Saturday, February 28, 2009

DRAMA SEBABAK @ ERA
Seronok pulak Paknil menyelenggarakan segmen Drama Sebabak ketika Riuh Pagi Era 6-10 pagi Isnin hingga Jumaat di radio ERA.
Paknil sambil berair mata ketawa melayan lawak Din Beramboi. Sebenarnya semua dilakukan secara spontan je. Paknil jadi pengarah yang merakamkan segmen itu sambil memberi idea gila dan Din pula melaksanakan dengan caranya yang memang kelakar tak hengat!
Paknil terkial-kial jugaklah mencari kesan bunyi dan muzik latar untuk pendengar dan Din bagi reaksi spontan. Percaya atau tidak, sehingga kini lebih 80 buah Darama Sebabak dah berjaya kami rakamkan! Adoi!....penat jugak nak cari idea untuk situasi dan dialog yang berbeza setiap kali. Tapi bila dah selesai, Paknil puashati dengan hasilnya dan sambutan yang diberikan
Selain pendengar, kami juga ada lakukan bersama artis dan penyampai Era yang memang sporting abis!
Terima kasih kepada Mawi, Azhar Sulaiman, Ziana Zain, Ifa Raziah, Dynas, Farah AF, Awal Ashaari, Misha Omar, Fasha Sandha, Sharifah Shahirah, Adi, Ray, Nana, Cham dan Dina.
Paknil teruja bila ada pendengar yang bagi tau diorang sanggup berada dalam jam pagi sebab ada Drama Sebabak. Ada yang sanggup tunggu dalam kereta di tempat parking sebelum masuk ofis sebab Drama Sebabak. Ada yang dengar melalui henfon dalam LRT dan ketawa sorang-sorang kerana Drama Sebabak. Ada yang tengah tidor, kunci jam untuk bangun seketika hanya untuk dengar Drama Sebabak!
Alhamdulillah Paknil bersyukur sangat respon yang amat positif ini! Walaupun ada yang kurang senang (biasalah tu, tak semua orang akan suka) tapi Paknil nak minta semua agar menganggap segmen yang mengambil masa 3 minit sahaja dari masa anda sebagai pil penenang! 3 minit sahaja untuk sekali Drama Sebabak.
Kalau satu hari suntuk kita tension dengan kerja, legakanlah fikiran buat seketika untuk ketawa dan tersenyum. Ini kan ubat jugak namanya. Janganlah ambil serius atas dialog yang diucapkan dalam Drama Sebabak itu sebab ia memang tidak ada apa-apa mesej tetapi hanya semata-mata untuk kelegaan. Itu saja.
Mulai Isnin 2 Mac ini, demam Drama Sebabak ini diterus kan lagi dengan peraduan Drama Sebabak Edisi khas dimana pendengar akan bertarung sesama mereka untuk memenangi wang tunai sebanyak RM50,000!!!
Cuma talipon ketika isyarat memanggil dikeudarakan dan berlakonlah secara spontan. Tak ada skrip dan seratus peratus bergantung kepada kreativiti pendengar. Paknil akan hanya berikan situasi dan jalan cerita ketika itu juga. Good Luck!!!
Yang dah terlepas Drama Sebabak sebelum ini, jangan runsing sebab CD kompilasi Drama Sebabak bakal berada di pasaran minggu depan. Boleh la korang jadikan teman perjalanan korang dalam kereta terutama yang memandu jauh! Hilang gak ngantuk kan?
Paknil dan Din Beramboi juga akan menyerang stesen-stesen petrol dan plaza-plaza tol untuk buat ‘spot-check’ pada kenderaan-kenderaan yang singgah dan melintas. Kami akan hulurkan CD dan T-shirt Riuh Pagi Era percuma hanya pada kenderaan yang mendengar Radio Era! Ini semua tanda terima kasih kami kepada pendengar setia Era.
Paknil nak mintak tolong pengunjung blog ini, berikan komen pada Drama Sebabak. Paknil juga nak tahu, Drama Sebabak yang mana (yang korang masih ingat) menjadi favourite korang eh….Assalamualaikum! (stail Berita Cara Kami hehehe).

KENANGAN DI SOGO!!

Selesai sudah satu misi untuk membuat kerja amal hari sabtu 21 Februari lalu di hadapan Kompleks Sogo Jalan Tuanku Abd Rahman, KL. Dari pukul 12 tengahari (matahari tengah terpacak!) sampai pukul 6 petang (hujan mula turun) pengunjung yang hadir tak penat memberi sokongan!
Kagum betul Paknil pada yang datang masa hari tu. Bukan ada artis terkenal pun yang kami jemput. Bukan ada Meet Uncle Hussain pun! Tapi sambutan mengalahkan konsert besar-besaran di sana.
Paknil betul-betul rasa terharu dengan sokongan semua dan Paknil sendiri tak rasa penat berdiri selama 6 jam kecuali sesekali berhenti untuk solat dan minum. Ada ketika akibat terlalu panas mungkin, hidung Paknil berdarah! Alah…bak kata orang tua, setakat berdarah hidung, jauh dari perut!
Paknil pulak pakai baju yang ditaja ASTRO yang memang panas tak ingat. Berlengas jugaklah! Namun kawan-kawan penyampai ERA yang lain terus bagi sokongan gak kat Paknil. Adi siap urut Paknil kat dalam kemah! Nana hulur air, Dina hulur goring pisang, Burn siap kipas, Reza tak habis-habis nak offer cermin mata hitam dia sebab dia cakap panas kat luar tu, Ray sekejap-sekejap tanya Paknil ok tak (OK lah!) ? Cham pulak sibuk tanya Paknil nak makan apa! Macam tu la kitorang. Macam satu keluarga besar! Cayang diorang!
Terima kasih pada yang menderma. Hanya Tuhan yang boleh membalas jasa korang semua dan Paknil doakan agar semua yang terlibat membantu Pusat Jagaan Kanak-Kanak Nur Salam sentiasa dirahmati Allah SWT. Amin.
Paknil tersentuh bila ada keluarga yang sudi membida dan mengeluarkan wang untuk anak-anak mereka. Ini semata-mata kerana nak membawa Paknil makan di rumah mereka. Geng-geng penyampai yang lain pun teruja nak join sekali. Sebanyak RM370 dikutip untuk bidaan itu. Cuma Paknil sedih sikit la sebab ada anak comel yang juga ingin Paknil hadir ke rumahnya tidak mampu membida lebih tinggi dan terpaksa akur dengan bidaan keluarga lain. Walau bagaimana pun, Paknil ingin juga pergi ke rumah anak itu. Paknil tak mampu melihat wajahnya kecewa. Kerana terlalu sibuk selepas itu, Paknil terlupa nak ambil nombor telefon ibunya dan sampai sekarang Paknil teringat-ingat wajah anak itu. Jika ibunya terbaca blog ini, sila beri komen dan letakkan cara Paknil boleh hubungi ok?
Baju Iklan Paknil pun ada yang nak beli sebab Paknil tawarkan bersama kalung peribadi Paknil sekali. Kalung tu sebenarnya pemberian Rafflesia pada Paknil. Ala, kalung ala-ala anak muda yang bertalikan kulit hitam dan berbuahkan batu jade. Yelah, korang semua tau Paknil tak pakai rantai, jadi apa salahnya Paknil beri makna lagi pada rantai hadiah Rafflesia itu untuk tujuan yang lebih bermakna, kan?
Din Beramboi sendiri banyak memainkan peranan untuk meriuhkan keadaan di sana.
Sambil bermain gitar di iringi penyampai Era yang lain dia berjalan sambil menghiburkan pengunjung di situ. Banyak juga yang dapat diorang kutip.
Secara total kami dapat kumpulkan RM12,394.60. Alhamdulillah! Bersyukur sangat dan hilang penat kami. Rasa macam tak mahu berhenti hari tu tapi yelah, hari pun dah mula gelap dan hujan pun dah mula turun.
Di belakang kemah selesai kerja, semua saling ucap tahniah sesama kami sebab dalam tanpa kami sedar, kerja amal ini juga turut merapatkan kami bukan saja bersama pendengar ERA tetapi juhga sesama kami keluarga ERA.
Harap-harap dapat buat lagi. Isnin 2 Mac ni Paknil dan geng lain akan ke Pusat Jagaan Kanak-Kanak Nur Salam untuk menjengok keadaan mereka dan sekali gus menyerahkan wang kutipan. InsyaALLAH!

Friday, February 20, 2009

THE MAKING OF PAK PANDIR DALAM FILEM MAGIKA!!

THE MAKING OF PAK PANDIR DALAM FILEM MAGIKA!!
Eksklusif! Eksklusif! Untuk semua pengunjung blog ini Paknil paparkan proses dandanan untuk watak Pak Pandir lakonan Paknil dalam filem Magika arahan Edry terbitan KRU Studios. Paknil harap tiada siapa yang menggunakan gambar2 ini untuk apa tujuan sekali pun tanpa kebenaran dari Paknil atau KRU Studios.
Seronok gak berlakon watak ni disamping Diana Danielle dan Kak Engku (sebagai Mak Andeh). Cerita mengenai Ayu yang mencari adiknya Malik yang hilang di alam fantasi. Ketika itulah mereka bertemu dengan watak-watak epik dan mitos seperti Pak Pandir (Paknil), Badang (Mawi), Bawang Merah (Syarifah Aleeya), Bawang Putih (Syarifah Amani), Puteri Gunung Ledang (Ning), Nenek Kebayan (Ziana Zain), Naga Tasik Cini (M. Nasir), Mahsuri (Vanida), Orang Minyak (Din Beramboi), Hang Tuah dan rakan (Senario), Ibu Bawang (Adibah Noor) dan ramai lagi. Turut berlakon adalah Ogy Ahmad Daud dan Datuk Jalaludin Hassan di dunia nyata.
Paknil turut menyanyi lagi dalam filem ni sebab filem ini filem muzikal. Lain dari yang lain dan Paknil harap ini merupakankejayaan buat pengarahnya Edry! Biar Paknil orang pertama ucapkan TAHNIAH buat Edry!
Kalau nak tau hebat tak hebat kenalah tunggu tayangan filem ini nanti! Check it out!

Tuesday, February 10, 2009

FESTIVAL TARI KANAK-KANAK








Best giler! Itu aje yang Paknil boleh cakap masa menghadiri Festival Tari Kanak-Kanak anjuran Kolej Kediaman Kinabalu, Universiti Malaya 7 Februari lepas.
Yelah, lebih-lebih lagi bila ia melibatkan kanak-kanak. Memang comel2 bila mereka dah mula berdandan lengkap dengan pakaian tradisional.
Yang perempuan siap bersanggul dan yang lelakinya pulak siap bersongkok dan bersampin!
Rata-rata bersusia dalam 6 hingga 12 tahun. Kagum Paknil tengok kanak-kanak ini menari sehebat penari professional. Dan yang lebih hebat bila mereka nampak macam tak gentar pun. Confident pada tahap yang luarbiasa.
Kalau orang besar mesti dah rasa macam nak terkuciil dah tu! Paknil tau lah sebab masa kat Universiti dulu, Paknil boleh tahan jugak ligat menari. Tu sebab bila berada di atas pentas bersama mereka, Paknil turut terpanggil untuk menari bersama anak-anak yang naik ke pentas. Walaupun hadiahnya tidaklah sebesar mana, tapi nampak yang mereka mempunyai semngat lain untuk berada di situ. Bukan duit!
Jujur Paknil bagi tahu yang airmata Paknil hampir menitis terharu bila tengok anak-anak comel ini menari Joget. Mereka bersungguh untuk menghidupkan terus tarian peninggalan nenek moyang kita.
Paknil terus terfikir di masa itu juga untuk mengangkat Festival Tari Kanak-kanak ini ke tahap yang lebih tinggi. Yelah, kalau dengan kehadiran Paknil boleh menarik minat penaja dan pihak korporat terbabit sekali, apa salahnya.
InsyaALLAH, Paknil sendiri sedang usahakan agar festival anjuran siswa-siswi Kolej Kediaman Kinabalu ini dapat dijadikan medan tari yang Paknil sendiri naungi! Doakan ia menjadi kenyataan dalam masa yang terdekat. Amin.

Monday, February 9, 2009

SETAKAT YANG MAMPU...

Pada 6 January Paknil ada baca komen seorang pengunjung blog Paknil yang menggelarkan dirinya sebagai Atiqah. Dia mengharapkan Paknil agar menjayakan festival tari yang disertai oleh 100 peratus kanak-kanak. Paknil berminat betul nak hadir dan meminta pengurus Paknil untuk menguruskannya. Alhamdulillah, Paknil sempat menghadiri Festival Tari Kanak-kanak itu Sabtu (7 Feb) lalu di Unversiti Malaya. Nanti Paknil bagi posting pasal tu eh. Buat sementara ini Paknil nak korang semua baca komen yang diberikan oleh Atiqah selepas acara itu. Komen ini Paknil copy dari komen dia di posting Paknil yang lepas.
<< Masa saya menyertai majlis tertinggi (MT) projek ini, projek ini telah bergerak selama 4 bulan. Awalnya saya akui yang saya mengambil remeh tentang projek ini,tapi lepas pergi ke mesyuarat, saya tak boleh berhenti fikir tentang projek ni, berhari-hari saya google dan telefon untuk mencari tajaan kerana saya MT tajaan tapi tak de mana-mana syarikat pun yang berminat.
Selepas beberapa hari saya membuka dan menutup marketing proposal, saya terfikir untuk membuat suatu kelainan dalam projek ni yang dapat memudahkan pencarian tajaan untuk projek ini pada masa akan datang. Di situlah permulaannya.Bila cakap tentang kanak-kanak, kita memang terlalu sinonim dengan nama Aznil Hj. Nawawi. Lalu saya terfikir untuk menjemput dia ke projek FESTAKA ni.
Tapi masa tu, saya tak de idea pun nak jemput dia melalui apa sebab memang tak de contact mana-mana artis pun sebelum ni. Bila teringat masa projek pertama saya dulu, saya selalu nampak pengarah saya buka blog Aznil. Masa tu la saya dapat idea dan saja nak cuba, tapi tak de la harap sangat.
Pada 2 Januari 2009,saya balik rumah kazen saya kat ampang, sampai-sampai je Qawiem yang kecik comey tu tengah tido, saya pun buka la internet, kat rumah laju sikit, saya teros buka blog Aznil, pukul 5.27pm saya hantar kat blog Aznil satu comment di bawah tajuk "BERITA BAIK MENJELANG 2009!!!".
Ni la yang saya tulis :
pak nil..happy new year..saye nak invite pak nil untuk projek tarian kanak2 kat UM february ne..tapi tak tau cam ner nak contact pak nil..kalo ade sesape tau or pak nil sendiri, please contact saye as soon as posible... please..please..please.. atiqah.exes@yahoo.com
6 hari lepas tu terkejut nya saya bila dapat satu emel :

subject :Hi
from : azlan zanudin
date : Tuesday, January 6, 2009 7:57:54AM
To:atiqah.exes@yahoo.com

Hi Atiqa h,I am Aznil Nawawi's Personal Manager,Kindly please contact me,Would like to know about your kids programme.

Thanx
Azlan Zanudin

Masa mula-mula dapat emel ni, saya sangat gembira tapi terfikir jugak, mungkin ke ade orang memain kan saya, nak bg tau mase meeting, kalo orang tipu, saya jugak susah kan? Ha, berbelah bagi jugak, tapi saya teros jugak contact dgn En.Azlan, caller ringtone dia agak meyakinkan saya sebab lagu Aznil.
Hehe..Bila meeting seterusnya, ade penasihat saya, Cik Eileen Saw Bee Yen, saya memang tak nak bagi tau sape-sape sampai confirm, tapi terpaksa jugak tanya Eileen, yela, saya ni mane ade pengalaman, takot silap prosedur semua kan. Jadi bagi tau la Eileen dan suruh dia rahsia kan.
Mula-mula,saya tengok dia macam tak yakin je dengan saya tentang Aznil tu. Masa tu saya pon risau jugak, saya berhubung dengan En. Azlan melalui telefon je, kalo tertipu, memang habis la saya. Tapi tak pe, saya ambil jugak risiko sebab kalau la jadi, memang EXTREMELY HAPPY.
Lepas meeting tu saya call lagi, harap kan En.Azlan boleh confirm kan tapi awal-awal dia dah bagitau, yang Aznil dah kene bookd untuk 7 Februari tu, jadi tak dapat confirm kan. Yang part ni saye tak bagi tau sape-sape, takot nanti memang betol-betol Aznil tak dapat datang. Saya fikir positif je mase tu, Eileen pun tak tau, lepas beberapa kali call, bagi tau pasal FESTAKA semua, akhirnya, En.Azlan dapat confirm kan. FUUHHH...mase tu, memang bersyukur sangat-sangat.
Pastu saya risau jugak, memang tak de black n white ke, kalo tibe-tibe Aznil tak datang macam mana,kawan saya kate memang tak de, jadi saya pon gamble je la. Positif..positif...Tapi dalam mase tu, projek ni memang bermasalah kewangan, kitorng dapat sponsor memang last minute gile. Dengan peruntukan yang di bagi oleh kolej tu la kitorng bahagi-bahagi kan duit.
Memang kalo tak de sponsor dari FXMALAY, kitorng memang buat kecil-kecilan je, saya risau lagi, dah la ade Aznil, buat kecil-kecilan pulak. Tapi kitorang dapat la memaksimum kan penggunaan duit tu,memang yang penting-penting semua dah ade.
Pada minggu-minggu terakhir sebelum event,saya sibuk dengan pilihan raya kampus pulak,saya calon untuk fakulti sains computer dan teknologi maklumat, mase tu memang pening nak bahagi kan mase, mane nak kempen, mane nak FESTAKA, tapi Alhamdulillah pengarah faham, di tambah pula dengan seorang kawan saya, Noreen Nattassa yang saya baru kenal tapi sokongan dan bantuan di berikan memang tak dapat saya bayar dengan apa jua sekali pun, saya memang jarang datang meeting, tapi saya sentiasa bagi update la.
Alhamdulillah, di akhir pilihan raya tersebut saya telah menang dan menjadi Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM). Pada minggu terakhir Festaka tu, Noreen la yang bantu saya, turun naik kolej dan KPS, kolej kitorang atas bukit tu yang turun naik tu, untuk selesai kan surat dan barang-barang semua.
Malam pula saya ade meeting MPMUM untuk tubuh kabinet, mase tu jugak ade meeting FESTAKA, tapi dengan tugas yang dah di tinggal kan kat MT lain dan AJK, saya pergi meeting MPMUM dengan rasa senang hati sikit, tapi mase tu dalam otak masih “FESTAKA...FESTAKA...FESTAKA...”.
Bila balik je meeting MPMUM, saya teros ke bilik gerakan FESTAKA, pastikan semua kerja yang saya tinggal kan siap. Masa tu tiap-tiap malam saya bermalam di bilik gerakan, yang teman kan saya untuk pastikan saya tak tertido tu Noreen la, dia bukan AJK FESTAKA pon, tapi dia memang banyak sangat membantu, kitorang buat backdrop same-same, siap kan hamper, buku aturcara, semua kerja saya dia tolong. TERIMA KASIH NOREEN!!~~
Masa event pulak, pagi-pagi lagi semua ajk dah pergi ke Auditorium Komplek Perdana Siswa (KPS). Saya pergi lambat sikit sebab mase diorg datang ambil buku aturcara kat saya, saya tak tido pun lagi, mandi pun belum.
Bila sampai je kat sana, ade la beberapa masalah tak di sangka timbul, untuk satu event, ni normal la kot, tapi, ha, mase ni memang terima kasih banyak-banyak kat SURYA dan O-NE sebab settle kan problem tu.
Pagi tu memang kelam kabut sikit, pastu tak berapa ramai pon yang datang. Saya risau lagi, nanti Aznil ade, jangan la macam ni, saya harap dewan tu penuh. Berbagai masalah timbul mase 7 Februari tu tapi dengan bantuan rakan-rakan, masalah dapat di selesaikan sebelum waktu ingin di gunakan.
Mase Aznil sampai pukul 3.00pm, dia masok dewan, segalanya nampak berjalan lancar,orang memang sangat ramai, Alhamdulillah,cume AJK yang kat tempat makan VIP tu memang kelam kabut sikit sebab banyak kekurangan barang, tapi dengan menggunakan creativity, mereka dapat selesaikan semua masalah tu. Keseluruhannya, program kitorang ni sangat memuaskan hati mereka yang datang terutamanya VIP-VIP, ni diorang cakap tau, bukan perasan sendiri. Kepada semua MT,Nabila,Hani, Nonie, Waaz, Natrah,Iqbal, Hairol,Are n Qela terima kasih banyak-banyak sebab bantu saya serta semua AJK yang member komitmen dalam projek ni dan Noreen yang tak putus-putus bagi sokong moral dan bantuan.
Tentu nya untuk pengarah, Clive, terima kasih sebab sentiasa faham situasi saya dan paling penting Eileen, penasihat projek ni yang banyak mengajar saya, membuat keputusan, prosedur dan segalanya,terima kasih.
Saya memang sangat banyak belajar mase sertai projek ni. Dan kawan-kawan saya minta maaf kalau ade tersilap, terkasar bahasa semasa kita bekerja sama dalam projek ini.
UNTUK EN. AZLAN YANG SANGAT BAIK DALAM RUNDINGAN YANG DILAKUKAN,MELAYAN KESALAHAN DEMI KESALAHAN YANG SAYA LAKUKAN DENGAN SABAR. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK.
DAN PASTI NYA, AZNIL, TERIMA KASIH KERANA DATANG KE MAJLIS KECIL-KECILAN KAMI, WALAUPUN SEBENARNYA AZNIL ADE EVENT DENGAN AGONG TAPI AZNIL TETAP DATANG JUGA. TERIMA KASIH.

Insyaallah, tahun depan ade lagi, saya harap Aznil berminat untuk datang ke majlis kami lagi,dan En.Azlan tidak serik untuk berkerjasama dengan kami. Semoga kita berjumpa lagi.
February 9, 2009 9:09 PM>>>

Paknil sempat bergambar dengan Atiqah. dan inilah dia Atiqah.


Syabas Atiqah dan rakan-rakan. InsyaAllah tahun depan Paknil nak join lagi. Itu saja yang Paknil dapat bantu. Jadi terus layari blog ini dan tinggal2kan lah komen. Paknil baca walaupun tak sempat jawab komen korang. Yang lain ikutlah cara Atiqah. Manalah tau, kot-kot nanti Paknil ke tempat korang pula! Nantikan kolum BORAK PAKNIL di Metro Ahad, Ahad ini untuk cerita lebih lanjut mengenai Festival Tari Kanak-Kanak yang Paknil hadiri itu. Wassalam.