Masa Paknil pergi Carefour Sri Petaling baru2 ni, Paknil terkezzzut bila terbaca notis yang diletakkan di satu kiosk Fish Spa kat situ. Kelakar la pulak. Cuba korang komen
1. apa yang salah pada notis tu
2. apa tujuan sebenar dia letakkan notis tu
3. apa tanggapan lain yang boleh kita dapat bila baca notis tu
4. apa yang sebenarnya yang patut diletakkan kat situ....
Friday, August 22, 2008
Wednesday, August 20, 2008
INILAH KEJE PAKNIL!!!
Paknil baru perasan yang Paknil ni suka ambik gambar gunakan henfon masa dalam kreta. Yelah Paknil ni kekadang boring tak tau nak buat apa dalam kreta bila dalam perjalanan ke sesuatu tempat atau show. Sambil pembantu Paknil drive, Paknil jadi boring kat belakang. Nak baca paper sambil kreta bergerak nanti Paknil pening. Jadi inilah keje Paknil! Amek gambar sendiri....hehehe.
Friday, August 15, 2008
LANCAR SUDAH ALBUM PAKNIL....
Alhamdulillah 13 Ogos lalu lancar lah sudah Album Paknil 'AZNIL' di Federal Hotel. Paknil nak kongsi kegembiraan Paknil dengan pengunjung blog ini dan peminat2 Paknil semua. Perjalanan pelancaran cukup mudah. Kehadiran Norman dan Edry KRU dengan ucapan yang cukup menyentuh hati meyakinkan mereka adalah sahabat yang sama2 bangkit sejak mula kami bergiat dalam bidang ini.
(KOMEN GAMBAR : Inilah kumpulan jurugambar yang begitu tekun skali. Terima Kasih buat semua. Dari dulu sampai sekarang Paknil rasa dah jumpa beratus jurugambar Media tapi kemesraan antara kami masa sesi fotografi memang jelas!)
(KOMEN GAMBAR : Bila duduk tengah antara Norman dan Edry rasa macam Abang Chik pulak Paknil ni...Maka kini lengkaplah barisan KRU yang baru setelah Yusry Paknil singkirkan...hehehe)
Dihadapan para jurugambar Paknil bersama Norman & Edry melepaskan belon oren putih warna kebanggaan KRU ke udara sebagai gimik perasmian. Inilah pertama kali majlis pelancaran album dianjurkan untuk Paknil. Walaupun Paknil pernah melahirkan album 12 tahun yang lalu tapi album itu tidak dilancarkan oleh syarikat rakaman. Album berada di pasaran tanpa pelancaran.
(KOMEN GAMBAR : Rasa macam Menteri plak masa potong riben belon tuh! Sebelum riben dipotong Paknil sempat berharap agar kerjaya Paknil akan turut naik tinggi setinggi terbang belon itu dilepaskan. Ha! Tengok tu....3 warga senior dunia hiburan bergambar. Rasa macam Dafi pulak Paknil nih! Wakaka)
Selesai album dilancarkan melalui gimik yang simple, mulalah kerja Paknil seterusnya...posing untuk para jurugambar dari pihak Media. Paknil dari kecik memang suka posing-posing ni. Pelbagai pose Paknil berikan agar pihak Media dapat lunaskan kerja mereka dengan mudah. Jadi laki-laki senang sket sebab pose lah macam mana pun, takde benda yang terselak!
(KOMEN GAMBAR : Makan hati Dafi tengok pose-pose Paknil nih!!! Ala, sebenarnya Dafi lagi banyak sesi fotografi. Yelah, artis tengah naik....Paknil ni, dah ada orang nak selitkan masa untuk amek gambar orang tua pun dah cukup baik)
(KOMEN GAMBAR : Inilah kumpulan jurugambar yang begitu tekun skali. Terima Kasih buat semua. Dari dulu sampai sekarang Paknil rasa dah jumpa beratus jurugambar Media tapi kemesraan antara kami masa sesi fotografi memang jelas!)
Selesai sesi fotografi, Paknil dihurung wartawan yang tanya macam2 soalan. Tapi takde satu pun soalan itu yang keluar dari bidang kerja Paknil. Alhamdulillah, sikap hormat-menghormati masih tebal antara kami. Malah sebenarnya, mereka ini umpama kawan dan adik kepada Paknil. Tak ada soalan pun yang Paknil jawab dengan 'No Comment'. Satu istilah yang kurang digemari oleh pihak wartawan
(KOMEN GAMBAR : Aur dan Tebing sedang berinteraksi. Isi dan kuku pun ada. Terima Kasih geng!)
Thursday, August 14, 2008
INILAH JAWAPANNYER....JGN KETAWA!!!!!
OKLAH SETELAH KORANG PENAT MENUNGGU, SEKARANG DAH BAGI JAWAPANNYER. PAKNIL YANG KECIK DIRI KAT BELAKANG TUH. MASA TU, PAKNIL MEMANG BAHAN BULI KAWAN2. YANG SUKA BULI PAKNIL MASA SEKOLAH DULU....TU HA YANG KAT DEPAN SEKALI (EMPAT DARI KIRI) NAMA DIA AZAM SHAH BIN YUSOF DAN SORANG LAGI YANG BERDIRI KAT BELAKANG (EMPAT DARI KANAN). NAMA DIA TAJUDDIN. GASAK KORANG BERDUA....PAKNIL INGAT NAMA KORANG SAMPAI SEKARANG!
ALAH, PAKNIL TAK SIMPAN DENDAM PUN KAT DIORANG SEBAB BIASALAH, BUDAK2 SEKOLAH. KALAU TAK ADA SORANG DUA YANG NAKAL, TAK SYOKLAH ZAMAN PERSEKOLAHAN.
MINTAK MAAF LAH, BANYAK GAK NAMA2 YANG PAKNIL DAH LUPA. TAPI ANTARA YANG PAKNIL INGAT ADALAH SHAMSUDDIN, MAHADI, KHAIRUDDIN, AHMAD KAMAL, HASSAN, IDRIS, AZMI, AZIZ, AMINULLAH, NORAIAN, ENGKU AZIZAH, ROZIAH DAN SHANTI. (MINTAK MAAF PADA YANG LAIN). CIKGU PLAK YANG PAKNIL INGAT ADALAH CIKGU ROSMAH, MISS CHEAH DAN MISS FONG. (SEMUGA CIKGU SEMUA SIHAT WALAFIAT)
Tahniah kepada geng2 pengunjung blog Paknil yang berjaya meneka dengan tepat yang mana satu Paknil : Anne, Farazila, Ayu, Juana Intan, Sakurasa, Suzy, d_tieah, Rohziah, Big on Blog dan Nieradina

Subscribe to:
Posts (Atom)