Kali ini Paknil nak kongsi beberapa siri fotografi yang Paknil lalui sejak kebelakangan ini. Menghadiri temujanji fotografi untuk akhbar dan promosi adalah antara tanggungjawab yang harus Paknil penuhi sejak Paknil mula menceburkan diri dalam bidang ini. Sebenarnya, setiap kali fotografi, Paknil lebih suka mengenakan pakaian Paknil sendiri dan jarang disponsor. Bukan apa, ini untuk memastikan yang agar jadual fotografi berjalan lancar. Yelah, kalau disponsor, kadang-kadang saiz dan potongannya tak kena pula dengan Paknil. Jadi, lebih senang Paknil usahakan sendiri.
(1) FOTOGRAFI BERSAMA NANA
Ini adalah sempena dengan promosi Anugerah Bintang Popular BH 2009 yang sedang rancak berlangsung. Kami digandingkan sebab kami berdua tercalon untuk kategori Penyampai Radio Popular.
Paknil suka benar tengok gaya Nana sekarang dengan rambut pendek. Nampak Nana cukup segar dan masih remaja. Macam tulah jadi isteri yang selalu pentingkan penampilan. Jangan jadi sesetengah surirumah yang setelah bersuami, penampilan mula dipinggirkan. Akhirnya kecantikan masa sebelum kahwin pudar dan hilang.
(2) FOTOGRAFI BERSAMA JIMMY SHANLEY
Ha! Fotografi ini pula adalah bersama hos AF8 Jimmy Shanley di studio Utusan Melayu. Ini pula adalah bersempena dengan kempen promosi Akademi Fantasia 8. Ketika itu, Paknil yang mencadangkan pada Jimmy agar kami berdua berlagak seperti 'ulat buku' atau 'nerd'.
Jimmy memang sporting habes! Tak semua personaliti yang boleh terima cadangan dari personaliti lain ketika sesi fotografi. Yelah, mereka ada idea dan juga stail mereka sendiri. Lagi pun, kadang-kadang mereka ada sponsor pakaian mereka sendiri yang tak sesuai dengan konsep yang Paknil cadangkan.
Akhirnya, gambar kami menjadi cover sisipan hiburan Utusan Malaysia dan not bad jugak hasilnya, Tengkiu Jimmy!
(3) FOROGRAFI BERSAMA DIN BERAMBOI
(3) FOROGRAFI BERSAMA DIN BERAMBOI
Ini adalah sesi fotografi yang paling kecoh sekali. Apa taknya dengan adanya Din beramboi, semua orang di lokasi disakatnya dan jadi gamat. Sesi ini adalah untuk tujuan promosi Riuh Pagi Era dan gambar-gambar ini korang boleh tengok kat iklan akhbar dan juga billboard.
Ketika ini juga, penggambaran iklan (tvc) Era dirakamkan. Hasilnya, Paknil pun jadi tergelak sebab nampak macam happening sangat iklan tu.