Tuesday, February 22, 2011

Gambar2 kat Melaka pulak!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PROMOSI BERTERUSAN!!

Best jugak dapat buat promosi ni. Sekurang2nya dapat juga kami berjalan dan bekerja di luar konti radio yang kaku.
Pusingan kedua ini kami ke Pejabat Pos Besar Melaka pula! Sempat jugak kami pergi makan ikan bakar dan seafood!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, February 21, 2011

GAMBAR JUALAN SETEM WAJAH PAKNIL - GPO GOMBAK

Mulai 14hb Feb Paknil bersama team Riuh Pagi Era Ray dan Hanif dituruti penerbit kami DJRyzal dah mula turun padang bersama Pos Msia. Ini sempena jualan setem yang mengabadikan wajah Paknil.
Hasil dpd jualan ini, wang itu disalyrkan ke Yayasan Buah Pinggang Msia.
Pusingan Pertama : Gombak

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, February 13, 2011

UJIBAKAT TOM TOM BAK

Selama 2 hari berturut2 Paknil meluangkan masa untuk mencari bakat di kalangan anak2 yang kurang dari 11 tahun.
Bermula dari pukul 11pagi sampai 7 petang pencarian bakat di SACC Mall sentiasa penuh dengan pengunjung yang tidak penat memberi sokongan kepada kanak2 Malaysia.
Tepukan cukup gemuruh diberikan setiap kali ada kanak2 yang membuat persembahan. Macam2 persembahan yang ditunjukkan kepada Paknil ada yang menari, miming, menari, main alat muzik, berlakon dan sebagainya.
Untuk yang kurang dari 6 tahun Paknil menemui mereka di bilik khas untuk segmen Jom Borak! Pemilihan kanak2 untuk segmen ini memang kena banyak kesabaran. Ada yang datang awal tapi bila jumpa Paknil mulut mereka terkunci.
Di ruang legar SACC Mall pula, telah tersedia pentas khas untuk ujibabakat Tom2Bak. Anak2 yang naik pentas pun Paknil lihat sgt bersedia dan bakat yang ditonjollkan amat luarbiasa.
Ada yang naik pentas untuk ber'shuffle' kegilaan anak2 sekarang.
Namun ada juga yang tidak melupakan adat resam kita dengan menyanyikan lagu Dondang Sayang dan menari tarian tradisional.
Yang bergelek sakan melaui lagu dangdut dan lagu Arab pun turut menjadi pilihan.
Paknil tercengang bangga dan terperanjat bila ada di antara kanak2 yang berusia kurang dari 11 tahun ini mempunyai vokal yang mantap! Ada yang lebih hebat daripada peserta ujibakat AF! Hahaha
Nantikan hari rakaman Tom2 Bak musim yang terbaru pada 13hb sehingga 17hb Mac di Filem Negara Petaling Jaya. Kalau nak join rakaman ini sebagai penonton, bolehlah buat tempahan tempat duduk dgn menelefon Astro bercakap dengan Unit TAG. Kalau ada rezeki, kita jumpa kat sana pulak!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, February 7, 2011

ALHAMDULILLAH. TERIMA KASIH PM & ISTERI

Hari ini Paknil berkesempatan untuk bersama keluarga pelajar2 kita di Mesir yg pulang ke tanahair. Dari pukul 9pagi lagi Paknil dan krew siaran luar Riuh Pagi Era telah berada di luar perkarangan Kompleks Bunga Raya di KLIA.
Sempat lah juga Paknil selam hati dan perasaan ibubapa yang tak sabar untuk bersama anak mereka setelah berada di dalam keadaan tidak tenteram sejak akhir2 ini berikutan pergolakan di Mesir.
Siapa yang mendengar radio era pasti tahu bagaimana perasaan mereka. Namun begitu, semuanya terubat bila kerajaan Msia membawa pulang pelajar secara percuma dan hari ini ada yang tiba di tanahair.
Istimewanya, PM dan isteri juga sempat meluangkan masa menunggu ketibaan mereka. Paknil sempat merempuh lautan keluarga di situ merapati PM dan isteri untuk menemuramah. Sememangnya PM dan isteri seorang yang sgt merendah diri dan menerima soalan dari Paknil tanpa keberatan. Terim kasih Paknil ucapkan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, February 1, 2011

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.