Kadang-kadang kita tidak pernah tahu bila kita akan diuji dengan kesihatan. Dalam menjalani hari-hari sibuk kita, kadang-kadang terlupa dengan tanggungjawab menjaga kesihatan. Baik diri kita atau orang lain.
Namun, dalam pada masa Paknil bercuti di Pulau Pinang baru-baru ini, Paknil diuji dengan kekuatan kesihatan. Semasa orang semua sibuk masih beraya, Paknil bergegas ke hospital swasta di Pulau Pinang.
Untuk apa? Tak payah lah Paknil berpanjang lebar di sini. Tapi dugaan pada jam hampir pukul 4 pagi, benar-benar meresahkan Paknil. Suatu pengalaman beraya yang lain dari yang lain. Dua malam berturut-turut Paknil bergegas ke hospital yang sama sehingga ada di antara kakitangan hospital bersimpati dengan Paknil.
Terima kasih pada Dr. Ng dan Dr. Subra yang memberi perhatian dan tidak lemas menjawab pelbagai soalan dari Paknil. Sempat juga Paknil merakamkan gambar di bilik kecemasan dan kaunter ubat hospital.
Bukan tujuan Paknil memaparkan cerita ini untuk menagih simpati tetapi untuk berkongsi akan pentingnya ada orang bekerja di hari kita bercuti. Pentingnya ada orang bekerja ketika kita sedang lena diulit mimpi.
Maaf, Paknil tak dapat berterus terang di sini apa sebenarnya berlaku namun dengan posting kali ini Paknil ingin penyokong Paknil tahu apa yang berlaku dalam hidup Paknil walaupun sedikit. Semuanya ini adalah detik yang terpahat dalam diari Sambutan Raya Paknil tahun 1430 hijrah ini.