Wednesday, November 12, 2008

TERIMA KASIH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA!



Tidak pernah sekelumit dalam hati dan fikiran Paknil dalam melakukan kerja, untuk mengejar anugerah. Paknil terlalu sukakan pekerjaan Paknil dan Paknil begitu bersungguh mengerjakannya.
Rupanya kerja Paknil tidak terlepas pandangan pelbagai pihak selain peminat dan pihak media.
Terbaru, tanpa Paknil ketahui kerja Paknil turut dinilai oleh badan yang bertanggungjawab mempertahan dan memartabatkan bahasa melayu, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA. Paknil telah dianugerahkan dengan Hadiah Utama Galakan Ketrampilan Berbahasa (Televisyen) 2007!
Malangnya, majlis penganugerahan itu, Malam Anugerah Citrawangsa DBP, dianjurkan pada malam yang sama ketika berlangsung Anugerah Skrin pada 7 November lalu.
Oleh kerana Paknil telah terlebih awal berjanji dengan TV3, maka hanya wakil dari ASTRO (terima kasih Norizan) yang mewakili Paknil menerima anugerah itu bagi pihak Paknil.
Paknil nak ucap berbanyak maaf kepada DBP atas ketidak hadiran Paknil. Paknil amat menghargai anugerah yang besar ertinya pada penggiat seni dan penyiar seperti Paknil. Paknil akan terus memberi sokongan dalam usaha memartabatkan bahasa ibunda bukan sahaja di sini malah di mana jua.
Insyaallah!

27 comments:

Cheritera Kami said...

Bahasa jiwa bangsa...wa akan terus sokong paknil...

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Tahniah Aznil...Tahniah3!!! Rezeki datang berderet2lah pulak...Murah rezeki orang nak g haji niiih....Nanti pulang dari haji lagi murah rezeki...itu pengalaman Kak Nab lah...

sakurasa 2 said...

Taniah sekali lagi buat Pak Nil. moga sentiasa mendapat kejayaan

azlin hashim said...

Congrates PAknil! I'm Proud Of You! semoga PAknil akan terus success & Di murahkan Rezeki.

Kami di sini tetap akan menyokong Paknil walau dlm apa keadaan Sekalipun. Insya Allah!

Edzlin said...

salam paknil.

tahniah paknil! bertambah murah rezeki paknil. cantik la piala tu

maz said...

Taniah sekali lagi Pak Nil semoga selepas ni dapat anugerah Dato plak ya kami semua mendoakan kejayaan Pak nil.... I Luv u So Muchhhhhhh..........

CikNur said...

Assalamualaikum Paknil...
Tumpang gembira dengan kejayaan ni...teruskan lagi usaha Paknil dalam mempertabatkan bahasa melayu...takkan melayu hilang dek zaman...dan kita kena memperingatkan diri sendiri supaya pepatah 'melayu mudah lupa' tidak berlaku...insyaallah

A.I said...

TAHNIAH PAK NIL!!!!!!!! :)

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

once again!!congrate paknil!!Chaiyok2!

Linda Amri said...

SEKALUNG TAHNIAH BUAT PAKNIL! teruskan dan tingkatkan usaha paknil, siapa lagi yang patut memartabatkan bahasa Melayu kalau bukan bangsa Melayu sendiri (eh! aku Melayu ke?)Mungkin patut kita tukarkan semula kepada Bahasa Malaysia kot! Sebab dlm Malaysia nih tak semua orang Melayu!Melayu ke Malaysia? Apa-apalah, janji slogan 'takkan Melayu hilang di dunia' itu patut kita jadikan cabaran dan motivasi untuk terus memartabatkan bahasa Melayu. Syabas paknil!

nacha said...

congrats once again Paknil. sure berderet piala/anugerah kat show-case Paknil. nanti jgn lupa take a few pics & ltk kat sini ya.

Anonymous said...

congrats to pak nil..
moga terus berjaya dan dimudahkan urusan haji...

dina said...

Tahniah...tahniah!

Faizal n Fashitah said...

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang unik dan indah. Tak perlu nak segan untuk memartabatkan bahasa melayu. Ikut macam PakNil. Tahniah PakNil!~ :)

DonCorleone said...

Aznil!!! Congrats!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

congrates again.rly proud of u man.. (;

ABOTfnd said...

HIDUPNYA BANGSA KERANA BAHASA
MAJUNYA BANGSA KERANA BAHASA
TERKENALNYA BANGSA KERANA BAHASA
INDAHNYA BUDI KERANA BAHASA
SEMOGA PAK NIL AKAN DIKENANG SEBAGAI PEJUANG BAHASA....DBP MEMANG HEBAT MEMILIH YANG TEPAT ..TAHNIAH...

Mummy Cinta! said...

tahniah paknil!
lepas ni paknil jadi tutor mira untuk berbahas dalam bahasa melayu..boleh tak?

lankapo said...

tahniah pak nil, semoga sentiasa manfaatkan bahasa ibunda kita.

suka lawak dgn zul masa anugerah skrin hari tu

lain dari yg lain..:)

anne said...

Tahniah. Tumpang bangga kerja Abang Aznil dihargai:-)

Asrul aka YaGaMi LaiTo said...

assalamualaikum..abg nil..tahniah..
abg memang patut mendapatkannya.. asrul akan sokong abg walau apa pun yang abg lakukan.. hasil kerja abg kreatif.. asrul suka.. insyaAllah..do ur best k..

Big Mamma Bukhari said...

assalamualaikum..
tahniah.. u deserved it!

Cheedah said...

tahniah pak nil

Sakura said...

Salam..

Tahniah Pak Nil..semoga terus success..Pak Nil saya nak minta kebenaran link blog Pak Nil dalam Blog saya ye..Terima Kasih...

Amiene Rev said...

Salah satu daripada dua sebab kenapa saya suka dengan PakNil ialah dari segi berbahasa.

ErDa EiDa said...

paknil....jika kita wat kja dgn bersungguh2 tanpa mngharapkan blasan...insyaallah..rezeki kita berlipat kali gnda drpd apa yg kita dpt sbelum tu...

uncle sam said...

wahh bnyknyer..
nak satuuuu...