Aduhai! Berlaku lagi satu benda yang dah lama Paknil tajk lakukan. BASUH KERETA!
Bayangkan selama ini Paknil cuma menghantar kereta Paknil ke tempat cucian kereta. Bukan Paknil tak pernah basuh kereta, Pernah. Itu pun dalam 20 tahun yang dulu.
Hari sabtu lepas kenangan basuh kereta jadi kenyataan semula apabila Paknil bersama Din Beramboi dan geng penyampai Era yang lain seperti Adi, Ray, Burn dan Rizal ditugaskan membasuh kereta pendengar Era.
Ini semua gara-gara Riuh Pagi vs Petang Era tajaan Shell Helix. Di bawah panas terik di tempat letak kereta AEON Bukit Tinggi kami berkumpul bersama penyampai dari stesen radio Mix FM dan MY FM.
Ramai gak pendengar Era yang muncul bawa kereta. Tapi yang beshnyer bila ada pendengar Era nama Lela siap bawakan Mee Jawa dan kuih Seri Muka untuk kitorang.
Mulanya Paknil rasa janggal gak membasuh kereta sebab tak tau nak mula kat mana tapi lepas satu kereta skill lama datang balik.
Bermula pukul 10 pagi sampai 1 petang (3 jam) kami berjaya mencuci 31 buah kereta! Pukul rata kami mencuci 10 kereta sejam!
Kelakar jugak lah sebab ada bermacam jenis kereta yang muncul dan bila Paknil berkesempatan memandu kereta mereka keluar dari tempat cuci, macam-macam barang Paknil jumpa dalam kereta.
Ada yang buat kereta mereka macam rumah! Paknil rasa, kalau dikorek-korek bawah kerusi, dapur pun ada! Ada jugak yang tukar kereta mereka sehingga menjadi kereta lumba. Macam nak ‘drift’ aje.
Walaubagaimana pun, Paknil tetap happy sebab bukan sahaja dapat berjumpa dengan pendengar Era tetapi dapat juga mengasah skill membasuh kereta yang dah lama Paknil tinggalkan. Hehehe….
Wednesday, April 29, 2009
Sunday, April 26, 2009
ADA SESIAPA NAK KOMEN?
Silakan...silakan. Harap maklum apa yang Paknil borakkan dalam Borak Paknil adalah pendapat peribadi Paknil semata dan tidak mewakili industri atau mana-mana pihak. Klik disini untuk komen. Terima kasih wok! (Eh...ala-ala Airil plek!)
Saturday, April 25, 2009
BAHASA JIWA BANGSA
Itu adalah cogankata yang paling tepat untuk bahasa melayu kita. Dalam bahasa melayu kita ada jiwa dan ini bermakna bahasa itu sentiasa hidup dan segar. Pada sudut lain, bahasa juga menjadi nadi kepada bangsa kita. Jika bahasa kita lumpuh, maka matilah juga bangsa negara ini.
Dalam ceramah Paknil di SMK Victoria (Victoria Institution) Paknil dipertanggungjawabkan mengingatkan anak bangsa Paknil betapa pentingnya bahasa melayu di samping inggeris untuk kita pertahankan.
Sempena dengan Bulan Bahasa, Paknil rasa terpanggil untuk membawa anak-anak Paknil kembali ke zaman Paknil mula bersekolah 40 tahun dahulu. Paknil turut ingatkan mereka bahawa kepakaran berbahasa ini diasah dengan aktiviti seperti berpantun, bersajak, berlakon, bersyair, berpidato dan berbahas.
Paknil juga turut berkongsi bagaimana Paknil bertanggungjawab mempertahankan keaslian bahasa melayu ini dalam pekerjaan dan kehidupan seharian Paknil. Paknil seru anak-anak Paknil agar tidak gadaikan bahasa ibunda walau setinggi mana sekalipun pengajian mereka.
Paknil ingatkan mereka bahawa bahasa melayu ini mempunyai jiwanya yang tersendiri terutama dalam pengucapannya. Nada pengucapan dalam menyebut sesuatu perkataan bahasa melayu harus disertakan dengan emosinya sekali agar pengucapannya sampai ke hati.
Sempat jugalah Paknil membuat pelbagai demonstrasi bersama pelajar. Ini penting agar ia dapat mengundang perhatian yang lebih di kalangan pelajar agar sesi petang itu tidak membosankan.
Pelajar-pelajar sekolah ini juga merupakan golongan pelajar yang aktif dalam bersama-sama menyertai bengkel mini ini. Bangga betul Paknil apabila melihat semua kaum duduk di atas lantai dan bertepuk, ketawa sertai menghayati sesi itu bersama-sama.
Teringat pula zaman sekolah Paknil yang jauh terpencil daripada dikunjungi mana-mana figura untuk dijadikan ikon. Mungkin atas sebab itu juga Paknil rasa bertanggungjawab agar Paknil dapat menjadikan sekolah sebagai pusat ilmu yang interaktif dan informal.
InsyaALLAH, Paknil akan teruskan misi ini hingga ke luarbandar! Doakan.

Friday, April 24, 2009
AKHIRNYA!
Akhirnya Paknil dapat juga cari masa untuk update blog Paknil ni. Sebenarnya dalam kesibukan Paknil berkejar untuk melunaskan Riuh Pagi Era, Paknil ada juga kerja lain yang Paknil lakukan. Paknil kena hadiri meeting produksi, buat sesi ‘brain storming’ untuk rancangan-rancangan Astro, kerja suntingan rancangan Jangan Lupa Lirik yang telah selesai dirakamkan.
Minta maaf pada mereka yang terpaksa meneka-neka akan gambar yang Paknil paparkan sejak hari rabu lalu.
Ini pula Paknil bersama Izzul dan famili ketika Hari Raya yang lalu. Ibu Izzul itu adalah kakak Paknil. Eh, bukan selalu Paknil kongsi cerita famili Paknil dengan orang ramai tau. Sebab korang sabar menunggu, jadi ini eksklusif untuk korang aje.... :)

Sebenarnya gambar ini adalah ketika Paknil menjadi penceramah undangan di sekolah SMK Victoria (Victoria Institution) Kuala Lumpur.
Dan yang memeluk Paknil itu adalah anak buah Paknil sendiri, Izzul Azrai B. Nokman yang merupakan Presiden kepada Victoria Institution Committee Board 2009.
Melalui anak buah Paknil inilah undangan itu dilakukan oleh pihak sekolah dan menjadi realiti pada hari Selasa 21 April yang lalu.
Izzul dijemput naik ke pentas oleh Guru Kanan Bahasa Datin Maimun Hussin untuk bersama dengan Paknil dan tetamu yang lain. Tahniah Izzul atas penghargaan itu.
Sekarang dah terjawab teka-teki itu dan Paknil akan ceritakan mengenai pengalaman Paknil menjayakan ceramah motivasi itu selepas ini.
Dan yang memeluk Paknil itu adalah anak buah Paknil sendiri, Izzul Azrai B. Nokman yang merupakan Presiden kepada Victoria Institution Committee Board 2009.
Melalui anak buah Paknil inilah undangan itu dilakukan oleh pihak sekolah dan menjadi realiti pada hari Selasa 21 April yang lalu.
Izzul dijemput naik ke pentas oleh Guru Kanan Bahasa Datin Maimun Hussin untuk bersama dengan Paknil dan tetamu yang lain. Tahniah Izzul atas penghargaan itu.
Sekarang dah terjawab teka-teki itu dan Paknil akan ceritakan mengenai pengalaman Paknil menjayakan ceramah motivasi itu selepas ini.
Ini pula Paknil bersama Izzul dan famili ketika Hari Raya yang lalu. Ibu Izzul itu adalah kakak Paknil. Eh, bukan selalu Paknil kongsi cerita famili Paknil dengan orang ramai tau. Sebab korang sabar menunggu, jadi ini eksklusif untuk korang aje.... :)
Wednesday, April 22, 2009
APA NI????
Maaf sekali lagi. Paknil mengalami kesuntukan waktu untuk update blog ini. Sebelum itu, Paknil nak tinggalkan gambar ini untuk korang semua teka. Apa sebenarnya berlaku? Kenapa ni?
Nantikan ceritanya di sini....Akan Datang!
Sunday, April 19, 2009
TOLONG KOMEN EH...
Sementara tunggu Paknil update blog ni, boleh tak komen mengenai Borak Paknil dalam Metro Ahad hari ni? Klik sini untuk membacanya. Tengkiu!
Wednesday, April 15, 2009
UNTUK RENUNGAN
Cuba perhatikan gambar diatas, mungkin jika sekali pandang ia cuma sehelai contoh kertas jawapan biasa bagi kanak-kanak sekolah rendah. Namun begitu jika kita renung lebih tajam lagi, ada trajedi sebenarnya di situ.
Paknil rasa ini adalah kertas latihan atau peperiksaan bagi sekolah di Indonesia melihat kepada struktur ayat dan perkataan yang digunakan. Namun begitu, itu bukan persoalannya. Di mana sahaja perkara ini boleh terjadi.
Terima kasih kepada seseorang yang mengirimkan email ini pada Paknil.
Tersentak Paknil seketika dan pada masa itu bukan perasaan lucu yang timbul malah perasaan sedih.
Paknil terbayang pada anak yang memberi jawapan ini mungkin mengenal erti kasih sayang yang dipinjamkan oleh pembantu rumahnya.
Paknil percaya ‘kasih sayang tumpang’ini telah dan ada berlaku pada masyarakat kita cuma kita sahaja yang sering menidakkannya.
Diharapkan dengan sekeping contoh di atas, Paknil dapat mengingatkan diri Paknil dan kawan-kawan semua akan tanggungjawab kita sebagai ibubapa. Pada pangkat anak yang membaca blog ini, diharap dapat dijadikan iktibar untuk masa akan datang.
Biar sesibuk mana sekalipun kita sebagai ibubapa, tiada ada apa alasan yang boleh diberikan apabila menyentuh pemberian kasih sayang kepada anak-anak kita.
Kasih sayang bukan sekadar bicara sahaja tetapi juga perbuatan. Kadang-kadang ucapan tidak memadai dan begitu juga sebaliknya.
Wang dan kekayaan bukan segalanya. Tiada nilai yang dapat dibandingkan dengan kasih sayang yang kita curahkan kepada anak-anak kita. Itulah sebenarnya harta dunia dan akhirat kita.
Paknil berdoa agar di dalam kesibukan kita mencari rezeki, kasih sayang anak-anak kita tidak ditukar dengan wang ringgit. InsyaAllah, Amin.

Tuesday, April 14, 2009
ALHAMDULILLAH! TERIMA KASIH SEMUA!!!
Apa lagi yang boleh Paknil ucapkan selain daripada ucapan ALHAMDULILLAH pada rezeki kali ke enam di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 ini. Bersyukur sangat-sangat pada kurniaan Illahi ini dan sememangnya Paknil masih dapat rasa kejutannya. Ikhlas Paknil katakan, Paknil terkejut dengan keputusan ini sebab setelah memenangi lebih dari tiga kali tiga tahun yang dulu, Paknil sentiasa bersedia untuk kalah. Namun ini yang dinamakan rezeki dan Paknil sangat berterima kasih kepada peminat serta penyokong Paknil yang masih percaya pada kemampuan Paknil.
Terima kasih kepada semua yang begitu tekun menggunting akhbar BH, memangkah dan menghantarkannya. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa korang semua.

ANUGERAH PENGACARA TV LELAKI POPULAR 2008
Calon-calon yang bertanding semakin hebat dari segi kerja mereka. Namun bila nama Paknil masih lagi diumumkan sebagai pemenang, Paknil ingin pesan kepada calon-calon yang lain agar jangan rasa kecewa sebab ingatlah bahawa Paknil menunggu 13 tahun sebelum trofi pertama sampai ke tangan Paknil.
Walaupun ada yang ingin melihat wajah baru menjulang trofi itu tapi Paknil sikit pun tak kecil hati dengan komen macam tu.Paknil akan terus berikan saingan kepada angkatan baru agar kerja kita semakin menarik dan mencabar.

ANUGERAH PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR 2008
Tahniah buat FBI kerana sekali lagi mengungguli kategori itu. Walaupun kecundang, bagi Paknil ini baru permulaan kerjaya Paknil di bidang radio. Jika Paknil boleh tunggu 13 tahun sebelum menggenggam trofi Pengacara Popular, Paknil juga sanggup tunggu 13 tahun untuk trofi kategori ini.
Yelah, bila bekerja ada saingan baru bersemangat sikit dan kita tidak akan leka dan kena kerja keras. Saingan ini sangat sihat dan Paknil tak kisah pun kalah kategori ini. Paknil nak kerja keras lagi dan nak pastikan pendengar percaya kepada kerja Paknil.
Terima kasih juga kepada yang memangkah nama Paknil dalam kategori ini!
BINTANG PALING POPULAR 2008
Tahniah buat Nabil kerana menjadi yang paling popular tahun ini. Rezeki anak muda ni memang murah sejak memenangi Raja Lawak. Aura Nabil memang kuat dan hanya mereka yang mempunyai Aura sahaja yang layak digelar Paling Popular!
Paknil? Ada ke ‘aura’nya? Takpelah, Paknil tak pernah terfikir akan bergelar paling popular sebab Paknil bukannya pelakon, pelawak atau penyanyi yang mempunyai aura yang hebat.
Dalam pada tu, Paknil ucap Terima Kasih juga kepada penyokong Paknil yang meletakkan nama Paknil untuk dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular! Terperanjat Paknil bila Paknil diberitahu yang Paknil adalah pada ranking ke 4! Alhamdulillah. Ini pun Paknil dah bersyukur sangat dah.
Semua ini bagai menyuntik semangat baru buat Paknil agar terus memberikan yang terbaik untuk semua di samping untuk terus menjaga kepercayaan peminat. Paknil berdoa pada Tuhan agar memelihara pekerti Paknil dan terus memberi kesihatan yang baik buat Paknil agar dapat terus mencari rezeki yang halal! Amin.

Subscribe to:
Posts (Atom)