Sunday, April 19, 2009

TOLONG KOMEN EH...

Sementara tunggu Paknil update blog ni, boleh tak komen mengenai Borak Paknil dalam Metro Ahad hari ni? Klik sini untuk membacanya. Tengkiu!

Wednesday, April 15, 2009

UNTUK RENUNGAN


Cuba perhatikan gambar diatas, mungkin jika sekali pandang ia cuma sehelai contoh kertas jawapan biasa bagi kanak-kanak sekolah rendah. Namun begitu jika kita renung lebih tajam lagi, ada trajedi sebenarnya di situ.
Paknil rasa ini adalah kertas latihan atau peperiksaan bagi sekolah di Indonesia melihat kepada struktur ayat dan perkataan yang digunakan. Namun begitu, itu bukan persoalannya. Di mana sahaja perkara ini boleh terjadi.
Terima kasih kepada seseorang yang mengirimkan email ini pada Paknil.
Tersentak Paknil seketika dan pada masa itu bukan perasaan lucu yang timbul malah perasaan sedih.
Paknil terbayang pada anak yang memberi jawapan ini mungkin mengenal erti kasih sayang yang dipinjamkan oleh pembantu rumahnya.
Paknil percaya ‘kasih sayang tumpang’ini telah dan ada berlaku pada masyarakat kita cuma kita sahaja yang sering menidakkannya.
Diharapkan dengan sekeping contoh di atas, Paknil dapat mengingatkan diri Paknil dan kawan-kawan semua akan tanggungjawab kita sebagai ibubapa. Pada pangkat anak yang membaca blog ini, diharap dapat dijadikan iktibar untuk masa akan datang.
Biar sesibuk mana sekalipun kita sebagai ibubapa, tiada ada apa alasan yang boleh diberikan apabila menyentuh pemberian kasih sayang kepada anak-anak kita.
Kasih sayang bukan sekadar bicara sahaja tetapi juga perbuatan. Kadang-kadang ucapan tidak memadai dan begitu juga sebaliknya.
Wang dan kekayaan bukan segalanya. Tiada nilai yang dapat dibandingkan dengan kasih sayang yang kita curahkan kepada anak-anak kita. Itulah sebenarnya harta dunia dan akhirat kita.
Paknil berdoa agar di dalam kesibukan kita mencari rezeki, kasih sayang anak-anak kita tidak ditukar dengan wang ringgit. InsyaAllah, Amin.

Tuesday, April 14, 2009

ALHAMDULILLAH! TERIMA KASIH SEMUA!!!


Apa lagi yang boleh Paknil ucapkan selain daripada ucapan ALHAMDULILLAH pada rezeki kali ke enam di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 ini. Bersyukur sangat-sangat pada kurniaan Illahi ini dan sememangnya Paknil masih dapat rasa kejutannya. Ikhlas Paknil katakan, Paknil terkejut dengan keputusan ini sebab setelah memenangi lebih dari tiga kali tiga tahun yang dulu, Paknil sentiasa bersedia untuk kalah. Namun ini yang dinamakan rezeki dan Paknil sangat berterima kasih kepada peminat serta penyokong Paknil yang masih percaya pada kemampuan Paknil.
Terima kasih kepada semua yang begitu tekun menggunting akhbar BH, memangkah dan menghantarkannya. Hanya Tuhan yang dapat membalas jasa korang semua.
ANUGERAH PENGACARA TV LELAKI POPULAR 2008
Calon-calon yang bertanding semakin hebat dari segi kerja mereka. Namun bila nama Paknil masih lagi diumumkan sebagai pemenang, Paknil ingin pesan kepada calon-calon yang lain agar jangan rasa kecewa sebab ingatlah bahawa Paknil menunggu 13 tahun sebelum trofi pertama sampai ke tangan Paknil.
Walaupun ada yang ingin melihat wajah baru menjulang trofi itu tapi Paknil sikit pun tak kecil hati dengan komen macam tu.Paknil akan terus berikan saingan kepada angkatan baru agar kerja kita semakin menarik dan mencabar.

ANUGERAH PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR 2008
Tahniah buat FBI kerana sekali lagi mengungguli kategori itu. Walaupun kecundang, bagi Paknil ini baru permulaan kerjaya Paknil di bidang radio. Jika Paknil boleh tunggu 13 tahun sebelum menggenggam trofi Pengacara Popular, Paknil juga sanggup tunggu 13 tahun untuk trofi kategori ini.
Yelah, bila bekerja ada saingan baru bersemangat sikit dan kita tidak akan leka dan kena kerja keras. Saingan ini sangat sihat dan Paknil tak kisah pun kalah kategori ini. Paknil nak kerja keras lagi dan nak pastikan pendengar percaya kepada kerja Paknil.
Terima kasih juga kepada yang memangkah nama Paknil dalam kategori ini!
BINTANG PALING POPULAR 2008
Tahniah buat Nabil kerana menjadi yang paling popular tahun ini. Rezeki anak muda ni memang murah sejak memenangi Raja Lawak. Aura Nabil memang kuat dan hanya mereka yang mempunyai Aura sahaja yang layak digelar Paling Popular!
Paknil? Ada ke ‘aura’nya? Takpelah, Paknil tak pernah terfikir akan bergelar paling popular sebab Paknil bukannya pelakon, pelawak atau penyanyi yang mempunyai aura yang hebat.
Dalam pada tu, Paknil ucap Terima Kasih juga kepada penyokong Paknil yang meletakkan nama Paknil untuk dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular! Terperanjat Paknil bila Paknil diberitahu yang Paknil adalah pada ranking ke 4! Alhamdulillah. Ini pun Paknil dah bersyukur sangat dah.
Semua ini bagai menyuntik semangat baru buat Paknil agar terus memberikan yang terbaik untuk semua di samping untuk terus menjaga kepercayaan peminat. Paknil berdoa pada Tuhan agar memelihara pekerti Paknil dan terus memberi kesihatan yang baik buat Paknil agar dapat terus mencari rezeki yang halal! Amin.

Sunday, April 12, 2009

PENGAYUH BASIKAL TERPANTAS DI DUNIA!!!

Walaupun Azizul Hasni merupakan pemenang tempat kedua dalam acara lumba basikal dunia, Paknil tetap menggelarnya sebagai Pengayuh Basikal Terpantas Di Dunia! Yelah, kita kena ingat bahawa setiap yang kita cakapkan itu adalah satu doa. Jadi marilah kita ramai-ramai gelar dia sebagai nombor satu di dunia. InsyaAllah akan lahirlah jaguh dunia dari negara kita nanti.


Paknil tidak akan terkejut jika orang itu adalah Azizul Hasni sebab dia masih muda dan bersemangat tinggi.
Semasa Riuh Pagi Era jemput Azizul Hasni ke studio Era, sempatlah Paknil menyulam hati budi remaja ini. Dia sangat berbudi pekerti dan merendah diri. Tidak pernah lupa asal usul dan bercita-cita bukan untuk dirinya seorang.
Itulah istimewanya jika ada jaguh dunia yang muncul dari negara Malaysia. Sikap itu begitu tebal sekali berbanding dengan jaguh-jaguh dari barat yang sangat besar cakap mereka.



Paknil yakin sifat sedemikian wujud di hati kita kerana kita ada pepatah melayu yang kita simpan. IKUT RESAM PADI, MAKIN BERISI MAKIN TUNDUK KE BUMI. JANGAN IKUT RESAM LALANG YANG TEGAK KOSONG!
Dari pemerhatian Paknil, Azizul juga suka pada kerja penyampai radio ni sebab dia setia berada dalam konti selama 3 jam! Ke tandas pun dia tidak dan sentiasa bersedia untuk berbicara!
Hari tu, Azizul siap bawa basikal 'keramat' nya ke studio kami. Basikal yang dibawanya itulah basikal yang melakar sejarah peribadi Azizul dan Negara sebagai penyandang Naib Juara Kejohanan Berbasikal Dunia di Poland!
Kita kena ambil Azizul sebagai seorang lagi Ikon untuk anak-anak kita mengejar impian untuk menjadi nombor satu di dalam cita-cita mereka. Jika ingin jadi bomba sekali pun, mereka kena jadi ahli Bomba Nombor 1!



Kecil aje rupanya si Azizul ni dan Paknil pasti ramai gadis-gadis yang angau lihat wajah dan senyuman manis Azizul. Bila Paknil amat-amati balik wajahnya, teringat Paknil pada rakan Paknil Nurherman Majid, pelumba lari pecut berhalang negara yang dah lama berdiam diri. Ada iras-iras. Rupa-rupanya kecil-kecil cili padi rupanya sebab kayuhan Azizul memang MANTOP!
Sempatlah Paknil menonton kayuhannya di Youtube (klik sini), Pergh! Tak hengat lajunya. Jom tinggalkan kata semangat buat Azizul Hasni dalam posting ini sebab Paknil ada suruh dia baca blog Paknil.


Untuk Azizul, Paknil harap dia akan terus harumkan nama Negara dan semasa berlumba, lupakan pasal imbuhan yang menanti kerana kejayaan itu akan lebih manis jika ia datang dari keringat yang jujur!

Sunday, April 5, 2009

BORAK PAKNIL (5 APRIL 2009)

Assalamualaikum. Untuk memudahkan Paknil baca reaksi korang semua pada tulisan Paknil di kolum BORAK PAKNIL di Metro Ahad, klik disini ok. Sayang korang semua!

Monday, March 30, 2009

BORAK PAKNIL (28 Mac 2009)

Assalamualaikum.
Kalau sudi sila beri pandangan mengenai Borak Paknil minggu ini. Klik di sini. Terima Kasih.

EARTH HOUR

Bersempena dengan EARTH HOUR 8:30-9:30PM hari Sabtu 28 Mac 2008, rumah Paknil turut bergelap. Tepat pukul 8:30 malam semua lampu dipadamkan.
Kebetulan ada di antara adik beradik dan anak-anak buah Paknil turut serta bersama Paknil anak-beranak. Seronok juga perjumpaan dalam gelap ini.
Paknil adalah buat makan-makan sikit kat laman rumah Paknil. Kakak dan adik Paknil turut bawa makanan untuk kami jamu bersama. Yang bestnya, rasa macam kembali zaman tak ada letrik dulu-dulu pulak.
Rumah Paknil hanya diterangi cahaya dari lilin dan lampu suluh. Kami duduk berborak beramai di laman rumah dan ada jugak yang berkumpul di ruang tamu.
Ramai juga jiran Paknil yang turut serta dalam kempen EARTH HOUR itu. Jadi, tak adalah rasa janggal sebab kami sama-sama countdown sebelum lampu dipadamkan.
Sekurang-kurangnya Paknil dapat juga pesan pada anak-anak dan anak-anak buah agar acara ni bukan sekadar suka-suka tetapi mengingatkan kita mengenai tanggungjawab menjaga alam dan bumi.
Mesti diorang akan ingat sampai bila-bila sambutan ini dan harap mereka juga dapat teruskan dan sentiasa sedar tanggungjawab menjaga bumi.
Yang lebih penting hubungan adik-beradik dan keluarga dapat disimpul lebih rapat.
Jarang Paknil ingin kongsi gambar peribadi dan keluarga Paknil di blog ini. Jadi Paknil harap gambar ini tidak digunakan untuk apa-apa kegunaan sekalipun. Wassalam.