Minta maaf pada mereka yang terpaksa meneka-neka akan gambar yang Paknil paparkan sejak hari rabu lalu.
Sebenarnya gambar ini adalah ketika Paknil menjadi penceramah undangan di sekolah SMK Victoria (Victoria Institution) Kuala Lumpur.Dan yang memeluk Paknil itu adalah anak buah Paknil sendiri, Izzul Azrai B. Nokman yang merupakan Presiden kepada Victoria Institution Committee Board 2009.
Melalui anak buah Paknil inilah undangan itu dilakukan oleh pihak sekolah dan menjadi realiti pada hari Selasa 21 April yang lalu.
Izzul dijemput naik ke pentas oleh Guru Kanan Bahasa Datin Maimun Hussin untuk bersama dengan Paknil dan tetamu yang lain. Tahniah Izzul atas penghargaan itu.
Sekarang dah terjawab teka-teki itu dan Paknil akan ceritakan mengenai pengalaman Paknil menjayakan ceramah motivasi itu selepas ini.
Nantikan ceritanya di sini....Akan Datang!


