Wednesday, December 31, 2008
BERITA BAIK MENJELANG 2009!!!
Monday, December 29, 2008
RAKAMAN TERBARU TOM TOM BAK!!!
Sejak dari sesi raptai rakaman kepala Paknil juga turut memikirkan imej yang boleh diterima anak2 yang menonton. Jadi Paknil pun pakailah pesen camni dalam rakaman pertama…
Namun dalam pada kami sibuk merancang untuk kebaikan semua, kami jugak kena imbangkan nilai hiburan kanak2 dalam rancangan ini. Kami tak mahu rancangan ini hilang serinya yang sekali gus membunuh satu2nya rancangan untuk anak2 kita ‘bermain’. Beratkan tanggungjawab Paknil dan team produksi? Takpelah, Paknil pikul tanggungjawab tu sebab mereka juga amanah Tuhan.
Sekarang kowrang semua mungkin dah fahamkan tekanan yang kami hadapi ketika bekerja menerbitkan rancangan ini. Semua kehendak harus kami ambil kira tapi kitorang masih jaga kualiti rancangan ini agar ia terus diminati seisi keluarga.
Oh ye! Dalam rakaman musim kali ini ada segmen baru yang kami perkenalkan untuk anak2 yang berusia 7 hingga 9 tahun iaitu Segmen EJA. Kanak2 dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Kuning, Biru dan Merah. Mereka bersaing hebat mengeja perkataan yang Paknil sebutkan. Memang banyak aksi lucu yang tercetus kerana mereka kena mengeja dengan cara pantas! Jangan la pulak ada golongan ‘bijak pandai’ mengkontroversikan pulak segmen ini. Kita mahukan anak2 ini belajar dengan cara yang santai dan menggembirakan.
Friday, December 26, 2008
AZNIL RIUHKAN PAGI ANDA BERSAMA DIN BERAMBOI!!!
Saturday, December 20, 2008
TEMUJANJI KITA.....
Thursday, December 18, 2008
TENANG Di MADINAH MUNAWARRAH
Di Madinah Paknil tak lama, cuma 4 hari 3 malam. Seperti di Mekah, Paknil rasa sedih pulak nak tinggalkan kota Madinah. Lebih-lebih lagi nak ucapkan selamat tinggal di makam Rasulullah SAW. Ramai yang menitis airmata bila berkunjung ke Makam Baginda yang bersebelahan dengan Makam Saiyidinna Abu Bakar dan Saiyidinna Umar.
Wednesday, December 17, 2008
PERJALANAN YANG MENDEBARKAN
Walaupun aku pernah buat Umrah tapi tak sama sebab ada lagi Rukun Haji dan Wajib Haji yang belum pernah aku buat macam wukuf, mabit dan melontar. Cukup ke bekalan yang aku tinggalkan untuk keluarga di sini? Macam mana kalau aku pergi dan tak kembali lagi ke sisi mereka?
Macam2 yang bermain dikotak fikiran Paknil sebelum berangkat. Akhirnya, Paknil Tawakkal aje dan serahkan aje urusan jemputan Haji ini kepada Allah. Dalam kapalterbang Paknil lebih banyak mentelaah dan berdiam diri serta membaca doa.
8 jam kemudian kapalterbang MAS mendarat di lapangan terbang Haji Jeddah. Dah sedia menanti kumpulan pengurusan Tabung Haji Travel yang cukup cekap. Bayangkan urusan imigresen dapat diuruskan kurang dari 2 jam dan kami terus dibawa ke hotel di Mekah sambil bertalbiah!
Betul macam disangka. Lautan manusia menanti Paknil sebab Paknil adalah antara jemaah terakhir yang tiba. Ketika tiba di Hotel Paknil dapat lihat lautan manusia di hadapan Masjidil Haram. Tua muda, pelbagai saiz dan warna. lelaki dan perempuan. Getar jugak kaki ini. Boleh ke aku melalui jumlah manusia seramai itu? Tapi yang bestnyer...semuanya adalah tetamu Tuhan yang Esa! Dengan tujuan yang satu... menTAWHIDkan NYA! Sesampai Paknil terus kerjakan tawaf dan sa'i Umrah ditemani Mutawif peribadi Paknil. Alhamdulillah. Walaupun ramai orang tapi Tuhan masih bukakan ruang untuk semua orang. Ajaib!
Menjelang hari Wukuf, Paknil banyak menghabiskan masa mengunjungi Masjidil Haram, buat Tawaf sunat dan baca Al-Quran. Tenang betul rasa jiwa membuat ibadah dengan Kaabah di depan mata! Tak terasa waktu berjalan. Ada jugak warga Malaysia yang perasan kehadhiran Paknil tapi begitu sporting memberi ruang buat Paknil beribadah! Terima kasih semua!
Tiba hari Wukuf di Arafah, lagi satu saat getir buat semua Jemaah. Inilah Haji! Kami berihram di hotel sebelum subuh dan naik bas menuju Arafah. Setiba di khemah kami tunaikan solat Subuh dan tidur. Kami keluar awal untuk mengelakkan kesesakan yang dijangka berlaku. Tiba waktu Zohor kami dah mula memberi fokus dengan doa masing-masing. Selesai Khutbah di Arafah, solat Zohor dan solat Asar, masing mula berwirid, berzikir dan berdoa pada Tuhan dibawah langit yang terbuka menjelang waktu Maghrib. Terlalu peribadi untuk Paknil ceritakan detik ini. Memang pengalaman yang magis dan tidak pernah Paknil rasakan dan fikirkan. (Maaf Paknil tidak dapat paparkan gambar di Arafah sebab terlalu peribadi)
Selesai wukuf di Arafah, sepatutnya kami berada di bumi Mudzalifah untuk mengutip batu, tetapi disebabkan keadaan yang sangat sesak, pihak pengurusan pakej haji ini membawa kami balik ke Mekah untuk menunaikan Tawaf Haji, Sa'i Haji dan bertahalul.
Alhamdulillah...setiba kami di Mekah, Jemah yang lain masih berada di Mudzalifah, dan kesempatan ini kami ambil untuk menyelesaikan Tawaf Haji, Sa'i Haji dan Bertahlul dengan segera. Dengan jumlah jemaah yang kurang ketika itu, Paknil dapat menyelesaikannya dalam masa kurang dari 2 jam! Lepas tu baru lah kami bergegas ke Mudzalifah semula untuk bermabit dan mencari batu. Ketika ini kesesakan dah berkurangan dan kami kembali semula ke Mekah untuk solat subuh dan sembahyang Hari Raya Aidil Adha selepas itu.
Selepas Zohor pada 11 Zulhijjah, kami bersiap sediapula untuk berangkat ke Mina pula untuk melontar Jamrah Qubra. Dalam perjalanan timbul keinsafan yang teramat apabila tengok bagaimana jemaah negara lain ada yang berjalan kaki, duduk dalam lori kambing, duduk atas bumbung bas dan ada yang ber'camping' di tepi jalan! Paknil rasa pergorbanan Paknil terlalu kecil berbanding mereka yang turut jadi tetamu Allah!
Setiba di Mina menjelang Zohor, Paknil cukup teruja melihat ramai jemaah lalu lalang di depan khemah tempat jemaah pakej Paknil ditempatkan. Macam ada pesta pulak kat tengah jalanraya. Paknil ambil sedikit masa melihat telatah mereka.....
...Dan mereka melihat telatah Paknil!!!!
Kini masa yang dinantikan telah tiba. Tepat pukul 9mlm semua angggota jemaah telah bersedia untuk pergi melontar jamrah Qubra. 7 biji sudah pun ada dalam genggaman. Kami berarak penuh semangat sambil berwirid memuji Illahi. Bangga pun ada jugak sebab tempat melontar kini begitu sistematik dan teratur. Bertingkat pulak tu! Nak tau kenapa? Sebab syarikat pembinaan dari Malaysia yang membuatnya!!!
Bermula dengan hanya melontar 1 jamrah pada hari yang pertama kemudian barulah melontar 3 Jamrah(Jamrah Sughra, Jamrah Wusta dan Jamrah Qubra) pada 2 hari berturut2!
"Dengan nama Allah Tuhan yang Maha Besar, aku melontar kepada Syaitan dan pengikut-pengikutnya"
Paknil paparkan kini aksi2 Paknil ketika melontar pada 3 hari yang berbeza!
Selesai melontar maka berakhirlah kerja2 wajib dan rukun Haji. Alhamdulillah semuanya dapat dijalankan dengan lancar. Terima kasih kepada Tabung Haji Travel yang merangka kesemua perjalanan dengan sistematik. Eh....siapa datang melawat tu? Pak Menteri dan krew TV3 turut singgah ke kemah Paknil. Susah2 aje....sebenarnya Pak Menteri kita ni turut melawat kesemua jemaah haji dari Malaysia! Bagus kan? Dia turut turun padang menyaksikan sendiri susah senang Jemaah haji Malaysia. Sekurang2nya, boleh jugak bagi semangat dan suntik kekuatan pada Jemaah yang uzur.
Rupanya cabaran dan dugaan Tuhan tiada siapa yang tahu. Jeng! Jeng! Jeng! Walaupun kami sudah selesai melontar dan dah selesai buat kerja ibadah Haji namun disyaratkan agar Jemaah yang dah selesai melontar segera meninggalkan bumi Mina sebelum Maghrib pada hari yang terakhir. Kami memang dah bersedia sejak selepas subuh lagi untuk keluar dari bumi Mina. Namun, Tuhan lebih berkuasa. Bas yang sepatutnya mengangkut kami terkandas dalam kesesakan lalulintas yang cukup hebat. Kami menunggu bas sehingga selepas Asar! Bas tak muncul2 jugak. Bukan kami saja tapi ramai lagi yang terkandas! Akhirnya kami mengambil keputusan untuk BERJALAN KAKI dari Mina ke Mekah sebelum Maghrib menjelma. Kalau tidak...kami terpaksa bermalam lagi di Mina dan melontar semula! Wah! Inilah cabaran yang paling getir. Kami berjalan kaki 7 kilometer jauhnya!
Dan sesekali menumpang bas..hehehe
Kami tiba di Masjidil Haram tepat2 waktu solat Maghrib! Aduh...dapat jugak kami selesaikan kerja ibadah ini. Tuhan Maha adil...dalam kesenangan beribadah itu diuji juga kami dengan sedikit kesempitan. Alhamdulillah, dapat kami lalui dengan tenang.
Keesokan harinya adalah hari yang amat menyedihkan apabila kami sudah terpaksa meninggalkan kota Mekah untuk ke Madinah pula. Setiap yang berkunjung ke kota Mekah disyaratkan untuk membuat Tawaf Selamat Tinggal kepada Baitullah. Kami sempurnakan Tawaf Wida' itu sebelum Subuh. Allahu Akbar, ramainya umat yang bersama kami ketika itu. Menitis airmata Paknil meninggalkan Masjidil Haram dan Tanah Suci Mekah. Inilah antara gambar kenangan Selamat Tinggal Rumah Allah yang Paknil rakam dari atas bumbung Masjidil Haram. Terima kasih kepada Mutawif peribadi Paknil, Ustaz Fauzi sebab menjaga dan membimbing Paknil.