Pada 20hb lepas, Paknil telah diraikan dalam satu majlis kesyukuran yang dianjurkan oleh pihak Astro sempena dengan kejayaan rancangan Macam Macam Aznil buat kali ketiga berturut2 di Anugerah Skrin baru2 ini.
Paknil juga turut diraikan atas penganugerahan Hadiah Utama Ketrampilan Berbahasa (Televisyen) 2007 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bertempat di Aras 7 Hotel Hilton Sentral, wah...hebat betul tempat ni. Decor memang first class dan yang penting kami aje yang ada kat situ. kira2 eksklusif la. Tepat kul 8 malam Paknil tiba bersama pengurus peribadi Paknil, Azlan dan pembantu peribadi Paknil, Key.
Famili Paknil yang terdiri daripada Kakak2 Paknil, adik serta ipar2 Paknil turut datang untuk bersama dalam majlis khas ni. Anak2 Paknil tak dapat datang sebab masa tu giliran mereka bersama ibu mereka.
Kedatangan kami rupanya telah sedia disambut oleh orang kuat Astro, Cik Rohana Rozan, Ketua Pegawai Esekutif TV ASTRO. Secara kebetulan ramai pulak yang pakai warna hitam. Mungkin sebab acaranya malam kot...
Masuk2 dewan yang disediakan, Paknil betul terpegun sebab siap slide kat tv ucap Tahniah pada Paknil. Yang beshnyer...dari dewan ni kami nampak bandaraya Kuala Lumpur dengan cahaya malam.
Meja Paknil di tengah2 Dewan. Paknil semeja dengan Cik Rohana disamping pengurus2 saluran tv Astro.
Macam ngam2 je jumlah jemputan dengan ruang dewan yang comel tu. Takdelah besar dan kecik sangat. Jez nice.
Masuk dalam dewan baru Paknil perasan yang geng production Macam Macam Aznil dan geng wartawan dah sedia duduk. Maknanya...acara dah nak mula lah ni!
Bila semua dah amek tempat, kita mulakan acara dengan bacaan doa syukur. Rupanya doa yang dibacakan turut dipanjangkan dengan doa selamat untuk Paknil yang bakal ke Mekah nanti. Alhamdulillah, mereka turut tidak lupa jadual Paknil ke sana.
Nak menitis airmata Paknil bila doa yang dibacakan oleh Ustadz benar2 menginsafkan dan me nyusuk kalbu. Bertambah2 rasa diri Paknil beruntung sangat mempunyai kawan, rakan dan kawan sekerja yang meletakkan Paknil di dalam doa mereka.
Ucapan oleh Cik Rohana juga simple and sweet (Macam orangnyer jugak). Dia nak kecemerlangan MMA diteruskan dan gembira dengan kejayaan ini. Bila pengiktirafan dari pihak pengurusan Astro diberi, rasanya penat lelah masa siapkan progran ru berbaloi, MEMANG BERBALOI!!!
Selesai ucapan, Paknil dihadiahkan dengan tanda hati. Susah2 aje lah...Terima kasih gak sebab Paknil diberi beg sandand ARMANI EXCHANGE. Mahal rasanya harga beg tu! Diowrang bilang, Paknil boleh gunakan masa di Tanah Suci. Ermmm....praktikal gak!
Paknil jugak diberi peluang untuk berucap. Peluang ni Paknil tak lepaskan untuk ucapkan TENGKIU kepada Astro, wartawan, pihak produksi dan krew MMA. Yang paling utama pada keluarga Paknil yang benar2 banyak berkorban pada Paknil serta anak2 Paknil yang banyak meminjamkan masa untuk bersama Paknil kepada waktu kerja.
Selesai ucapan, its makan time! Walaaa....menu buffet nyermemang mengancam. Mengenangkan Paknil takut gemuk sebab baru nak mula kurus, Paknil hadkan suapan ke mulut! Yang jadi my favourite ialah kambing panggang! Tak boleh makan banyak sebab takut darah naik! Panas tuh!
Kata orang hotel, kitowrang boleh duduk makan kat situ sampai kul 11 malam!
Selesai makan Paknil sempat bergambar kenang2an dengan famili Paknil...
Dengan geng production MMA....
Dan dengan pihak media...
Yang penting, Paknil nak gak bergaya dengan piala2 tu. Berat tau piala2 yang diberi tu!
Insyaallah...Paknil cuba sedaya upaya untukmenjadikan rancangan ini terus melekat dihati masyarakat Malaysia. Terima kasih Astro dan terima kasih semua!!!