Tuesday, February 22, 2011

Gambar2 kat Melaka pulak!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PROMOSI BERTERUSAN!!

Best jugak dapat buat promosi ni. Sekurang2nya dapat juga kami berjalan dan bekerja di luar konti radio yang kaku.
Pusingan kedua ini kami ke Pejabat Pos Besar Melaka pula! Sempat jugak kami pergi makan ikan bakar dan seafood!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, February 21, 2011

GAMBAR JUALAN SETEM WAJAH PAKNIL - GPO GOMBAK

Mulai 14hb Feb Paknil bersama team Riuh Pagi Era Ray dan Hanif dituruti penerbit kami DJRyzal dah mula turun padang bersama Pos Msia. Ini sempena jualan setem yang mengabadikan wajah Paknil.
Hasil dpd jualan ini, wang itu disalyrkan ke Yayasan Buah Pinggang Msia.
Pusingan Pertama : Gombak

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, February 13, 2011

UJIBAKAT TOM TOM BAK

Selama 2 hari berturut2 Paknil meluangkan masa untuk mencari bakat di kalangan anak2 yang kurang dari 11 tahun.
Bermula dari pukul 11pagi sampai 7 petang pencarian bakat di SACC Mall sentiasa penuh dengan pengunjung yang tidak penat memberi sokongan kepada kanak2 Malaysia.
Tepukan cukup gemuruh diberikan setiap kali ada kanak2 yang membuat persembahan. Macam2 persembahan yang ditunjukkan kepada Paknil ada yang menari, miming, menari, main alat muzik, berlakon dan sebagainya.
Untuk yang kurang dari 6 tahun Paknil menemui mereka di bilik khas untuk segmen Jom Borak! Pemilihan kanak2 untuk segmen ini memang kena banyak kesabaran. Ada yang datang awal tapi bila jumpa Paknil mulut mereka terkunci.
Di ruang legar SACC Mall pula, telah tersedia pentas khas untuk ujibabakat Tom2Bak. Anak2 yang naik pentas pun Paknil lihat sgt bersedia dan bakat yang ditonjollkan amat luarbiasa.
Ada yang naik pentas untuk ber'shuffle' kegilaan anak2 sekarang.
Namun ada juga yang tidak melupakan adat resam kita dengan menyanyikan lagu Dondang Sayang dan menari tarian tradisional.
Yang bergelek sakan melaui lagu dangdut dan lagu Arab pun turut menjadi pilihan.
Paknil tercengang bangga dan terperanjat bila ada di antara kanak2 yang berusia kurang dari 11 tahun ini mempunyai vokal yang mantap! Ada yang lebih hebat daripada peserta ujibakat AF! Hahaha
Nantikan hari rakaman Tom2 Bak musim yang terbaru pada 13hb sehingga 17hb Mac di Filem Negara Petaling Jaya. Kalau nak join rakaman ini sebagai penonton, bolehlah buat tempahan tempat duduk dgn menelefon Astro bercakap dengan Unit TAG. Kalau ada rezeki, kita jumpa kat sana pulak!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, February 7, 2011

ALHAMDULILLAH. TERIMA KASIH PM & ISTERI

Hari ini Paknil berkesempatan untuk bersama keluarga pelajar2 kita di Mesir yg pulang ke tanahair. Dari pukul 9pagi lagi Paknil dan krew siaran luar Riuh Pagi Era telah berada di luar perkarangan Kompleks Bunga Raya di KLIA.
Sempat lah juga Paknil selam hati dan perasaan ibubapa yang tak sabar untuk bersama anak mereka setelah berada di dalam keadaan tidak tenteram sejak akhir2 ini berikutan pergolakan di Mesir.
Siapa yang mendengar radio era pasti tahu bagaimana perasaan mereka. Namun begitu, semuanya terubat bila kerajaan Msia membawa pulang pelajar secara percuma dan hari ini ada yang tiba di tanahair.
Istimewanya, PM dan isteri juga sempat meluangkan masa menunggu ketibaan mereka. Paknil sempat merempuh lautan keluarga di situ merapati PM dan isteri untuk menemuramah. Sememangnya PM dan isteri seorang yang sgt merendah diri dan menerima soalan dari Paknil tanpa keberatan. Terim kasih Paknil ucapkan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, February 1, 2011

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, January 30, 2011

HERO MALAYA BANTU BOB KUMAN RM60 RIBU!

Hari Jumaat 28 Jan 2011 merupakan satu detik bersejarah buat Paknil bersama 17 adik-adik Hero Malaya yang lain kerana pada hari itu buat pertama kalinya kami bergabung tenaga melakukan kerja amal kami yang pertama. Dalam kurang dari dua bulan gabungan Hero Malaya ini ditubuhkan, kami berjaya menganjurkan satu kerja amal dengan kerjasama Carrefour bertempat di Carrefour Wangsa Maju bermula dari pukul 3 petang sehingga 8 malam.
Pada hari itu, kami bekerja di tiga bahagian untuk melayan pelanggan Carrefour. Bermula di bahagian kek dan roti, kaunter kami telah sedia diserbu peminat kepada semua hero-hero ini untuk bergambar, mengambil otograf dan membeli.
Paknil, Imran, Iqram, Syafie dan Zoe melayan pelanggan yang ingin membeli kek yang ditawarkan beli dua dapat satu percuma! Sedangkan Zzizan, Zaid, Altimet, Alif, Erry, NasT, Riz, Maulana, Fazley, Zahiril, Kamal, Afi dan Farish menjaga kaunter roti. Memang laku jualan kami ketika itu dan keadaan memang begitu sesak. Ada ketikanya ia seperti sukar dikawal tetapi peminat kami semua bijak dan berhemah. Mereka pandai mengawal diri dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.
Setelah sejam kami berada di bahagian itu, kami menerima tugasan lain pula iaitu menjual limau mandarin. Sekali lagi kekecohan berlaku apabila bahagian itu pula turut menjadi tumpuan. Ada yang tidak bertujuan untuk membeli limau tetapi lebih ghairah bergambar dengan hero kesayangan mereka. Ada ketikanya Paknil tersenyum sendiri melihat gelagat adik-adik Paknil ini melayan peminat.
Ada juga yang telah mendapatkan t-shirt Hero Malaya untuk ditandatangani dan mengejar setiap daripada kami untuk menandatangani gambar kami yang di atas tshirt tersebut. Musim Tahun Baru Cina yang akan menjelang ini tentunya menyaksikan pasaraya ini sesak dikunjungi pelbagai kaum dan yang seronoknya ada golongan kaum cina juga yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengan kami.
Setelah cukup sejam di bahagian itu, kami dipindahkan pula ke kaunter juruwang untuk bekerja memasukan barangan belian pelanggan kedalam beg plastik. Seronok di bahagian ini kerana setiap kami di letakkan di kaunter yang bersebelahan. Tentunya berlaku kejadian menarik-narik pelanggan ke kaunter masing-masing di kalangan kami. Namun sebelum itu, kami sudah diajar akan perkara yang boleh dilakukan ketika mengemas barangan belian pelanggan dimana tidak semua barangan boleh dimasukkan kedalam plastik yang sama. Ini bagi mengelakkan barang makanan tercemar dek bahan kimia.
Kami melakukan tugas di kaunter juruwang itu juga selam sejam. Pelbagai perangai peminat dapat kami lihat kerana mereka terpaksa memilih kaunter hero pilihan mereka. Ada yang hanya membeli gula-gula mentos sahaja untuk dibayar dikaunter agar mereka juga dapat dilayan oleh hero mereka dan bergambar. Bagi Paknil yang berpasangan dengan Zoey agak tercabar juga bila ada di antara pelanggan kami yang membeli belah sehingga 3 biji trolley! Wah, penat juga memasukkan barangan mereka. Namun begitu, kepenatan kami berbayar apabila kami mula bergerak ke pentas utama tepat pukul 6 petang untuk acara penyerahan cek.
Setiba di pentas, sudah ramai pihak media dan tetamu lain memenuhi tempat duduk dan begitu juga dengan peminat yang sanggup berdiri berhimpitan untuk mengetahui apa pula yang akan kami lakukan. Ketika itu, Bob Kuman sudah perlahan-lahan berjalan dengan menggunakan tongkat untuk mengambil tempat disambut oleh adik-adik Hero Malaya yang lain tanpa mengetahui tujuan beliau dijemput ke acara hari itu.
Ketika ini segala kejutan dan rahsia yang kami simpan selama ini kami dedahkan. Setelah menerima cek bernilai RM60,000,  kami kini akan menyerahkannya pula kepada Bob Kuman untuk menampung kos hospital bagi mengubati penyakit obesitinya itu. Di masa itulah Paknil lihat bagaimana Bob Kuman sebak bercampur terperanjat dan terharu akan kerja amal yang dilakukan oleh anggota Hero Malaya untuk dirinya.
Sebenarnya, Bob adalah juga ahli Hero Malaya tetapi terpaksa Paknil tendang dia keluar dari persatuan maya itu untuk memudahkan lagi kami berbincang mengenai kejutan yang ingin kami berikan kepada beliau. Hanya pada ketika itu Bob tahu akan sebabnya mengapa dirinya disingkirkan kerana sebelum ini dia sendiri asyik tertanya-tanya akan sebab penyingkirannya.
Bertambah pilu lagi keadaan apabila Imam Muda Nuri membacakan doa yang memohon agar Tuhan dapat menganugerahkan tahap kesihatan yang terbaik untuk diri Bob Kuman supaya dia dapat bergerak dengan cergas melakukan kerja seninya yang akhir -akhir ini lembab kerana keadaan dirinya yang semakin membesar.
Kami rasa puas dengan kerja kami ini dan lebih puas lagi apabila melihat rakan kami teruja untuk melalui kehidupan yang lebih sihat lagi. Acara ini juga menyaksikan kami adik-beradik di dalam Hero Malaya ini dengan Paknil sebagai Bang Long dan Fazley selaku Bang Ngah sehinggalah adik kami yang bongsu Syafie Naswip bertambah akrab sedangkan sebelum ini ada di antara kami yang belum mengenali antara satu sama lain apalagi untuk bertegur dan berborak. Kini keluarga Hero Malaya mula didatangi penggiat seni lelaki yang lain dan penaja yang berpotensi. Terima kasih Tuhan kerana merestui kerja kami ini sesuai dengan pegangan kami 'Yang susah kami tolong, Yang senang jangan sombong'. Amin.  
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, January 22, 2011

HERO MALAYA

Semuanya bermula bila Paknil mula mengumpulkan seberapa ramai rakan artis lelaki yang Paknil ikuti di laman sembang Twitter. Paknil menjemput artis yang dari bidang yang berbeza seperti nyanyian, lakonan, pengacaraan, penyampai radio dan pelawak.
Ada diantara artis yang Paknil jemput yang tidak berminat untuk menyertai kamar sembang yang ingin Paknil tubuhkan ini. Namun begitu artis2 ini menyahutnya dgn serta merta! Mereka adalah @FazleyYaakob @AlifSatar @KamalAdli @ Shahiezy_Sam, @Altimet @ImranAjmain @SyafieNaswip @Maulana @Zahiriladzim @RizAinuddin @CatFarish @ZoeyRahman @FahrishAziz @AdiFashla @DJNasT @zahidbaharuddin @IqramDinzly @ErryPutra @zizanRL dan @FizoOmar.
Tujuan asal kamar sembang Hero Malaya adalah untuk kesemua ahli bebas berborak dan bertukar cerita, serta berkongsi peluang pekerjaan. Teknologi bersembang secara maya ini betul2 dpt memecahkan tembok yg mmisahkan kami. Sbelum ni mungkin ada diantara kami yang belum bertegur sapa tetapi kini mereka sudah bergurau walaupun berjauhan lokasi.
Kini Tuhan sudah buka kan satu lagi cara utk bsatu! Terfikir akan itu, Paknil teruscadangkan pd geng Hero Malaya agar kita buat kerja amal agar gabungan ni lebih bermakna. Kesemua hero tidak tunggu lama utk bersetuju!
Benda baik akan cepat dapat laluan dari Tuhan. Dengan satu panggilan telefon pihak Carrefour bersedia membuka laluan dan di sini bermula segalanya!
Kami akan bekerja dgn Carrefour Wangsa Maju pada 28 Jan ini mulai pukul 3pm. Tak kisahlah apa saja kerja yg Carrefour suruh kerana duit gaji kami pd hari itu akan kami salurkan untuk tujuan kebajikan!
Harap akan dapat sokongan peminat utk bersama2 membeli belah di Carrefour pada hari itu!
Terima kasih pada Carrefour yg begitu cepat buat keputusan dan menjadikan projek Hero Malaya lancar. Doakan agar projek ini membuka lebih banyak bantuan dari pihak lain utk kami beramal. InsyaAllah!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

A.jpg

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, January 5, 2011

KEMBALI KE SEKOLAH!!

Hari isnin 3 Jan 2011 menandakan bermula sesi persekolahan bagi tahun baru 2011. Kami di Riuh Pagi Era tak ketinggalan untuk sama merasakan keseronokan pada hari persekolahan itu.
Paknil, Ray dan Hanif awal pagi, seawal 5:30 pagi sudah muncul di perkarangan Sekolah Kebangsaan Desa Pandan bersama penerbit kami DJ Rizal dan skuad Era.
Keadaan masa itu masih gelap dan kami merupakan orang pertama berada di situ, lebih awal dari pelajar2 yang patut melaporkan diri pada hari pertama!
Sementara pihak jurutera bunyi kami mencari signal untuk siaran luar, penerbit kami serius memberi penerangan mengenai perjalanan Riuh Pagi Era hari itu. Tepat pukul 6 kami mula bersiaran secara langsung. Dari pemerhatian kami, keadaan di sekolah ini amat terkawal. Anak2 Tahun 1 seperti senang di atur barisan mereka. Mungkin ini kerana mereka telah melalui orientasi sebelum sesi persekolahan bermula.
Pelajar2 lain pun begitu bersemangat lebih2 lagi apabila mereka menyarungkan seragam sekolah serba baru termasuk beg sekolah! Warna pink tetap menjadi pilihan pelajar perempuan!
Dengan sesi taklimat persekolahan sebagai pembuka perhimpunan diikuti dengan bacaan doa untuk kejayaan pelajar dan guru. Guru besar pun turut memberi kata semangat. Bagus betul ucapan pembuka sesi pembelajaran 2011 oleh Puan Guru Besar.
Ada juga wakil pelajar yang memberi penerangan kecintaan mereka pada sekolah dalam bahasa inggeris! Tak selesai di situ, pelajar2 juga turut bangun menyanyikan lagu sekolah dan Negaraku.
Apabila mereka bergerak masuk ke kelas, Paknil terus mencari kerusi untuk duduk. Baru Paknil terasa penat setelah berdiri sepanjang pagi sejak pukul 530am lagi.
Adoi! Dah tua la katakan. Berdiri lama pun dah jadi masalah rupanyer! Hahaha
Tamat siaran langsung di SK Desa Pandan maka tercatat lah satu lagi kenangan indah Paknil, Ray, Haniff dan team Riuh Pagi Era. Siap berseragam sekolah sebagai pelengkap memori kami di awal tahun 2011! Terima kasih semua!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.