Pada Jumaat lepas, Paknil buat kunjungan tanda Terima Kasih kepada dewan Bahasa Dan Pustaka kerana mengiktiraf kerja Paknil dengan Anugerah Galakan Ketrampilan Berbahasa (Televisyen) 2007. Yelah, masa majlis berlangsung 7 November, Paknil tak hadir sendiri menerima anugerah tu, jadi masa ni lah Paknil ucapkan terima kasih kepada DBP.
Kehadiran Paknil di sambut oleh Timbalan Ketua Pengarahnya sendiri, Encik Kamarul Zaman Shaharudin.
Macam-macam yang paknil bincangkan. Paknil sempat beri sokongan untuk program-program yang melibatkan kanak-kanak anjuran DBP. Paknil sedia menjadi pengacara secara percuma untuk majlis2 seperti Pertandingan Debat, Petandingan Bercerita, Pertandingan Berpantun atau apa saja.
Teruja pulak Paknil! Kalau penglibatan Paknil dalam projek-projek macam tu boleh membantu usaha Dewan Bahasa, apa salahnya. Paknil sendiri dah lama tak terlibat dengan pertandingan macam tu. Insyaallah, selagi ada kudrat, Paknil akan bantu.
Untuk rekod, kami rakamkanlah gambar kenang-kenangan penyampaian anugerah tu.
Yang bestnyer pada hari tu, DBP juga menerima kunjungan dari wakil-wakil kelompok yang menggunakan bahasa melayu di tempat mereka. Ada yang datang dari Berlin, USA, Australia, China dan beberapa buah negara lain. Dapatlah Paknil berborak cakap melayu dengan Mat Salleh. Mungkin ini satu tamparan pada orang melayu kita yang tak reti nak berbahasa melayu betul dan secara penuh. Dengan mereka ni, Paknil siap berlawak lagi dalam bahasa melayu. Seketika Paknil rasa macam bahasa melayu jadi bahasa dunia pulak!
Sebelum balik, Paknil sempat jugak bertemu dengan pekerja2 DBP yang frust sebab Paknil tak datang Malam anugerah tu. Untuk tak mengecewakan mereka, Paknil serang pejabat mereka dan siap bergambar dan sain otograf lagi! Terima kasih semua!
Sebelum balik, Paknil sempat jugak bertemu dengan pekerja2 DBP yang frust sebab Paknil tak datang Malam anugerah tu. Untuk tak mengecewakan mereka, Paknil serang pejabat mereka dan siap bergambar dan sain otograf lagi! Terima kasih semua!
Ingatkan dah selesai lah kunjungan Paknil tu, rupanya tak beres lagi. Ada lagi anugerah yang diserahkan pada Paknil. Anugerah Sambal Tempoyak! Betul! Akak ni siap bekalkan Paknil sambal tempoyak untuk Paknil rasa. Dia siap ingatkan Paknil agar jangan takut rasa sebab dia tak 'Mandrem' sambal tu! Ye...Paknil tak ada buruk sangka pun. Best jugak sambal tu. Terima kasih kak (Lupa tanya nama...hehehe)
22 comments:
salam paknil.
bagus paknil tunjuk contoh yang baik pada anak-anak muda. wah... paknil takde video ke paknil berbual dengan mat salleh tu semua?
saya doakan paknil lebih berjaya lagi. kalau dapat bekerjasama dengan DBP, jangan lupa maklumkan kami di sini.
selamat mengerjakan ibadah haji.
Fuyooooooo!!
sambal tempoyak yg takleh tahan tu..cedapppppppppp.. :P
bestnye paknil!
:)
paknil, bila paknil nak pegi menunaikan ibadah haji tu?
salam..
paknil..
tahniah!
Hi Abg Aznil,
Bagus idea untuk bekerjasama dengan DBP tu. Mungkin dapat menarik masyarakat untuk memberi perhatian lebih kepada program2 DBP yang kadang2 dilihat kurang "commercial".
..Selamat membuat persiapan terakhir sebelum berangkat. Tinggal beberapa hari saja lagi kan:-)
tahniah pak nil...
banggakan bila org luar blh ckp bahasa mealyu?
wah, sambal tempoyak. tangkap leleh... sedap nyeee...
uihkz datang dbp.. tapikan saya mmg kagum habih lah ngan paknil..huhuhuhuhu
eh! dulu paknil pernah wat novel kan? alang2 dah bekerjasama dgn DBP tu tulis la lg buku. mungkin buku2 yg bole dijadikan panduan utk segenap lapisan masyarakat.
hah! sambal tempoyak? emm.. i like.
Jaga diri paknil..)
Selamat Pagi Paknil...
Orang berbudi kita berbahasa ,orang memberi kita menerima...sebagai rakyat malaysia tentu bangga rasanya apabila orang luar menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa perantaraan...dah tiba masanya kita mempertabatkan bahasa melayu seiring dengan bahasa utama dunia...tahniah.
go uncle aznil....caiyok!!!
u r da best..
may u'll get da best "haji" disana...
tke care.....
go uncle!!!
Salam paknil...
Just want to say...a very Good Luck for you paknil...
Selamat mengerjakan ibadah haji..
iyelah mmg itulah sepatutnye kan abg aznil....org buat baek kat kita, kita pn buat baek kat org tu...tp jika jahat pula perbuatan org, jgn pulak kita membalas cara yg sama...sure besh kan berborak dgn mrk yg berbangsa lain dlm bahasa melayu...mungkin kefahaman mrk lebih baek drpd kita sendiri kan...selamat ye abg aznil beribadat di mekah dan very proud of you...
Bangga sgt dgn PakNil...mmg contoh yg baik utk artis2 n pesonaliti2 lain...patutnya anugerah datuk yg SRK terima tu diberikan pd PakNil (walaupun neddy percaya, bukan itu yg PakNil kejar kan) Terus kan untuk menjadi lebih baik, doa kan kami jg bila di Tanah Suci nanti ye PakNil ku syg...
Paknil beruntungnya badan dapat sambal tempoyak. Saya 2-3 hari lepas ke DBP untuk seminar kebangsaan puisi melayu tradisional. kalau paknil ada tentu meriah kan.
paknil, baguslah mcm tu kan...
orang berbudi kita berbahasa kan...
tahniah juga buat diri paknil di atas anugerah tersebut...
orang-orang mat salleh tu bleh cakap melayu dengan fasih yer...bestnya kan...patut org melayu kita berbangga dengan bahasa melayu kita kan...
kdg-kdg sedih jugak bila ada segelintir org melayu kita yang taknak cakap bahasa melayu sendiri...
paknil teruskan usaha dalam memartabatkan bahasa melayu kita ni ya...
wah..paknil...dlm bnyak2 anugerah tuh sya pling suka anugerah sambal tempoyak...ha..ha..psal bleh makan...
pak nil ada lg ek..x gi mekah lg..sapa tah memandai jer kta paknil dh btolak ke mekah...
wah! entry ini lazat. seronok saya membaca. ol de bez paknil
abg aznil...
klu juper lg nge org putih tu...
kim salam kt dyer erp...
haks333...~~~
congratss!!
Assalamualikum buat paknil..
belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada paknil yang telah berjaya memenangi anugerah keterampilan berbahasa daripada DBP. Semoga usaha paknil untuk memartabatkan bahasa melayu bahasa ibunda yang tercintai diredhai ALLAH. Baiklah, memandangkan Paknil berminat dengan program berbentuk bahasa melayu, saya dengan sukacitanya ingin menjemput Paknil untuk bertindak sebagai pengacara atau tuan yang dipertua pada pertandingan akhir debat antara sekolah piala UIAM. Buat pengetahuan Paknil, pertandingan ini melibatkan penyertaan 160 buah pasukan yang melibatkan hampir seribu pendebat sekolah seluruh Malaysia dan merupakan pertandingan debat yang mempunyai penyertaan paling banyak di Malaysia, tambahan pula, pertandingan ini akan memasukki edisi ke-8 pada tahun ini. Buat pengetahuan Paknil juga, Pertandingan ini akan berlangsung pada 24-29 hb april 2009 bertempat di UIAM, gombak selangor.dan pertandingan akhir akan berlangsung pada 29hb april
Besar hati kami jika Paknil dapat turut serta memeriahkan lagi pertandingan ini dan sekaligus dapat membartabatkan bahasa melayu.
Tahniah kerana berjaya memperoleh kepercayaan dan keyakinan daripada D.B.P!
-Mantan M.P.R 2008, D.B.P
Post a Comment