Wednesday, April 30, 2008

LELA pemenang PEMANGGIL PALING POPULAR 10-1@ERA


" Bagi kategori PEMANGGIL PALING POPULAR pemenangnya adalah....."


" LELA "


Tahniah Paknil ucapkan kepada LELA dari Klang!!!!

Terima kasih di atas sokongan anda selama ini yang tidak pernah putus asa menjadi pemanggil setia bagi slot 10-1@ERA, sepanjang bulan April. Keputusan PEMANGGIL PALING POPULAR telah diumumkan dalam 10-1@ERA tengah hari tadi.

LELA telah berjaya menumpaskan pemanggil lain dengan 17 panggilan. Beliau bakal menerima hadiah wang kemenangan Paknil di ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2007 bernilai RM3000. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada LELA di atas sokongan anda!

Terima kasih juga diucapkan kepada pemanggil-pemanggil lain yang memberi sokongan kepada Paknil! Teruskan mendengar ERA!





Pejabat bergerak Aznil

Oleh FAIZAL SAHARUNI/ KOSMO/ 30 APRIL 2008

DIA dan urusan kerja bagai tidak boleh dipisahkan. Kalau tugasan tidak ada dalam agenda harian, maka pincanglah hidup manusia bernama Aznil Nawawi yang 'ketagih' untuk bekerja ini. Ada kebenarannya, Perunding Kreatif Astro ini sudah punya segala-gala. Apa lagi yang diingin Aznil sedangkan dia kini berada dipaksi kemasyhuran hinggakan empunya badan berhasil meraih gelaran pengacara nombor satu negara.

Bukan bersikap tamak haloba dan mementingkan diri sendiri sehingga menutup pintu rezeki artis lain, sebaliknya anak jati Kuala Lumpur yang penuh ambisi ini bijak mencatur segala rancangan untuk hari seterusnya.

"Saya boleh gila kalau tak bekerja," luah Aznil dengan jiwa bergelora semasa diwawancara Kosmo! di kediamannya di pinggir ibu negara baru-baru ini.

Menjadi insan nombor satu dalam bisnes hiburan tanah air dan disanjung pemujanya tidak sesekali membuatkan lelaki berusia 46 tahun ini alpa atau riak.
Sebaliknya, tabiat merendah diri, gigih bekerja dan berpijak di bumi nyata terus menjadi amalan serta santapan hariannya.
SELAMAT datang ke pejabat saya.

"Saya pentingkan kerja. Jadual saya agak padat sampaikan terpaksa buat beberapa tugasan dalam kereta," ungkap penyampai Radio ERA ini.

Mesyuarat dalam keretaMenggunakan Nissan Elgrand Impul 455 sejak setahun lalu, beritahu Aznil, mobil buatan negara Jepun itu banyak membantu pergerakannya ke merata tempat.

"Kenderaan ini ibarat rumah kedua. Ia sungguh selesa dan sesuai untuk perjalanan jauh. Kalau ada pertunjukan di luar kota, Nissan Elgrand inilah yang mengangkut saya.

"Sekiranya menjalani penggambaran di kawasan pedalaman yang tidak sediakan kemudahan bilik, saya boleh tukar baju dan bersiap dalam kenderaan.

"Selalunya pembantu peribadi saya yang akan pandu kereta ini. Saya hanya duduk di belakang, merehatkan diri seketika sambil membaca akhbar serta majalah.

"Saya pun boleh tidur lena sebab kereta ini kondisinya besar, jadi saya bebas lakukan apa saja dengan keluasannya itu," kata Aznil membahas kepentingan Nissan Elgrandnya.
Adakalanya Aznil sempat mengadakan mesyuarat dalam mobil kesayangannya dengan rona hitam itu
"Jangan terkejut, saya pernah adakan perjumpaan dengan klien dalam Nissan Elgrand itu sambil dipandu mengelilingi sekitar Kuala Lumpur.
"Memang menyeronokkan kerana kereta ini memberi banyak kenangan yang sukar dilupakan dalam ingatan," tambah Aznil.

Tidak lena fikir Nissan ElgrandMengimbas saat hati terdetik untuk memilih Nissan Elgrand itu untuk berdampingan dengan dirinya, beritahu Aznil, pada mulanya dia ternampak kelibat kereta itu meluncur megah di jalanan.

"Saya tengok reka bentuknya cantik dan menawan. Saya ini jenis manusia yang tak boleh berhenti berfikir dalam masa tiga hingga empat hari mengenangkan sesuatu benda yang saya suka.

"Selagi tak dapat, terbayang-bayang saja. Lepas itu saya tengok potensi kereta berkenaan dalam aspek kewangan dan lihat sama ada ia dalam senarai kemampuan saya atau pun tidak," jelas Aznil.
Mendasari sisi sebenar hos yang cukup sukses ini, Aznil tidak mahu dilabel lupa daratan atau sekadar ingin berlagak dengan kemewahan yang ada.

"Kalau boleh saya tak mahu dianggap menunjuk-nunjuk oleh masyarakat. Lama jugalah membuat keputusan sebelum beli kereta ini.

"Akhirnya saya nekad nak beli juga. Lagipun dah lama saya kepingin untuk beli kenderaan baru," jawab Aznil enggan berselindung.
Alahai Aznil, peminat pun sedia maklum sukses penyanyi kesayangan mereka yang terkenal menerusi lagu Profesor Klon
Selayaknya mobil itu menjadi ganjaran utama atas tiap titisan peluh yang mengalir selama ini, menjaja suara dan bakat kepada khalayak tanpa mengira penat dan lelah.

Jarang memandu sendiriSengaja menebak, barangkali bapa terhangat kepada dua cahaya mata, Fildza Haifa, 18, dan Fariq Haizen, 13, jarang memegang stereng kereta disebabkan dia ada pemandunya sendiri yang membawa ke destinasi yang ingin dituju.

Pun begitu Aznil mendedahkan, ada waktunya dia suka memandu sendiri daripada meminta pertolongan pembantu peribadi.

Biasanya Aznil akan mengguna kudrat sendiri memandu semasa menghabiskan waktu senggang bersama anak-anak.
"Ada juga saya pandu kereta sendiri, tapi jarang sangatlah. Komitmen kerja saya saja dah cukup penuh dan sibuk.

"Saya cuma bawa kereta hujung minggu, itu pun kalau tiada sebarang tugas pada hari berkenaan," ujar pengacara rancangan kanak-kanak popular, Tom Tom Bak ini.
Dalam pada itu, Aznil kurang senang tatkala berbicara perkara buruk tentang kenderaannya itu termasuklah kata-kata yang terlahir dari bibir orang lain tentang perancangan hendak menjual Nissan Elgrand itu setelah dia membeli mobil baru.

"Saya tak selesa cerita soal jual kereta. Saya tak rasa ia bagus untuk diucapkan. Walaupun hanya sebuah kereta, ia juga ada perasaan dan boleh merajuk
"Tak tahulah bagaimana naluri sebegini boleh timbul, tapi saya cukup percaya bahawa pemilik kereta tidak boleh bercakap sesuatu kurang elok dengan mobilnya," kata Aznil tegas.

Selain jadual kerja lain yang sedia menanti dan menjadi satu petanda rezekinya belum surut, Aznil tetap mahu mengabdikan diri dalam bidang ini selagi masih dikurniakan kesihatan yang bagus.
"Saya mahu buat kerja amal dan mendekatkan diri kepada masyarakat.
"Tak terkecuali, saya akan jalankan bengkel-bengkel berkaitan dunia hiburan khususnya untuk menjadi seorang pengacara yang baik," azam individu yang disayangi oleh jutaan rakyat Malaysia ini dengan cukup berhemah

Thursday, April 24, 2008

Aznil Curah Rahsia Kejayaan

Oleh: Rudy Imran Shamsudin/ RAP- HARIAN METRO

KEJAYAAN diperoleh pemenang anugerah Pengacara Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian lima tahun berturut-turut, Aznil Nawawi, 45, tidak datang dengan mudah. Keazaman dan keinginan untuk terus belajar memperbaiki diri menjadi kunci utama kejayaan diraih hari ini.
Baru-baru ini, pengacara yang mula melonjak namanya menerusi rancangan Pop Kuiz terbitan TV3, berkesempatan menjelajah ke beberapa pusat pengajian tinggi awam dan swasta untuk mengadakan ceramah motivasi bagi berkongsi rahsia kejayaan.

Pengalaman baru itu ternyata memberikan kepuasan berganda buat Aznil terutama apabila ia mendapat maklum balas positif daripada mereka yang menyertai bengkel diadakan.“Kegiatan ini sudah lama saya lakukan bergantung kepada masa terluang. Pada saya ini antara sumbangan dan tanggungjawab sosial yang dapat saya berikan kepada mereka yang bakal bergelar pemimpin.
“Baru-baru ini saya berpeluang memberikan ceramah kepada sebahagian pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Segamat, Johor.“Saya terharu dan benar-benar berbesar hati apabila sambutan diberikan terhadap bengkel ceramah motivasi cukup menggalakkan.“Melihat sambutan diberikan dan begitu ramai pelajar memenuhi dewan ceramah membuatkan saya pula rasa takut. Maklumlah mengacara sesuatu majlis amat berbeza dengan tanggungjawab untuk berkongsi ilmu dengan pelajar ini.

“Bagaimanapun, saya sangat bangga dengan pelajar ini apabila rata-rata mereka memberikan tumpuan penuh sepanjang ceramah motivasi diadakan. “Bukan itu saja, apabila saya mengajak mereka menyertai aktiviti yang diatur, mereka berebut mahu melakukannya. Secara tidak langsung suasana ceramah motivasi menjadi seronok dan tidak membosankan,” katanya.

Bercerita lanjut, jelas Aznil antara perkara ditekankan kepada peserta ceramah ialah kegagalan hidup mampu dijadikan pembakar semangat untuk meraih kejayaan pada masa akan datang.

“Saya tidak mengambil contoh lain selain diri sendiri. Menyentuh mengenai perkara ini, saya teringatkan anak perempuan saya, Fifi, yang baru-baru ini mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). “Dia menangis sehari suntuk hanya kerana memperoleh 9A, sedangkan dia berharap sangat mendapat keputusan 10A.“Berbanding dengan ayahnya, saya ketika mengambil peperiksaan sama hampir mendapat pangkat tiga. Ia berpunca daripada kelemahan saya sendiri yang alpa selepas mendapat keputusan baik di peringkat Sijil Rendah Pelajaran (SRP).

“Dalam hidup kita harus ingat Allah selalu memberikan peluang kepada hamba-Nya untuk menjadi manusia yang lebih baik. Untuk saya pula dia berikan peluang dengan diterima untuk meneruskan pengajian di tingkatan enam.“Kegagalan pertama itu saya gunakan untuk memperbaiki diri. Saya belajar bersungguh-sungguh dan memastikan mendapat keputusan baik agar saya boleh melanjutkan pelajaran di universiti,” katanya.


Kata Aznil, perkara itu turut diamalkan dalam membina kerjaya dalam bidang penyiaran. Menurutnya, sebelum ini dia turut berhadapan beberapa kegagalan sehingga menyebabkan syarikat produksi yang dibuka terpaksa ditutup.“Saya tidak terus patah semangat dan berputus asa sebaliknya cuba berusaha dan bangun kembali sehinggalah berada di tahap sekarang.

Apapun rahsia saya, kita seharusnya berdoa agar usaha dilakukan itu diberkati Allah kerana Dia yang memberikan rezeki,” katanya.Aznil berkata dalam ceramah itu dia tidak mengatakan dirinya insan paling baik, tetapi cukup jika apa yang diperkatakan itu dapat memberikan perangsang kepada pelajar terbabit untuk memperbaiki hidup sekali gus mampu memberikan sumbangan kepada masyarakat.

Word has it...: Meet Aznil the teacher

By: Hafidah Samat / The News Straits Times / 22 April 2008
Aznil Nawawi will teach kids how to communicate effectively.

Aznil Nawawi will teach kids how to communicate effectively.

WE all adore him. I’m talking about the irreverent, quirky and on-the-edge TV personality/director/producer/actor/singer, Aznil Nawawi.

For many years, TV viewers have been in awe of his dynamic personality as well as his friendly and amiable nature that puts people at ease.Contacted recently, the multiple award-winning TV and radio personality was excited about his latest project.
Titled “Speak Up Their Mind”, the venture is co-supported by the Education Ministry. It will see Aznil conducting workshops for primary school children so that they understand the fundamental right of freedom of expression.
Essentially, the purpose of the workshop is to develop educational tools that are child-friendly, to convey social issues that affect them and to empower them to communicate their opinions on various issues or subjects.

The workshops, which Aznil will facilitate, will include storytelling, intonation, body language and learning Bahasa Melayu.Aznil hopes that children will be able to share their different stories and feel “liberated” through the programme.
“Ultimately, the workshops will help children gain confidence to effectively communicate their experiences through storytelling,” said Aznil.“As they scrutinise their stories with one another, they will learn,” he added.
According to him, the idea came after doing “Anak-Anakku”, a segment from his award-winning variety show “Macam-Macam Aznil”, aired on Astro Ria (on Channel 104).
The highly-rated show bagged the Best TV Talkshow award at the 2005 Asian Television Award in Singapore.
“I noticed that out of 200 kids who attended the show, only 15 to 20 of them could speak their minds. It is disheartening and I wish to use my skills to help them to learn a thing or two about expressing themselves,” he added.In ensuring the project kicks off smoothly, Aznil, who has dabbled in the showbiz industry for 18 years, has studied the master plan for children’s education in Malaysia.
He has also visited Education Minister Datuk Seri Hishamuddin Hussein who has equivocally agreed that the time is right for an industry icon to work with the children.“
I’m extremely touched by the support and encouragement given by the Ministry. This is my way of showing my expression to my fans who have stood by me all these years,” said Aznil, who has just returned from attending two-day auditions with children for his show, “Tom-Tom Bak”, which is aired on Astro Ria.
The one-year project will be launched either in June or July.
Aznil will visit the respective schools during weekends.He admitted that he is excited about where this can lead and hopes to take this further by encouraging more participation amongst the children.“I see children as catalysts and trainers who will help other children to speak out,” he said.

Tuesday, April 22, 2008

SINGLE TERBARU- TERAMAT SANGAT



Dapatkan single terbaru Aznil Hj. Nawawi, berjudul TERAMAT SANGAT dari album soundtrack filem DUYUNG.

Monday, April 21, 2008

KEPUASAN AZNIL

Oleh SHAZRYN MOHD -Utusan Malaysia

HATI mana yang tidak gundah gelana seandainya apa yang kita rancangkan demi melakukan pembaharuan dan kelainan dalam memberi kepuasan kepada peminat dan penonton tidak mendapat sambutan mahupun tersasar daripada apa yang telah dirancangkan sebelum ini.

Tetapi, bagi anak jati Kuala Lumpur ini dia sentiasa berfikiran positif dan tidak mahu dibebankan dengan kegagagalan masa lalu dan terlalu memikirkan tentang apa yang akan berlaku.

GAYA mesra Aznil bersama salah seorang hadirin di Astro’s Bouquet of Stars, baru-baru ini.

Apa yang pentingnya adalah memastikan setiap perkara yang dilakukannya diterima dengan baik dan mampu menceriakan hari-hari peminat setianya yang sering mendambakan sesuatu yang istimewa daripadanya.

Meskipun pada awalnya, persembahan minggu setiausaha Astro‘s Bouquet of Stars (ABOS) dijadualkan berlangsung selama dua hari berturut-turut bermula 9 April lalu, tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, ia hanya berlangsung selama satu hari sahaja.

Namun, itu langsung tidak mematahkan semangat pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi selaku insan yang menyumbang idea kreatif dalam memastikan kejayaan ABOS yang berlangsung dengan cukup meriah di Hotel New World, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Beliau tidak melihanya sebagai satu kegagalan apabila ABOS hanya berlangsung selama satu hari sahaja. Malah, tidak terbit langsung rasa kecewa dalam hatinya apabila diberitahu tentang hal itu. Malah menganggap persembahan ABOS itu cukup menarik dan menghiburkan.

“Mungkin juga kerana tahun ini kita lihat terlalu banyak persembahan untuk Minggu Setiausaha dan pastinya, orang ramai mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan dalam memilih persembahan yang mereka mahu tonton.

“Kehadiran penonton dan peminat pada hari ini sudah cukup menggembirakan saya dan ternyata percaturan Astro dalam mengendalikan persembahan sebegini kali pertama berjaya. Apa yang saya dapat lihat dan nampak, semua yang hadir gembira dan berpuas hati dengan persembahan pada hari ini,” jelas Aznil sewaktu ditemui sebaik sahaja majlis tersebut berlangsung.

Selain Aznil selaku pengacara pada ABOS tersebut, hadirin juga dihiburkan dengan empat juara Akademi Fantasia (AF) iaitu Zahid, Mawi, Faizal dan Mila serta penampilan eksklusif diva tersohor, Anita Sarawak yang ternyata memberikan persembahan yang begitu energetik sekali.

Apa yang penting bagi Pengacara TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular ini adalah kehadirannya sebagai membantu menghangatkan serta memberikan kuasa kepada persembahan pada ABOS tersebut.

“Boleh dikatakan juga, kehadiran saya pada petang ini dalah untuk membantu artis-artis muda yang membuat persembahan pada ABOS ini lebih yakin dengan persembahan mereka terutama sekali pada bahagian-bahagian tertentu yang perlu saya bantu bagi mencantikkan lagi persembahan mereka.

“Saya sendiri melihat dan merancang bila perlu saya mencelah dan membantu mereka,” kata bapa kepada dua orang cahaya mata ini lagi.

Apa yang membuatkan Aznil begitu gembira dan puas hati dengan perjalanan ABOS adalah apabila segala yang dirancangnya menjadi terutama apabila dia menjanjikan kejutan buat mereka yang hadir di ABOS.

“Seperti mana yang saya katakan dulu, persembahan ini akan saya tampilkan kejutan dan ternyata apabila kejutan yang saya berikan kepada hadirin iaitu dengan kedatangan angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, suasana bertukar menjadi meriah dan semua dilihat begitu teruja kerana mereka tidak akan menyangka akan diberikan keistimewaan sebegini.

“Inilah juga yang dikatakan kelainan yang saya rasa mungkin tidak ada pada persembahan minggu setiausaha yang lain. Insya Allah, jika ada rezeki, untuk tahun-tahun seterusnya, sudah pasti saya akan tampilkan kejutan,” jelas Aznil penuh optimis.


ABOS menghiburkan

ABOS yang menggabungkan empat juara AF serta Anita Sarawak ternyata cukup menghiburkan dan persembahan yang diberikan setiap seorang mereka menarik perhatian mereka yang hadir menonton ABOS. Kiranya, berbaloi dengan jumlah tiket yang dikenakan iaitu RM488.

Tepat pukul 1.30 petang, Aznil memulakan acara dengan menyampaikan lagu klasik, Close To You yang juga tema pada petang itu. Apa lagi yang perlu dikatakan tentang Aznil yang sememangnya sentiasa lincah dan menghiburkan dalam setiap persembahannya.

Seterusnya, juara AF keempat, Faizal pula menyampaikan lagu rakyat dari Terengganu, Watimang Landak sebelum menyaksikan gandingan pertama kali anak jati Terengganu itu dengan juara AF kelima, Mila menerusi lagu Sembunyi.

Apa yang dapat dilihat adalah gandingan Faizal dan Mila tidak begitu menjadi dan tiada keserasian antara mereka dan lagu Sembunyi itu akan menjadi lebih menarik seandainya, Mila berduet dengan Zahid.

Perkara itu dapat ditebus apabila Mila berduet dengan Zahid menerusi lagu cinta, Endless Love sebaik sahaja Mila menyampaikan lagu solonya, Mila Bila Cinta.

“Inilah kali pertama saya mengadakan persembahan untuk minggu setiausaha dan ternyata saya begitu gembira di beri peluang sebegini. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir pada hari ini,” demikian pengakuan jujur Zahid tentang penglibatannya dalam ABOS.

Zahid juga berjaya memberikan persembahan yang cukup menarik menerusi rangkaian lagu-lagu medley nyanyian asal kumpulan Earth, Wind & Fire serta Hanya Dirimu iaitu lagu terbaru yang dimuatkan dalam album keduanya, Baru.

Banyak perubahan yang dapat dilihat dari persembahan Zahid dan dia juga dilihat begitu berkeyakinan sekali di atas pentas.

Apa yang menariknya adalah apabila lagu-lagu popular masing-masing dinyanyikan oleh sang juara yang berbeza.

Faizal menyampaikan lagu Angan dan Sedar, Zahid pula dengan lagu Persis Mutiara dan Mila menyampaikan lagu asal Faizal iaitu Datanglah sebelum ketiga-tiga mereka menyampaikan lagu Milikku.

Kehadiran juara AF ketiga, Mawi ternyata mengundang histeria dan seperti biasa, peminat-peminat fanatiknya tetap mengerumuninya serta mengambil peluang itu untuk bergambar kenangan bersama anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor itu.

Tidak ada apa yang menarik tentang persembahan Mawi yang boleh dikatakan sekadar biasa-biasa sahaja saat di mendendangkan lagu-lagu seperti Fantasia Bulan Madu, Sejati, Aduh Saliha, Cinta Zulaikha, Lagu Jiwa Lagu Cinta serta Tercipta Untukku.

Aznil terus menghangatkan suasana dewan besar pada petang itu dengan menyampaikan pula lagu Only You dengan menjemput salah seorang hadirin dan bergurau dengannya sebelum kehadiran Sheikh Muszaphar Shukor yang menimbulkan suasana hiruk-pikuk dengan jeritan penonton.

Sudah semestinya, kehadiran penghibur sejati, Anita Sarawak adalah yang paling dinantikan. Memulakan persembahan dengan lagu Celebration, anak jati Singapura ini cukup bijak mewarnakan persembahannya dengan aksi lincahnya yang cukup menghiburkan itu.

Anita cukup bijak menghangatkan persembahan ABOS dengan memilih lagu-lagu rancak untuk menimbulkan mood gembira dan teruja di kalangan penonton yang hadir pada petang itu.

Lagu-lagu seperti The Cup of Life, Dengar Ini Cerita, Asmara, Mambo No.5, Let‘s Get Loud serta single terbarunya, Ular sudah cukup membuktikan bahawa karisma Anita sebagai penghibur tidak dapat disangkal lagi.

Malah, dengan kehadiran pelajar-pelajar AF6 menyaksikan ABOS diharap dapat membuka mata mereka untuk mempelajari skil serta memperbaiki kelemahan dalam menjadi seorang penghibur yang disegani.

ABOS ternyata mencapai matlamat Astro dalam pengendalian acara dan mungkin segala kekurangan pada tahun ini dapat diperbaiki untuk memantapkan lagi persembahan seandainya ABOS diteruskan untuk tahun kedua tahun hadapan.

Friday, April 18, 2008

MAJLIS PELANCARAN A:S.A.P 4 CHILDREN @ TAYLORS COLLEGE,PJ.





Pada 27 Mac lalu, saya amat berbesar hati dapat meluangkan masa menghadiri majlis pelancaran A:S.A.P 4 Children yang berlangsung di Taylors College Petaling Jaya. A:S.A.P 4 Children ( Abduction : Social Alert Project For Children merupakan projek amal yang dianjurkan oleh pelajar semester 4 Diploma Komunikasi yang diketuai oleh Cik Fareeza Ilyana.





Sebagai individu yang prihatin terhadap kanak-kanak Malaysia saya terpanggil untuk bekerjasama dengan para pelajar Diploma Komunikasi, Taylors College bagi melancarkan buku mewarna kanak-kanak yang berjudul 'STRANGER DANGER'. Saya begitu terharu dengan usaha murni mereka bagi meningkatkan kesedaran masyarakat melalui kerja amal khususnya golongan kanak-kanak, bahawa mereka juga perlu faham akan aspek keselamatan di sekeliling mereka menerusi medium (buku mewarna) yang paling hampir dengan mereka.


Saban hari berita kehilangan kanak-kanak di negara kita menghiasi setiap dada akhbar tanpa kesudahan. Saya melihat ini adalah suatu usaha yang amat positif untuk meningkatkan tahap kesedaran dan keselamatan kepada golongan sasaran khususnya kanak-kanak.



Apa yang terkandung dalam buku 'STRANGER DANGER' adalah perkara asas yang mudah difahami oleh kanak-kanak agar tidak cepat mempercayai orang yang asing di sekeliling mereka. Sebagai permulaan buku ini akan didermakan secara percuma di beberapa tadika yang terpilih bagi program tersebut. Projek ini disokong oleh UNICEF MALAYSIA.


Tahniah dan terima kasih! diucapkan kepada pelajar DIPLOMA KOMUNIKASI, TAYLORS COLLEGE, di atas jemputan anda. Semoga usaha murni ini berterusan dan selamat berjaya.




Tuesday, April 15, 2008

10 - 1 @ ERA

Halooo...
Dengarkan celoteh PAKNIL di slot 10-1@ era, setiap hari Isnin hingga Jumaat.
Sepanjang bulan April ni, Paknil nak cari PEMANGGIL PALING POPULAR.
Hubungi talian PANAS radio ERA, 03-9543 3355 untuk berbual bersama PAKNIL.
Pemanggil yang bertuah bakal menerima hadiah berupa wang kemenangan PAKNIL di ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2007. Hemm...tunggu apa lagi KRING KRING la Paknil...nanti Paknil JAWABLA... : )

Selamat Datang!


Assalamualaikum dan selamat datang ke blog saya.

Semoga blog ini menjadi medium untuk saya menyalurkan info terbaru dan berkongsi pendapat dan buah fikiran dengan anda semua...

Sebagai pembuka bicara, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan anda yang telah menobatkan saya sekali lagi sebagai PENGACARA TV LELAKI POPULAR ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2007 buat kali ke-5. Alhamdulillah ini adalah penghormatan yang tidak terhingga. Terima kasih sekali lagi...kemenangan ini akan memberi suntikan semangat baru untuk berusaha lebih keras lagi memberikan yang terbaik kepada anda.



Andalah SEMANGAT saya!





Salam Sayang,



aznilhjnawawi : )