Sunday, November 21, 2010

Fw: KAMILAH BINTANG BEST BETUL!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Seronok betul jadi juri untuk Kamilah Bintang - rancangan pencarian bakat untuk kanak2 ni. Diorang ada bakat besar dan sangat fresh!
Setiap minggu ada saja kejutan pada persembahan mereka dan ada ketikanya mulut Paknil melopong melihat persembahan mereka.
Minggu ni Stacy jadi pemandu persembahan dan caranya sgt hebat. Tak sangka bintang baru mcm Stacy mampu mengasah bakat mereka menjadi sehebat Juara AF itu.
Ada ketikanya, tahap keyakinan mereka di atas pentas mengalahkan orang dewasa! Mereka pandai bermain mata dan lenggok badan ketika membuat persembahan.
Memang tiada penyingkiran pada konsep rancangan ini kerana Kamilah Bintang ingin anak-anak ini belajar membuat persembahan. Selepas 6 minggu iaitu pada konsert final, seorang Juara akan ditentukan berdasarkan markah yg mereka kumpul setiap minggu.
Berat betul mulut Paknil nak umumkan pemenang mingguan kerana Paknil terpaksa mengecewakan hati 5 peserta yang lain.
Namun begitu Paknil yakin mereka biasa melalui saat itu kerana mereka sudah menyertai banyak pertandingan sebelum ini.
Terima kasih kepada pihak Astro dan produksi kerana membuat kejutan sambutan harijadi buat Paknil setelah selesai rakaman!
Mmmmuah! Untuk semua!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, November 15, 2010

MASIH TERASA KESYAHDUANNYA!!

Ketika Paknil menulis cerita ini, Paknil yakin ini adalah ketikanya umat Islam kini berada di Arafah untuk wukuf. Ini adalah saat yang paling indah yang berlaku dalam diri Paknil ketika Paknil mengerjakan rukun Islam yang kelima 2 tahun lalu..
Ada yang mengatakan bahawa saat inilah sebenarnya Haji kerana ia hanya berlaku di musim haji dan tidak ketika umrah.
Dalam berjuta lautan manusia, terselit di sana Paknil dan terasa kerdil sangat diri ini. Suasanan begitu hening dan sunyi kerana ketika ini semuanya mengangkat tangan ke langit dan berdoa dan meminta ampun.
Terbayang akan kesilapan lalu dan berikrar untuk tidak mengulanginya lagi. Berdoa untuk menjadi insan yang lebih baik dan menghambakan diri kepadaNya. Ketika ini juga airmata berderai jatuh membasahi bumi Arafah.
Walaupun ada berjuta manusia lain di sekeliling Paknil, namun Paknil merasakan seolah berada keseorangan. Hanya aku dan Pencipta ku.
Inilah dia magis yang sukar diceritakan dengan kata-kata dan saat ini juga tidak boleh dibandingkan dengan wang ringgit. Aku rindu saat itu.
p/s: Selamat menyambut Aidil Adha!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, November 14, 2010

HARAP DAPAT LUANGKAN MASA!

Paknil harap dapat ramai2 singgah ke laman web SIHAT SELALU dan mahirkan diri mengenali Demam Denggi.
http://www.sihatselalu.com.my/2010/06/demam-denggi-berdarah-membawa-maut.html

Enjoy!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SATU LAGI KAWASAN AEDES PAKNIL GANYANG

Selesai di Jalan Duta, Paknil bergegas ke Taman Pinggiran Batu Caves. Di sini gotong royong dilakukan seperti karnival pulak!
Ada yang membuka gerai pameran dan jualan. Bagi Paknil ini satu idea yang bagus juga untuk menggalakkan penyertaan keluarga. Jadual hari ahad mereka kosongkan untuk sama2 berganding bahu membeneras nyamuk aedes.
Terima Kasih kepada unit berita TV3 kerana membuat liputan dan menemubual Paknil.
Puas adalah perkataan yang Paknil boleh ucapkan. Pada tempat2 lain, nantikan kunjungan Paknil!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

GANYANG AEDES LAGI!!

Pagi2 lagi Paknil dah bersama komuniti kakitangan awam Jalan Duta untuk beri penerangan mengenai bahayanya nyamuk aedes.
Kalau dilihat daripada luaran tidak ada siapa yg dpt menyangka bahawa kawasan yang tampak bersih ini sebenarnya sudah diistiharkan sebagai kawasan 'hot spot'.
Sudah terdapat 31 kes demam denggi dilaporkan untu tahun ini sahaja di sini.
Semasa Paknil buat tinjauan ke rumah mereka, Paknil dapati kebanyakannya keadaan dlm rumah mereka bersih tetapi bersih sahaja tidak mencukupi kerana nyamuk masih boleh bertelur ditempat2 tersembunyi seperti dulang tadahan air peti ais, alas pasu bunga, saluran hujan dsb.
Kenapa agaknya masih ada ahli masyarakat kita yang masih merasakan demam denggi ini sbg demam biasa yang boleh sembuh dengan memakan ubat. DEMAM DENGGI TAK ADA UBAT!! Yg penting sekarang ialah pencegahan.
Maaf Din Beramboi, sekali lagi hari ini aku gunakan kes engkau untuk menginsafkan orang lain agar tidak kecundang pada seekor nyamuk!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, November 13, 2010

TRIMA KASIH TIPAH

Paknil nak ucap ribuan trima kasih pada Tipah yg bagi tutorial buat Paknil update blog melalui BB! Yeah! Dah boleh attach gambar skali! Thanks Thanks Thanks!
Ini gambar Paknil on da way gi rakaman Kamilah Bintang - program nyanyian terbaru di Astro Ceria. Paknil jadi juri hehe
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, November 12, 2010

MAAF SESANGAT DAH LAMA TAK UPDATE BLOG

Maaf ya geng semua sbb dah lama tak update blog. Kerja2 update ni bole buat kat umah je slalunye. Maklumlah, Paknil tak curi waktu opis untuk buat keje2 pribadi. Umah plak baru pindah n takde line telefon lagi. So, internet pun takde. Ini pun update pakai bb je. Nasib baik ada kawan tweeter yg ajar!
Teknologi tweeter ni lebih menarik rupanyer dan dah meninggalkan kecanggihan facebook dan blog. Setiap saat boleh update status. Boleh bincang dan kenal kawan. Saper yg belum. Jadi follower Paknil, boleh lah join 17ribu follower Paknil yang lain.
Terperanjat jugak Paknil bila jumlah follower Paknil mningkat dgn cepat sedangjan Paknil baru join lebih kurang 6 bulan yg lalu. Alhamdulillah n trima kasih semua. Yg bak cari Paknil kat Tweeter boleh gi ke search people dan taip @aznilnawawi k?
Ini bila dah boleh update melalui BB ni mungkin senang sket tapi Paknil tak reti nak upload gambar plak! Susahkan dgn orang tua yang lembab IT ni. Adad sesiapa boleh ajar mcn mana nak upload gambar mlalui BB kat blog ni? Tak nampak plak ikon add pics.
Paknil cuba pakai iPad tapi belum jailbreak. Ermmm..byk pulak application yg Apple tak support termasuk blog ni. Nak upload gambar pun takde browser! Entahlah Paknil yang tak tau kot...hehe
Mesti korang puas ketawa kan Paknil kan pasal IT ni? But Paknil proud gak ar dgn diri ni sebab pada usia 48 tahun ni, Paknil masih nak ber IT tau banding dgn sesetengah rakan seusia Paknil yang buta IT dan cuma tau SMS je. Alhamdulillah. Kira oraitlah tu!
Mintak maaf kalau ada ejaan tersalah dalam posting kali ni sebab keypad BB ni kecik sgt n jari selalu tergelincir bila menaip.
Nanti ki berhubung lagi k! Luv u!