Wednesday, January 28, 2009

KEHILANGAN.....

Assalamualaikum, Apa khabar semua. Paknil harap semuanya sedang bergembira disamping keluarga tercinta. Maklumlah semuanya mengambil kesempatan untuk bersama keluarga sempena dengan cuti Tahun Baru Cina. Istimewa buat yang berbangsa Cina, Selamat Tahun baru Cina diucapkan.. Ye lah masa cuti ni la masanya untuk beramah mesra dengan ahli keluarga yang dah lama tak jumpa dek kesibukan kerja selama ini.
Namun dalam kita berseronok janganlah kita lupa dengan penderitaan orang lain. Hidup kita umpama roda dan dihiasi dengan pelbagai perasaan dan peristiwa. Kita harus mensyukuri apa saja nikmat yang diberikan sementara kita masih bernafas di muka bumi ini. Apa yang berlaku di Palestin menunjukkan betapa bertuahnya kita berada di negara yang serba damai. Sebagai manusia kita hanya mampu membantu untuk meringankan beban yang ditanggung mereka. Inilah resam kehidupan hanya yang kuat akan diuji oleh yang maha esa.
Pada hari Jumaat (23 jan 2009) yang lalu Paknil bersama beberapa orang wakil dari Radio ERA telah meluangkan masa menziarahi mangsa kemalangan di Hospital Sungai Buloh. Beliau adalah adik Nisa Karmila berumur 9 tahun yang mengalami kecederaan seperti melecur dan cedera di tangan kiri setelah terselamat dari tragedi menyayat hati yang menimpa beliau.
Adik Nisa terselamat kerana tercampak dari kereta yang dipandu oleh ibunya. Namun ibunya Allahyarham Siti Sam Maalim serta adiknya Allahyarham Mohd Danish Lokman, maut dalam kejadian di Kilometer 2, Jalan Shah Alam-Puncak Alam. Dilaporkan mangsa gagal mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit dan bertembung dengan kenderaan lain lalu kereta yang dipandu meletup dan terbakar. Mereka bertiga dalam perjalanan pulang dari melawat abangnya (Daniel Haziq,12 tahun) yang menerima rawatan di Pusat Rawatan Selangor (SMC) selepas terjatuh dari bas sekolah di sebuah sekolah di Puncak Alam,
Memang tragis apa yang dilalui oleh keluarga ini terutama bapa kepada anak kecil ini iaitu Encik Kamarul Zaman Mohd Yusof. Berita sedih yang menimpa keluarga malang ini telah diperkatakan di dalam salah satu segmen dalam slot RIUH PAGI ERA. Sejurus menerima panggilan dari Puan Lin yang merupakan jiran dan ibu kepada salah seorang pelajar di sekolah yang sama dengan anak mangsa yang melaporkan tentang kejadian menyayat hati tersebut..
Dalam slot RIUH PAGI ERA hari Rabu (21 januari 2009) yang lalu, Kami terpanggil untuk melakukan sesuatu dengan tujuan bagi memulihkan semula semangat keluarga ini. Alhamdulillah melalui panggilan yang diterima rakyat Malaysia sememangnya amat prihatin untuk memberikan sokongan moral.
Ketika di hospital memang jelas terpancar akan kesedihan anak kecil ini yang bagaikan trauma dengan kehilangan insan tersayang yang pernah mereka dampingi sebelum ini. Bayangkan kasih sayang seorang ibu dan isteri...hilai tawa seorang adik dan anak hanya...dipinjamkan dalam jangka waktu yang singkat buat mereka sekeluarga.
Aduhh gugur air mata Paknil pagi itu semasa bertugas mendengar kisah tersebut. Bermacam persoalan yang bermain difikiran. Bayangkan diri kita berada di tempat Encik Kamarul Zaman menerima dugaan yang berlaku dalam sekelip mata. Sebagai seorang bapa juga, Paknil dapat rasakan kesedihan itu.
Demi memberi semangat buat anak-anaknya yang masih memerlukan perhatian beliau, perasaan sedih dan sayu itu langsung diketepikan walaupun ada wajah duka di raut wajahnya. Kedatangan kami pada petang itu semoga memberi suntikan semangat buat keluarga Encik Kamarul Zaman untuk memulakan suatu kehidupan yang baru. Harapan saya semoga beliau lebih tabah kerana kekuatan anak-anaknya adalah dari beliau sendiri.
-Al Fatihah buat Allahyarham Siti Sam Maalim dan Allahyarham Mohd Danish Lokman.-

FILEM TERBARU….MAGIKA!!

Sekarang barulah Paknil berkesempatan nak update blog. Maklum jelah, masa bekerja Paknil betul2 lain daripada dulu. Harap semua dapat bersabar dan memahami situasi Paknil ye.
Oklah, Paknil dah mendahului KRU nampak gayanya buat kenyataan akan filem terbaru terbitan KRU STUDIOS iaitu Magika. Filem ni memang lain dari yang lain dan Paknil turut tersenarai sebagai salah seorang pelakon filem ini.
Bersama nama-nama besar industri hiburan tanah air Paknil akan berlakon jadi Pak Pandir. Satu nama lucu dalam cerita metos melayu. Sebenarnya bukan berlakon je, Paknil siap nyanyi dalam filem ni. Dah namanya pun filem muzikal. Nak tau saper jadi Mak Andehnya??? Raja Azura aka Kak Engku lah! Mesti gamat jadinya.
Mari Paknil senaraikan antara nama-nama besar yang bakal berlakon dalam file muzikal ini. Ada M. Nasir, Mawi, Dania Danielle, Maya Karin, Ziana Zain, Ning Baizura, Senario, Ogy Ahmad Daud, Datuk Jalaludin Hassan, Syarifah Amani, Syarifah Aleeya dan ramai lagi.
Ceritanya mengenai seorang kanak-kanak yang tersesat di dalam dunia Magika untuk mencari adiknya yang hilang. Dalam pencariannya, dia telah bertemu dengan watak-watak melayu lama yang sekaligus mengingatkan kita kepada cerita dongeng dulu-dulu. Antaranya seperti watak Puteri Gunung Ledang, Nenek Kebayan, Puteri Bunian, Mahsuri, Naga Tasik Cini, Bawang Putih, Bawang Merah, Badang, Hang Tuah dan banyak lagi.
Kira-kiranya filem ini secara tak langsung memperkenalkan cerita dongeng kepada anak-anak kita yang mungkin langsung tak tahu tentang watak-watak ni. Siap sedialah, mak dan ayah kena siapkan jawapan bila anak-anak tanya siapa tu Pak Pandir? Siapa Bawang Putih dan Bawang Merah sebenar? Siapa Badang?
Gambar ni antara pelakon yang hadir masa majlis memperkenalkan pelakon2 Magika baru-baru ni.



Thursday, January 15, 2009

PERASAN JUGAK KOWRANG EH….

Kelakar betullah Paknil baca shoutbox bila ramai yang rupanya perasan keadaan mata kiri Paknil yang merah masa wedding Mawi-Ekin baru2 ni eh…
Memang sehari sebelum hari persandingan Mawi di Palace of the Golden Horses tu, mata Paknil jadi gatal dan merah mungkin sebab infection dari contact lense yang Paknil pakai. Lagi pulak bila gatal, Paknil tonyoh bagai nak rak!
Tapi Alhamdulillah pada malam tu, dah ok cuma kesan merah dan sembab tu masih ada. Confident jer Paknil ingatkan kowrang tak perasan!
Akhirnya selesai jugak cerita kahwin Mawi-Ekin ni. Mawi sendiri mungkin dah penat dah nak naik pelamin Paknil rasa. Gilang gemilang betul majlis 1001 Malam tu kan? Paknil pun rasa bangga jugak dapat terlibat dengan majlis ni. Itu aje yang dapat Paknil hadiahkan untuk Mawi ketika majlis merenjis. Pantun Promosi…..hehehe. Alah, saja suka2 nak meriahkan majlis.

SECOCOK PASANGAN TERUNA DARA
INDAH SUNGGUH DIPANDANG MATA
AKADEMI FANTASIA 7 HAMPIR TIBA
YANG PASTI BUKAN SAYA PENGACARANYA

SEORANG ITU BERKEMBAR DUA
WAJAH MEREKA HAMPIR SERUPA
JANGAN LUPA LIRIK HAMPIR TIBA
KALAU BERANI MARILAH CUBA

RAHSIA CINTA BANYAK DIPENDAM
BILA DITANYA TERSENYUM SAHAJA
TOMTOMBAK MUSIM BARU SELESAI DIRAKAM
BULAN MEI NANTI DI ASTRO CERIA

DIRESTUI OLEH KEDUA KELUARGA
TERUS MERISIK TAK TUNGGU LAMA
JANGAN DILUPA SEISI KELUARGA
MACAM-MACAM AZNIL DI ASTRO PRIMA

Pakaian yang Paknil pakai tu pun yang Paknil beli masa kunjungan ke Mekah masa Haji baru-baru ni.Tak sangka pulak ramai yang berpakaian mengikut tema pada hari itu termasuk Menteri Dalam Negeri kita dan isteri.
Hiasan dalaman dewan LeMarcee tu pun amat kena dengan tema. Pelamin yang dicipta juga bagai membawa tetamu yang hadir ke Istana padang pasir. Ditambah pula dengan muzik latar Arab padang pasir sepanjang majlis.
Tahniah kepada yang mengilhamkan majlis ini dan menyempurnakan impian Mawi agar jadi kenyataan. Doa Paknil untuk Mawi agar selamat melayari bahtera alam berumahtangga dan dikurniakan cahayamata yang comel-comel! Amin.






Thursday, January 8, 2009

SORI EH....

Mula2 Paknil nak mintak maaf sesangat pada semua sebab lembab update blog ni. Paknil sebenarnya memang tak cukup masa dalam sehari sebab bizi sesangat. Tapi Paknil tak komplen tau malah bersyukur lagi. Yelah, sekarang semua dah tahu yang Paknil buat pagi@era kan? Tu la pasal. Hari Paknil bermula seawal 4.30 pagi. Solat subuh pun kat studio Era tau. Malam pukul 9 Paknil dah kena tido. Lepas waktu siaran Era, kerja Paknil tak abis kat situ aje. Banyak kerja lain yang Paknil kena bereskan. Lebih2 lagi menjelang filem terbaru Paknil bersama KRU! Filem apa tu? Tungguuuuuu! Jadi penyokong Paknil semua harap faham eh....
OKlah terlanjur dah update blog ni, Paknil nak bagi tau yang Paknil akan ada jugak ruangan Paknil sendiri dalam akhbar Metro AHAD mulai ahad ini mengganti Mawi. Jadi, rajin2lah selak2 akhbar tu eh...
Bercakap pasal Mawi, hari ni 11 Januari ni juga nanti Paknil akan jadi Tuan rumah mewakili ASTRO di Majlis Resepsi Persandingan Mawi-Ekin di Palace of The Golden Horses. Paknil akan jadi pengacara untuk segmen merenjis pengantin malam itu nanti. Alamak, mana pulak Paknil nak cari baju ala-ala Arabian Nites ni? Untuk pengunjung blog Paknil, ni nak bagi korang tengok gambar eksklusif sesi raptai majlis tu malam tadi. Enjoyzzzzz! (HARAP JANGAN GUNAKAN GAMBAR PERIBADI PAKNIL INI UNTUk APA TUJUAN SEKALI PUN)