 malam!




Selesai makan Paknil sempat bergambar kenang2an dengan famili Paknil...



Dengan geng production MMA....



Dan dengan pihak media...



Yang penting, Paknil nak gak bergaya dengan piala2 tu. Berat tau piala2 yang diberi tu!



Insyaallah...Paknil cuba sedaya upaya untukmenjadikan rancangan ini terus melekat dihati masyarakat Malaysia. Terima kasih Astro dan terima kasih semua!!!

22 comments:

Mr X said...

salam.
tahniah paknil..
diatas kejayaan paknil n astro..
go on with your career~
gud luck!

andy said...

you are the best - forever! =)

anne said...

Abg Nil...this is for you.

"Any man's life will be filled with constant and unexpected encouragement if he makes up his mind to do his level best each day." Booker T. Washington

..because you do your best in everything that you are involved in, the awards and appreciation keep on coming:-)

Halimatus Sa'adiah said...

salam..tahniah diatas kejayaan abg..mas doakan semoga abg terus maju dan berjaya dimasa akan datang..
and selamat mengerjakan ibadah haji..semoga mendpt haji yg mabrur..love u abg aznil..

edzlin007 said...

salam paknil.

tahniah kepada paknil dan produksi macam-macam aznil. ya, lepas ni teruskan lagi dengan program macam-macam aznil, moga rancangan ni bertambah baik pada masa depan.

selamat pergi mengerjakan ibadah haji, moga dapat haji yang mabrur. saya doakan paknil sihat walafiat.

azlin hashim said...

Congrates Paknil!!! Cukup bertuah menjadi Aznil Hj Nawawi. PAknil mmg patut diraikan begitu.

Tp paknil, ada satu statement menarik perhatian sy. Terima kasih sbb teka-teki sy selama ni dah terjawab dlm post Paknil hari ni. hehe..

Apapun, lepas ni berharap sgt paknil dpt update blog dan ceritakan persiapan Paknil pulak utk berangkat ke tanah suci untuk dikongsikan bersama kami.

Semoga Paknil sentiasa dirahmati Allah. Amin..)

Salam Sayang..

JustAgurlzNotAprincess said...

paknil..
beshnye tgk paknil di puncak...
ske ngat tgk rncgn paknil..
u r the light..
hope paknil x berenti shingga nyawa terhenti..

Nur a.k.a admansyah said...

Congrats Pak Nil...

U deserve to win! MMA mmg BEST!!!

Ada uji bakat tak? he..he.. tak puashati my boy tak cakap ms TTB last weekend.

redanna said...

paknil! tahniah ! paknil mmg patut dihargai kerana memartabatkan penggunaan bahasa melayu dengan begitu baik.
selamat mengerjakan haji! haj mabrur!

dzihnie said...

Salam Sejahtera Paknil..
Penghargaan yg. sepatutnya buat Paknil demi penat lelah utk menyempurnakan kerja dgn baik..inilah hasilnya...alhamdulillah.. teruskan dan tingkatkan usaha Paknil... muga kejayaan sentiasa mengiringi kerjaya Paknil...amin.

Cik Zura said...

semoga perjalanan seni pak nil semakin cemerlang

SiS-lin said...

tahniah pak nil...muah3x

sniffa93_aznil4eva said...

congrats uncle!!

slamat menunaikan ibdah haji..
ifa doakan uncle slamat smpai n slmat pulang nnti ek!

;D

Big Mamma Bukhari said...

Assalamualaikum..
Tahniah Saudara Aznil.. Terus maju jaya ye.. amin..

tiEha said...

slmmmm.....congrats """daddy niL"""
ur a great2 penghibur....caiyok!!!!keeps on going....all da best to u....

NieRadiNa said...
This comment has been removed by the author.
NieRadiNa said...

salam paknil...

ari ni kat paper ada kuar ftografi paknil...baru trdetik kt ati bila tgok pic pak nil..
'nape pak nil tak masuk dlm blog pic ni'...alih2 blik kja ,bkk lap top..search blog pak nil..dh update pun....

pak nil msti tgah mnhitung hari nak gi haji kan..bdebar2 tak pak nil...mstilakan....kakak sdra sya dh blepas dh ari ahad ari tuh....pak nil ni rmbongan yg ke brapa plak ek...

nacha said...

tahniah & selamat berangkat ke tanah suci Paknil.

Suzy said...

A'skum Abg Aznil...

Hmm,it's been such a long time since i follow up ur blog closly...
Suzy berada di M'sia sebulan,sebab tulah tak dapat nak visit ur blog...
Huhuhu...
& here i am back here giving u comments in ur blog...
Hehehe,rindu sey...
Slalunyer bile kat umah nenek dapat dengar & tengok abg aznil kt astro & era jer...
Anyway i also wanna congrats u for winning that particular award...
3 tahun berturut2 kan...
Alhamdulilah,tu semua rezeki abg aznil...
Memang patut pun abg aznil menang,Macam2 aznil was great!
U really did a great job!
Suzy harap abg aznil akan terus mengacarakan rancangan2 sebegini...
U are still the very best :)

SALAM SAYANG DARI,
SUZYLINA :)

ibu_rizqy said...

pak nil.... tahniah... anyway, selamat berangkat ke Tanah Suci. Semoga mendapat haji yang mabrur. lepas ni leh panggil pak aji nil lak k....

CiliQueen said...

Salam tahniah atas kejayan Paknil dan semoga selamat dan tenang dalam mengerjakan ibadah haji ...ada umur kita jumpa lagi ekk hehehe =)

yasmin said...

I like tom tom bak