KAT SABAH (19 & 20 APRIL)
Seronok betul sebab dah lama pergi KK. Setiba di KK, kitorang dibawa ke Beverly Hotel untuk buat ujibakat. Pukul 8 pagi saya dah ada kat hotel tu dan disambut oleh beberapa orang kanak-kanak dan keluarga mereka yang begitu setia melayan kerenah anak-anak mereka. Alahai...comelnya anak-anak Sabah ni. Ada yang panggil saya Aznil, ada yang panggil saya Uncle, ada yang panggil saya Abang dan ada yang panggil saya Prof Klon!!!
Cukup teruja saya tengok keletah mereka. Ada yang terperanjat dan terbeliak mata tengok saya berdiri depan mereka. Sampai tanya kat mak dia, "Macam mana Uncle Aznil boleh keluar dari TV?" Kelakar kan budak-budak ni.
Biasalah ada yang datang nak menari, menyanyi, berlakon dan ada yang nak datang berborak. Masa sesi ujibakat segmen JOM BORAK sedih gak biler ada yang masuk tapi tak mau cakap aper. Rugi jer dah tunggu dari kul 7 pagi, tapi biler masuk zip mulut. Saya dah buat macam-macam approach agar diorang bukak mulut tapi nak nangis. Sebelum dia nanges, b
Ada yang datang cakap loghat tempatan. Eee gelihati pulak tengok kanak-kanak cakap bahasa daerah di Sabah. Saya cuba jugak nak belajar bila bukak mulut, wajah anak-anak tu jadi berkerut sebab cuba memahami menda yang saya nak bualkan. hehehe...atleast i try!!
Yang best biler ada yang datang dengan baju dan pakaian etnik Sabah! Wah! Saya pulak yang terbeliak biji mata bila diorang menari sumazau dan menyanyi lagu daerah mereka.Saya tak lepas peluang untuk menari bersama. Fun!
Tersentuh hati saya ada yang berlari masuk bilik dan terus mendakap saya. Rasa macam saya ni bukan orang asing bagi mereka. Semasa saya melakukan ujibakat kumpulan muzik, ada yang menghadiahkan saya Seruling yang dibuat sendiri oleh anak kecil itu.Adoi...so sweet! Akan saya abadikan seruling itu bersama koleksi hadiah peminat yang saya simpan.
Ada yang datang dua hari berturut-turut sebab nak yakinkan diri agar terpilih. Mula-mula datang menari dengan kumpulan lagu Latino. Bila datang balik hari kedua dah menari solo pulak dah. Kali ni penampilan lebih dahsyat. Silver dust satu badan u all!!!!
Di luar bilik ujibakat, ada macam karnival pulak! Siap bina pentas dengan pengacara Zoey dan artis AF berkampung. Apa lagi, tak nak balik lah anak-anak uncle tu! Sepanjang dua hari ujibakat di KK seramai 700 kanak-kanak hadir. Dan kalau terpilih, mereka akan diterbangkan ke KL! Tak sabar rasa nak jumpa anak-anak Sabah semua!
(p/s : oops terlupa plak n gelihati gak bila saya paksa drebar kami dengar radio Era. Dia nak dengar radio tempatan. Akhirnya kitorang menang sebab dia dah jadi suka dengar Era. Dia kata, dia taknak dengar radio lain lagi lepas ni....YES!!! Nak tau nama boss Drebar tu aper? SEBELAS! Betul...nama dia SEBELAS! Tak baik tau ketawa)
KAT SARAWAK (26 & 27 APRIL)
Kalau kat Kuching, pulak, kitorang bernasib baik sebab dapat 'pemandu pelancong'. Pemandu pelancong tu sebenarnya adalah driver kami. Sekali lagi kami dihiburkan dengan telatah drebar. Nama dia pulakm MALINDO...gabungan nama 2 negara, Malaysia dan Indonesia. Yo yo oo je saya panggil dia abang, rupanya saya
MALINDO ni suker berceriter. Semua ceriter asal usul daerah dan tempat dia tau. Dier jugak perkenalkan kitorang pada tempat makan yang menghidangkan makanan tradisi Sarawak seperti Umai, ayam Pangsoh dan Salunjor! Ha...ternganga mulut korang den
Ujibakat diadakan di hotel Grand Continental selama dua hari. Sekali lagi kami diserang oleh kanak di sekitar Kuching tapi ramai jugak yang datang dari Kuching seperti Miri, Sarikei, Samarahan dan Bintulu. Ada yang travel seawal pagi pukul 5 pagi dan travel 5 jam dalam kenderaan. Saya tabik betul dengan ibu bapa mereka yang betul2 melayan keinginan anak2.
Memang banyak bakat yang terserlah di sini. Ada yang menari ala-ala Michael Jackson, bercerita dalam bahasa tempatan, tapi yang bestnyer..kebanyakan kanak2 Sarawak ni tak tahu sebit huruf 'R'. Mereka sebut 'GH'. Kalau perkataan RUMAH, sebutan mereka GHUMAH. Comel kan! Lebih 400 kanak-kanak muncul untuk diujibakat. Ada yang siap dress up dengan pakaian tradisi jugak.Lipstick toksah cakap lah...tak tinggal bagi yang perempuan.
Oklah...nantikan kemunculan mereka di musim baru ANMUM ESSENTIAL TOM TOM BAK di Astro Ceria. SEKARANG NI MUSIM CUTI SEKOLAH RAKAMANNYA DIJALANKAN:
28 & 29 MAY : Rakaman Pukul 2ptg, 4ptg & 8mlm. 30 May Rakaman Pukul 4ptg & 8mlm. 31 May Rakaman Pukul 2ptg, 4ptg & 8mlm. 1 Jun Rakaman Pukul 4ptg & 8 mlm. Tarikh dan Rakaman seterusnya akan saya berikan kemudian. Datanglah ke ASTRO BUKIT JALIL....!!!!