Monday, November 17, 2008

HERE COMES PAKNIL PART 4!!!!

SK SEKSYEN 7, Shah Alam juga menjadi salah sebuah sekolah rendah yang Paknil kunjungi dalam rangka memberi semangat dan motivasi di kalangan pelajar-pelajar sekolah.
Terima kasih kepada guru-guru dan juga pelajar2 yang begitu menerima kehadiran Paknil.
Apa yang Pakinil perhatikan selepas tiga sekolah Paknil kunjungi sebelum ini, anak-anak sekolah ni lebih senang menerima pesanan dan ajaran dengan cara yang santai. Mereka lebih senang berinteraksi jika sesi itu dilakukan secara suka-suka.
Anak-anak lebih senang angkat tangan untuk menawarkan diri dalam sesi yang diselenggarakan. Tak ada susah payah pun Paknil nak cari anak2 yang berani tampil ke depan.
Yang bestnya, anak-anak ni lebih seronok melihat rakan2 sebaya mereka berlakon dan dijadikan contoh dalam topik yang Paknil kendalikan.
Paknil pun tak boleh lah gunakan bahasa ilmiah untuk menarik minat mereka. Paknil Cuma gunakan bahasa mudah dan bercakap dalam nada mereka. Mungkin itulah kunci mengapa mereka terus berikan perhatian pada sesi bersama Paknil.
Harap-harap mereka ingat pesanan2 Paknil sebab entah bila Paknil dapat berkunjung ke sekolah itu lagi.

7 comments:

Edzlin said...

salam paknil. bagus paknil, teruskan usaha paknil. supaya lepas ini lebih ramai kanak-kanak berani beri pendapat.

azlin hashim said...

Insya Allah paknil, mereka akan ingat sampai bila2.. pahala Paknil pun tetap akan berpanjangan selagi ilmu yg disampaikan diamalkan.

CikNur said...

Apa yang bermain difikiran kanak-kanak amat sukat untuk dijangka ....Paknil dapat berinteraksi secara santai dan mengikut cara mereka andai itu lebih berkesan teruskan cara Paknil tu...yang penting mesej yang Paknil ingin sampaikan berjaya difahami......lakukan yang terbaik demi anak bangsa kita Paknil...

Juliana Saidy said...

hrp2 aftr this ada gk sek2 luar bndr trsenarai utk kunjungn paknil. sbb sek2 desa dn kaw pinggir bndr berisiko mmpunyai pelajar2 yg cnderung ke arh kmrosotan akhlak. x kira di area mana pn, semua pihak brtnggungjwab mmainkan prann utk menstabilkan sahsiah dgn intelek anak2 muda masa kini agar seiring dlm kmajuan globalisasi. syabas!!!

ErDa EiDa said...

insyaallah ada masa paknil gi la lg sek tuh...suka tgok paknil wat sesi kaunseling/ceramah camtuh...

Mohd. Alias bin Demyati said...

Boleh lah buat kat sekolah kita..

cik dina said...

salam..dapat jugak saya baca entry paknil pegi berkunjung ke sekolah2 (termasuk ler sek saya..hehehe) thanks a lot paknil..dgn cara ni pun sedikit sebanyak dpt menaikkan motivasi pada para pelajar saya!

p/s: semoga paknil mendapat haji yg mabrur..amen