Alhamdulillah. Paknil dah selamat kembali dari lawatan ke Los Angeles untuk pemenang-pemenang Anugerah Skrin 2008 dan juga bersama pihak media.
Memang lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kami yang bergiat di industri penyiaran ini di samping dapat mengukuhkan silaturahim yang sedia ada dengan pihak media,
Pada mulanya Paknil resah juga akan ancaman Influenza A H1N1 yang melanda negara itu tetapi akhirnya Paknil meneruskan hasrat untuk bercuti bersama mereka.
Sememangnya kehidupan di sana begitu normal berbanding dengan ancaman penyakit yang sedang hebat melanda. Mereka bekerja dan bergerak seperti tiada apa yang perlu dirunsingkan.
Akan sebab itu, Paknil semakin yakin untuk menyertai aktiviti yang telah dirangka untuk kami.
Cuma terdapat 3 senarai artis yang menyertai rombongan ini selain Paknil iaitu Mr. Os dan Normah Damanhuri. Pemenang lain seperti Ogy Ahmad Daud, Rosyam Nor, Que Haida dan Mamat Khalid tidak dapat turut serta mungkin atas alasan kerja.
Namun suasana lawatan tidak sepi sebab Mr Os tak pernah kering idea untuk buat lawak setiap kali berada dalam bas. Ada sahaja yang diceritakan dalam loghat Perak!
Langsung Paknil terfikir bahawa sememangnya Mr Os ini seorang pelawak yang jati kerana hidupnya melawak sahaja dan yang bestnya, lawaknya tidak berulang.

Hari 1(20 Mei Rabu)
Kami tiba di Los Angeles melalui Terminal Tom Bradley pukul 1pm waktu LA. Tidak banyak birokrasi yang kami lalui dan rombongan kami juga tidak melalui pemeriksaan imigresen yang sukar. Ini menjadikan lawatan kami sebagai permulaan yang baik.
Kami terus dibawa ke hotel tempat kami menginap iaitu Hotel Crowne Plaza. Kami juga dibawa ke Universal Studios untuk makan malam. Lawatan sebenar ke Universal Studios adalah pada hari Jumaat. Kami dijamu dengan makanan laut yang segar.
Dalam pada itu, sempat jugalah kami membeli saguhati di Hard Rock Café di Universal Studios ini. Selesai lawatan singkat itu kami pulang ke hotel untuk tidur!

Hari 2 (21 Mei Khamis)
Pada hari ini, kami dibawa melawat Warner Bros Studios dan Sony Pictures Studios. Kami diberi pendedahan mengenai kemudahan penggambaran filem yang terdapat di kedua-dua studio yang hebat itu.
Pada hari ini, kami dibawa melawat Warner Bros Studios dan Sony Pictures Studios. Kami diberi pendedahan mengenai kemudahan penggambaran filem yang terdapat di kedua-dua studio yang hebat itu.
Kedua-dua studio itu memberikan layanan VIP kepada kami dan sepanjang lawatan itu, kami diberikan penerangan secara terperinci bagaimana penggambaran dilakukan. Kami ditunjukkan set bangunan dan rumah yang siap dibina seperti bangunan sebenar sedangkan ia cuma paparan dari rangka bahagian hadapan sahaja. Hebat sungguh dan kita yang menonton benar-benar rasakan seperti ia dirakam di sebuah bandar yang sebenar.
Kedua-dua lawatan tersebut benar-benar mengambil masa hari kedua kami di sana.
Hari 3 (22 Mei Jumaat)
Kedua-dua lawatan tersebut benar-benar mengambil masa hari kedua kami di sana.
Hari 3 (22 Mei Jumaat)
Hari ini kami dibawa ke studio yang sangat banyak tempat menarik di dalamnya iaitu Universal Studios. Kami diberi kesempatan untuk melihat beberapa babak yang sukar dilakukan. Antaranya ialah keadaan bandar diserang banjir besar, dua kereta meletop dalam Fast and Furious, berada di kawasan malapetaka kapalterbang terhempas, gegaran gempa bumi dan sebagainya.
Kami juga berkesempatan mencuba beberapa tarikan studio itu seperti rollercoaster, terjunan bot Jurassic Park dan banyak lagi. Yang bestnya, kitorang tak payah beratur sebab ada pas khas yang boleh membawa kami di hadapan barisan! Kelas gitu!!!
Hari 4 (23 Mei Sabtu)
Pada hari ini, awal-awal lagi kami sudahbergerak ke Camarillo Factory Outlet. Yang bestnyer, rakan-rakan media telah Paknil sarungkan setiap seorang dengan baju yang sama!
Hari 4 (23 Mei Sabtu)
Pada hari ini, awal-awal lagi kami sudahbergerak ke Camarillo Factory Outlet. Yang bestnyer, rakan-rakan media telah Paknil sarungkan setiap seorang dengan baju yang sama!
Paknil shopping sakan disini sebab barang-barangnya adalah secara langsung dari kilang pengeluaran. Harganya juga jauh lebih murah dari harga di butik jenama berkenaan.
Antara jenama yang ada di sana adalah seperti Coach, Spade Kate, Timberland, Giorgio Armani, Tommy Hilfiger, GAP, DKNY, Calvin Klein dan banyak lagi. Oleh kerana sibuk membeli belah,
Paknil tak sempat nak merakamkan gambar kerana tangan Paknil penuh dengan barangan belian hehehehe!
Hari 5 (24 Mei Ahad)
Pada hari ini juga, kami habiskan masa untuk melawat Farmers; Market di Los Angeles. Di sini kami dapat lihat bagaimana mereka membangunkan kawasan tradisional menjadi kawasan tumpuan ramai untuk membeli belah dan beriadah. Di sini Paknil lihat masih menggunakan kenderaan lama negara ini iaitu tramp.

Selesai lawatan ke Farmers’ Market kami dibawa untuk bersiar di Hollywood Boulevard. Ini merupakan kawasan mesti dilawati jika anda berada di Hollywood. Di sini Paknil lihat ramai yang teruja membeli buah tangan kenang-kenangan untuk dibawa pulang.
Sekitar jalanraya yang sibuk ini, terdapat watak-watak terkenal Hollywood yang berkeliaran untuk pengunjung bergambar. Alah tak mahal pun. Cuma USD1 sahaja setiap kali bergambar. Maka berebutrlah kami bergambar dengan watak-watak seperti Superman, Batman, Spiderman, Marilyn Monroe, Michael Jackson dan banyak lagi. Paknil rasa macam ada watak yang ketinggalan kat situ….Cicakman dan Professor Klon!
Terdapat juga kotak-kotak bintang untuk bintang-bintang Hollywood di sepanjang jalan berkenaan. Sempatlah Paknil abadikan sedikit.
Paknil berkesempatan bergambar dengan kotak bintang peninju dunia lagenda iatu Muhammad Ali. Menariknya kotak bintang peninju ini diletakkan di dinding masuk Kodak Theatre dan bukan di kaki lima seperti yang lain. Paknil rasa ini satu penghormatan kepada nama besar ‘Muhammad’ yang tidak sesuai sebagai kotak bintang yang dipijak-pijak!
Hari 6 (25 Mei Ahad)
Hari ini kami mempunyai aktiviti bebas dan Paknil mengambil kesempatan ke Camarillo Factory Outlet lagi untuk sambung shopping. Kali ni juga Paknil tak sempat bergambar sebab bizi shopping. Hehehe…Kali ni tak dapat lama-lama di sini kerana harus bersiap sedia untuk bergerak ke lapangan terbang sebab penerbangan kami pada pukul 2pagi hari keesokannya. Pukul 8 malam lagi hari ini kami dah bertolak ke airport.
Hari 7 (26 Mei Isnin)
Selamat tinggal Los Angeles. Kami menaiki pesawat MH095 pukul 2am yang kemudian membuat singgahan di Taipei dan terus ke Kuala Lumpur selepas itu. Perjalanan pulang yang panjang ini kami selesaikan dengan menonton video dan tidur!
Hari 8 (27 Mei Selasa)
Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 12 tengahari dan disambut oleh petugas-petugas kesihatan yang begitu tekun menangani penularan wabak Influenza A H1N1. Syabas kepada mereka kerana menjaga keselamatan negara.
Paknil juga ingin mengambil kesempatan ini ungtuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Media Prima khususnya dan Dato Sri Farid Ridzuan, Ketua Pegawai Esekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad khasnya kerana lawatan sambil bercuti ini.
Sekembali dari sana Paknil bagai disuntik dengan semangat baru pula untuk beraksi di tv dan radio!