Monday, June 29, 2009

BERTUAH RASA BADAN!


Seronok betul Paknil dapat membuat persembahan di hadapan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor sempena sambutan Hari Kanak-kanak Bakti di kediaman Perdana Menteri baru-baru ini.
Paknil antara penghibur yang melayan kerenah kanak-kanak dari pelbagai kaum dengan semangat 1Malaysia. Betul kata PM, dalam diri kanak-kanak memang tak ada perasaan Aku Melayu, Aku Cina dan Aku India. Bagi mereka, mereka adalah sama.
Kiranya persembahan Paknil hari itu mendapat pujian jugaklah dari pemimpin nombor satu Negara dan isterinya. Alhamdulillah, Paknil rasa ini satu penghormatan buat diri Paknil kerana memang dah lama Paknil nantikan peluang untuk membuat persembahan di hadapan PM.
Berkesempatan bertemu dengan PM, Paknil dapati, PM kita ni memang seorang yang sangat merendah diri dan senang didekati. PM begitu senang untuk naik ke atas pentas untuk bersama anak-anak yang hadir dan begitu sporting untuk menjawab soalan dari kanak-kanak.
Ada Kanak-kanak yang menanyakan, “Umur berapa?”, “Gaji berapa?” dan macam-macam lagi. Semuanya PM jawab dengan senyum walaupun sudah sehari suntuk bekerja dari satu kawasan ke satu tempat yang lain pula. Sedikit pun tak terbayang kepenatan di wajahnya.
Datin Seri Rosmah pula terus-terusan melayan anak-anak kecil yang memandangnya seperti seorang ibu dan bukan seperti isteri PM. Ada anak-anak yang memanggilnya Auntie kerana mereka bukan kisah pasal protokol tetapi tetap disahut isteri PM. Sambil tersenyum Datin Seri Rosmah terus terusik dengan gelagat setiap telatah anak-anak di atas pentas!
Paknil kagum dengan semangat anak-anak kita yang diajar akan tiada sempadan antara dan sesama mereka. Namun, Paknil juga hairan kenapa bila meningkat dewasa, semua membawa hala tuju kaum masing-masing.

Thursday, June 18, 2009

SELAMAT HARI BAPA

Hari Bapa bakal disambut pada hari Ahad ini 21 Jun 2009. Paknil nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Bapa kepada semua Ayah, Papa, Daddy, Walid, Abah dan Baba yang membaca blog Paknil dan ayah kepada pembaca blog ini.
Banyak pengorbanan yang Ayah kita telah lakukan pada kita. Kalau ada sesiapa yang nak tahu cerita dan kenangan Paknil pada Almarhum Ayah Paknil, Hj Nawawi bin Shirin, jangan lupa baca Borak Paknil di Metro Ahad ini.
Buat Paknil, anak2 Paknil adalah nyawa Paknil. Mereka adalah penyebab Paknil terus tabah melalui kehidupan. Setiap kali Hari Bapa, mereka tak pernah lupa untuk beri ucapan, kad dan hadiah. Dalam banyak2 hadiah yang diberi, hadiah Tshirt yang Paknil paparkan kat sini adalah antara yang paling mengusik perasan Paknil.
PAPA SAYANG ANAK2 PAPA!!!!

Friday, June 12, 2009

MAJLIS NANA-BRIAN

Sorry la lambat sket nak update blog ni sebab Paknil tak terkejar dalam membahagikan masa untuk ke radio, buat rakaman tv, ada kerja-kerja sosial yang Paknil hadiri, Jelajah 11 Era dan hal-hal keluarga.
Dalam pada Paknil terkejar-kejar itu, Alhamdulillah Paknil dapat juga luangkan masa ke Majlis persandingan Nana dan Brian di Muar Johor pada 6 June sudah.
Sebenarnya Paknil sejak 5 June sudah berada di Port Dickson untuk bercuti bersama famili jadi perjalanan Paknil ke Muar bermula dari PD la. Nasib baik Paknil bermula dari PD sebab Paknil tak terperangkap dalam kesesakan lalulintas di lebuhraya menuju selatan.
Yalah, cuti sekolahkan masa ni. Jadi, masing-masing mengambil peluang keluar kota. Dengar cerita geng-geng ERA yang lain mulakan perjalanan pukul 10 pagi dari KL dan tiba di majlis Nana pukul 3 petang! Majlis pun dah nak selesai dah…tapi sempat lagi lah.
Paknil pula tiba tepat-tepat masa untuk merenjis! Itu pun Paknil siap tersilap pergi rumah orang kahwin lagi. Satu lorong dengan Nana rupanya ada majlis perkahwinan yang sama besar juga! Paknil sudah silap ‘landing’ daaaa…nasib baik sempat perasan. Kalau tidak malu free aje.
Setiba rumah Nana, Paknil dibawa masuk ke dalam rumah untuk merenjis kan pengantin. Tersenyum Nana dan Brian melihat kelibat Paknil. Eeee dah lama jugak Paknil tak pergi rumah orang kahwin. Apa lagi, Paknil pun terus renjis pengantin. Part ni tak boleh main hentam je!
Paknil siap renjis Farah Fauzana yang jadi pengapit Nana agar cepat-cepat sangkut tuah pelamin!
Nana sangat cantik masa hari itu. Brian pun sangat hensem. Memang cocok sangat kedua mempelai itu.
Selesai merenjis, Paknil beri peluang pada jemputan lain untuk bergambar dengan Paknil sementara menunggu pengantin bergerak ke meja jamuan. Nasib baik cuaca tak panas sangat hari itu, jadi lama jugaklah Paknil melayan mereka yang nak bergambar.
Nana baik hati sangat jemput Paknil untuk makan di meja jamuan pengantin bersama ibu dan ahli keluarga Brian. Paknil pun apalagi, terus tak fikir panjang lah sebab makanan kat meja pengantin memang ekstra hebat!
Semasa itu juga Paknil dihampiri pengacara majlis untuk buat ucapan. “Paknil nak ucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Nana yang merupakan adik Paknil di AF1 dan Brian (Mohd Raqeem). Paknil suka tengok akhirnya mereka ke jinjang pelamin kerana wajah mereka hampir sama. Kata orang tua, jodoh panjang. Paknil harap diorang cepat-cepat menimang cahaya mata dan biar ramai sebab Paknil yakin anak-anak diorang mesti comel2 macam Paknil!”
Hehehe…

Monday, June 1, 2009

PERHATIAN!!!!

Assalamualaikum. Paknil nak tarik perhatian semua pada Segmen Merisik Khabar @ ERA esok Selasa 2 Jun 2009. Kisah mengenai pasangan Puan Ana dan En.Kamal yang terpisah dengan anaknya yang berusia 10 tahun gara-gara ibu saudara Puan Ana. Ibu saudaranya itu, Puan Mazinah, enggan mereka berhubungan dan sekali gus memutuskan hubungan anak beranak itu. Segmen Merisik Khabar bermula pukul 9 pagi. Yang berkesempatan mendengar, sila tinggalkan komen anda di sini selepas itu. Tengkiu!