Sorry la lambat sket nak update blog ni sebab Paknil tak terkejar dalam membahagikan masa untuk ke radio, buat rakaman tv, ada kerja-kerja sosial yang Paknil hadiri, Jelajah 11 Era dan hal-hal keluarga.
Dalam pada Paknil terkejar-kejar itu, Alhamdulillah Paknil dapat juga luangkan masa ke Majlis persandingan Nana dan Brian di Muar Johor pada 6 June sudah.
Sebenarnya Paknil sejak 5 June sudah berada di Port Dickson untuk bercuti bersama famili jadi perjalanan Paknil ke Muar bermula dari PD la. Nasib baik Paknil bermula dari PD sebab Paknil tak terperangkap dalam kesesakan lalulintas di lebuhraya menuju selatan.
Yalah, cuti sekolahkan masa ni. Jadi, masing-masing mengambil peluang keluar kota. Dengar cerita geng-geng ERA yang lain mulakan perjalanan pukul 10 pagi dari KL dan tiba di majlis Nana pukul 3 petang! Majlis pun dah nak selesai dah…tapi sempat lagi lah.
Paknil pula tiba tepat-tepat masa untuk merenjis! Itu pun Paknil siap tersilap pergi rumah orang kahwin lagi. Satu lorong dengan Nana rupanya ada majlis perkahwinan yang sama besar juga! Paknil sudah silap ‘landing’ daaaa…nasib baik sempat perasan. Kalau tidak malu free aje.
Setiba rumah Nana, Paknil dibawa masuk ke dalam rumah untuk merenjis kan pengantin. Tersenyum Nana dan Brian melihat kelibat Paknil. Eeee dah lama jugak Paknil tak pergi rumah orang kahwin. Apa lagi, Paknil pun terus renjis pengantin. Part ni tak boleh main hentam je!
Paknil siap renjis Farah Fauzana yang jadi pengapit Nana agar cepat-cepat sangkut tuah pelamin!
Nana sangat cantik masa hari itu. Brian pun sangat hensem. Memang cocok sangat kedua mempelai itu.
Selesai merenjis, Paknil beri peluang pada jemputan lain untuk bergambar dengan Paknil sementara menunggu pengantin bergerak ke meja jamuan. Nasib baik cuaca tak panas sangat hari itu, jadi lama jugaklah Paknil melayan mereka yang nak bergambar.
Nana baik hati sangat jemput Paknil untuk makan di meja jamuan pengantin bersama ibu dan ahli keluarga Brian. Paknil pun apalagi, terus tak fikir panjang lah sebab makanan kat meja pengantin memang ekstra hebat!
Semasa itu juga Paknil dihampiri pengacara majlis untuk buat ucapan. “Paknil nak ucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Nana yang merupakan adik Paknil di AF1 dan Brian (Mohd Raqeem). Paknil suka tengok akhirnya mereka ke jinjang pelamin kerana wajah mereka hampir sama. Kata orang tua, jodoh panjang. Paknil harap diorang cepat-cepat menimang cahaya mata dan biar ramai sebab Paknil yakin anak-anak diorang mesti comel2 macam Paknil!”
Hehehe…
Friday, June 12, 2009
Monday, June 1, 2009
PERHATIAN!!!!
Assalamualaikum. Paknil nak tarik perhatian semua pada Segmen Merisik Khabar @ ERA esok Selasa 2 Jun 2009. Kisah mengenai pasangan Puan Ana dan En.Kamal yang terpisah dengan anaknya yang berusia 10 tahun gara-gara ibu saudara Puan Ana. Ibu saudaranya itu, Puan Mazinah, enggan mereka berhubungan dan sekali gus memutuskan hubungan anak beranak itu. Segmen Merisik Khabar bermula pukul 9 pagi. Yang berkesempatan mendengar, sila tinggalkan komen anda di sini selepas itu. Tengkiu!
Thursday, May 28, 2009
I M BACK!!!!!
Alhamdulillah. Paknil dah selamat kembali dari lawatan ke Los Angeles untuk pemenang-pemenang Anugerah Skrin 2008 dan juga bersama pihak media.
Memang lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kami yang bergiat di industri penyiaran ini di samping dapat mengukuhkan silaturahim yang sedia ada dengan pihak media,
Pada mulanya Paknil resah juga akan ancaman Influenza A H1N1 yang melanda negara itu tetapi akhirnya Paknil meneruskan hasrat untuk bercuti bersama mereka.
Sememangnya kehidupan di sana begitu normal berbanding dengan ancaman penyakit yang sedang hebat melanda. Mereka bekerja dan bergerak seperti tiada apa yang perlu dirunsingkan.
Akan sebab itu, Paknil semakin yakin untuk menyertai aktiviti yang telah dirangka untuk kami.
Cuma terdapat 3 senarai artis yang menyertai rombongan ini selain Paknil iaitu Mr. Os dan Normah Damanhuri. Pemenang lain seperti Ogy Ahmad Daud, Rosyam Nor, Que Haida dan Mamat Khalid tidak dapat turut serta mungkin atas alasan kerja.
Namun suasana lawatan tidak sepi sebab Mr Os tak pernah kering idea untuk buat lawak setiap kali berada dalam bas. Ada sahaja yang diceritakan dalam loghat Perak!
Langsung Paknil terfikir bahawa sememangnya Mr Os ini seorang pelawak yang jati kerana hidupnya melawak sahaja dan yang bestnya, lawaknya tidak berulang.

Hari 1(20 Mei Rabu)
Kami tiba di Los Angeles melalui Terminal Tom Bradley pukul 1pm waktu LA. Tidak banyak birokrasi yang kami lalui dan rombongan kami juga tidak melalui pemeriksaan imigresen yang sukar. Ini menjadikan lawatan kami sebagai permulaan yang baik.
Kami terus dibawa ke hotel tempat kami menginap iaitu Hotel Crowne Plaza. Kami juga dibawa ke Universal Studios untuk makan malam. Lawatan sebenar ke Universal Studios adalah pada hari Jumaat. Kami dijamu dengan makanan laut yang segar.
Dalam pada itu, sempat jugalah kami membeli saguhati di Hard Rock Café di Universal Studios ini. Selesai lawatan singkat itu kami pulang ke hotel untuk tidur!

Hari 2 (21 Mei Khamis)
Pada hari ini, kami dibawa melawat Warner Bros Studios dan Sony Pictures Studios. Kami diberi pendedahan mengenai kemudahan penggambaran filem yang terdapat di kedua-dua studio yang hebat itu.
Pada hari ini, kami dibawa melawat Warner Bros Studios dan Sony Pictures Studios. Kami diberi pendedahan mengenai kemudahan penggambaran filem yang terdapat di kedua-dua studio yang hebat itu.
Kedua-dua studio itu memberikan layanan VIP kepada kami dan sepanjang lawatan itu, kami diberikan penerangan secara terperinci bagaimana penggambaran dilakukan. Kami ditunjukkan set bangunan dan rumah yang siap dibina seperti bangunan sebenar sedangkan ia cuma paparan dari rangka bahagian hadapan sahaja. Hebat sungguh dan kita yang menonton benar-benar rasakan seperti ia dirakam di sebuah bandar yang sebenar.
Kedua-dua lawatan tersebut benar-benar mengambil masa hari kedua kami di sana.
Hari 3 (22 Mei Jumaat)
Kedua-dua lawatan tersebut benar-benar mengambil masa hari kedua kami di sana.
Hari 3 (22 Mei Jumaat)
Hari ini kami dibawa ke studio yang sangat banyak tempat menarik di dalamnya iaitu Universal Studios. Kami diberi kesempatan untuk melihat beberapa babak yang sukar dilakukan. Antaranya ialah keadaan bandar diserang banjir besar, dua kereta meletop dalam Fast and Furious, berada di kawasan malapetaka kapalterbang terhempas, gegaran gempa bumi dan sebagainya.
Kami juga berkesempatan mencuba beberapa tarikan studio itu seperti rollercoaster, terjunan bot Jurassic Park dan banyak lagi. Yang bestnya, kitorang tak payah beratur sebab ada pas khas yang boleh membawa kami di hadapan barisan! Kelas gitu!!!
Hari 4 (23 Mei Sabtu)
Pada hari ini, awal-awal lagi kami sudahbergerak ke Camarillo Factory Outlet. Yang bestnyer, rakan-rakan media telah Paknil sarungkan setiap seorang dengan baju yang sama!
Hari 4 (23 Mei Sabtu)
Pada hari ini, awal-awal lagi kami sudahbergerak ke Camarillo Factory Outlet. Yang bestnyer, rakan-rakan media telah Paknil sarungkan setiap seorang dengan baju yang sama!
Paknil shopping sakan disini sebab barang-barangnya adalah secara langsung dari kilang pengeluaran. Harganya juga jauh lebih murah dari harga di butik jenama berkenaan.
Antara jenama yang ada di sana adalah seperti Coach, Spade Kate, Timberland, Giorgio Armani, Tommy Hilfiger, GAP, DKNY, Calvin Klein dan banyak lagi. Oleh kerana sibuk membeli belah,
Paknil tak sempat nak merakamkan gambar kerana tangan Paknil penuh dengan barangan belian hehehehe!
Hari 5 (24 Mei Ahad)
Pada hari ini juga, kami habiskan masa untuk melawat Farmers; Market di Los Angeles. Di sini kami dapat lihat bagaimana mereka membangunkan kawasan tradisional menjadi kawasan tumpuan ramai untuk membeli belah dan beriadah. Di sini Paknil lihat masih menggunakan kenderaan lama negara ini iaitu tramp.

Selesai lawatan ke Farmers’ Market kami dibawa untuk bersiar di Hollywood Boulevard. Ini merupakan kawasan mesti dilawati jika anda berada di Hollywood. Di sini Paknil lihat ramai yang teruja membeli buah tangan kenang-kenangan untuk dibawa pulang.
Sekitar jalanraya yang sibuk ini, terdapat watak-watak terkenal Hollywood yang berkeliaran untuk pengunjung bergambar. Alah tak mahal pun. Cuma USD1 sahaja setiap kali bergambar. Maka berebutrlah kami bergambar dengan watak-watak seperti Superman, Batman, Spiderman, Marilyn Monroe, Michael Jackson dan banyak lagi. Paknil rasa macam ada watak yang ketinggalan kat situ….Cicakman dan Professor Klon!
Terdapat juga kotak-kotak bintang untuk bintang-bintang Hollywood di sepanjang jalan berkenaan. Sempatlah Paknil abadikan sedikit.
Paknil berkesempatan bergambar dengan kotak bintang peninju dunia lagenda iatu Muhammad Ali. Menariknya kotak bintang peninju ini diletakkan di dinding masuk Kodak Theatre dan bukan di kaki lima seperti yang lain. Paknil rasa ini satu penghormatan kepada nama besar ‘Muhammad’ yang tidak sesuai sebagai kotak bintang yang dipijak-pijak!
Hari 6 (25 Mei Ahad)
Hari ini kami mempunyai aktiviti bebas dan Paknil mengambil kesempatan ke Camarillo Factory Outlet lagi untuk sambung shopping. Kali ni juga Paknil tak sempat bergambar sebab bizi shopping. Hehehe…Kali ni tak dapat lama-lama di sini kerana harus bersiap sedia untuk bergerak ke lapangan terbang sebab penerbangan kami pada pukul 2pagi hari keesokannya. Pukul 8 malam lagi hari ini kami dah bertolak ke airport.
Hari 7 (26 Mei Isnin)
Selamat tinggal Los Angeles. Kami menaiki pesawat MH095 pukul 2am yang kemudian membuat singgahan di Taipei dan terus ke Kuala Lumpur selepas itu. Perjalanan pulang yang panjang ini kami selesaikan dengan menonton video dan tidur!
Hari 8 (27 Mei Selasa)
Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 12 tengahari dan disambut oleh petugas-petugas kesihatan yang begitu tekun menangani penularan wabak Influenza A H1N1. Syabas kepada mereka kerana menjaga keselamatan negara.
Paknil juga ingin mengambil kesempatan ini ungtuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Media Prima khususnya dan Dato Sri Farid Ridzuan, Ketua Pegawai Esekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad khasnya kerana lawatan sambil bercuti ini.
Sekembali dari sana Paknil bagai disuntik dengan semangat baru pula untuk beraksi di tv dan radio!
Sunday, May 17, 2009
BORAK PAKNIL (17 Mei)
Assalamualaikum. Paknil harap ada yang sudi tinggalkan komen untuk ruangan Borak Paknil di Metro Ahad hari ini. untuk membacanya sila klik disini. Terima kasih sangat2!
Friday, May 15, 2009
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH ABP- SIMPLE BUT NICE!!l
Pada 13 Mei lalu, Majlis penyampaian hadiah ABPBH2008 dianjurkan di Hotel Palace of The Golden Horses.
Majlis yang pada awalnya patut berlangsung di taman hotel itu terpaksa dilakukan di dalam hotel tersebut kerana hari hujan lebat.
Walaupun diubah lokasi pada saat akhir tapi masih tetap meriah dengan kehadiran bintang-bintang dan penaja.

(1) Paknil nampak Datuk Siti yang makin slim dan makin berseri-seri wajah. Yelah, aura dari tanah suci lah pulak. Datuk Siti masih tetap anggun.
(2) Maya Karin tiba-tiba pakai baju warna hijau! Warna tema untuk hari tu adalah merah, hitam dan putih. Maya cakap, manager dia tak bagi tau.
(3) Que Haidar dan isteri Linda Jasmin pun datang. Linda yang hamil 3 bulan nampak sweet sangat. Perut dia pun dah nampak!
(4) Akibat takut nampak pelik Farah Fauzana yang jadi pengacara pada petang itu mengumumkan dirinya sebagai penerima hadiah bagi kategori tv dan radio, Paknil secara spontan mengambil alih tugas itu daripadanya bila tiba gilirannya mengambil hadiah!
(5) Nabil datang dengan manager. Irma tak nampak. Mungkin takut kena serbu kot.
(6) Mawi tak hadir.
(7) Faizal Ismail pun tak nampak. Katanya pergi umrah. Alhamdullillah
(8) Pelakon Norkhiriah yang hamil 3 bulan pun hadir jugak tapi perut dia taklah nampak lagi.
(9) Kami menerima hadiah dari Rafflesia bernilai RM10,000 dan dari Empire Furniture bernilai RM6,000 di samping wang tunai RM3,000 dari Berita Harian.
(10) Paknil telah mendermakan semula wang itu ke tabung Kelab Hiburan Berita Harian bagi tujuan aktiviti wartawan Berita Harian.
(11) Kamera Paknil buat hal. Batteri abis dan tak banyak gambar dapat diabadikan.

Paknil hendak mengucapkan setinggi penghargaan kepada Berita Harian dan Penaja atas hadiah dan majlis yang dianjurkan. Juga ucapan terima kasih kepada peminat yang terus-terusan menyokong Paknil sehingga dinobatkan sekali lagi.
Thursday, May 14, 2009
SAMPAI HATI...
Sampai hati ada yang doakan Paknil dah mati sebab tak update blog. Memang skarang Paknil bizi sangat2 sebab tengah ada rakaman Jangan Lupa Lirik. Pagi2 dah ada kat radio n lepas tu terus bersiap sedia untuk rakaman JLL. Selesai rakaman ni nanti Paknil akan cuba usahakan untuk update blog. Paknil nak share cerita hari penyampaian hadiah ABP dan rakaman JLL Raya! Raya! Raya! bersama Datuk CT, Adibah Noor dan Saiful Apek! Tunggu eh...Paknil mintak maaf sesangat. Harap jangan doakan yang bukan2.
Monday, May 4, 2009
TINGGALKAN KOMEN ANDA!
Harap ada yang sudi beri komen mengenai artikel Paknil yang disiarkan di Metro Ahad yang lalu dalam ruangan Borak Paknil. Sila klik sini untuk membacanya. Terima kasih semua!
Subscribe to:
Posts (Atom)