Wednesday, October 15, 2008

PANAS! PANAS! PANAS!

-BETUL KE TOM TOM BAK TAK MENDIDIK?
-BETUL KE AZNIL AKAN KEMBALI KE AF7?
-BETUL KE ORNG MUAK TENGOK WAJAH AZNIL YANBG BERLAMBAK DI TV MUSIM HARI RAYA NI?
-BETUL KE AZNIL ANGIN DENGAN KRITIKAN DI FORUM INTERNET?
(Apa kata anda? Tinggalkan komen anda di sini)

Dapatkan jawapan dengan klik pada artikel di Berita Harian hari ini!

EH! PAKNIL KEW???


Masa ni Paknil tengak melepak dengan family Paknil di Starbucks Café Pavillion sambil2 baca artikel mengenai Paknil dalam majalah EH! Edisi Oktober 2008. Alah, yang gambar depannya Rozita Che Wan tu.
Artikel tu mengenai pemenang Anugerah Stail EH! Baru2 nih! Anak buah Paknil IZZUL terus snap gambar Paknil yang sedang membelek gambar sendiri.
Pelik agaknya kalau orang lalu lalang tengok Paknil belek gambar sendiri kan? Tak kesah lar…bukan Paknil kacau saper2 pown. Tengkiu Izzul n personally I think this photo has its own beauty. Black and white n very nostalgic WALAUPUN!!!!

Tuesday, October 14, 2008

ALBUM SUDIRMAN : PERASAAN


Ini adalah antara album Sudir yang menjadi favourite Paknil. Bukan sahaja lagunya besh2 tapi sebab PakNil rasa pada album ini fotografi dia memang cantik dan menarik.
Dari apa yang PakNil baca, gambar di jalanraya ni Sudir amek pada ketika awal pagi dan tu sebab tak banyak kereta masa ni. Bayangkan, Sudir begitu komited untuk buat fotografi sebab dia kena bersiap awal pagi.
Memang cantik cover album ni dengan Sudir memperkenalkan penggunaan Mafla (selendang) untuk dipadankan dengan suit serba off white tetapi hanya dipadankan dengan snickers yang santai!
Mendahului zamannya! Itu yang PakNIl boleh komen.
Pada gambar belakang album ini, sekali lagi Sudir digambarkan dengan gabungan warna earth yang sejuk mata memandang. Kalau penyanyi lain ketika ini pasti menggunakan gambar besar ini untuk kulit depan album kerana strateji pemasaran tapi tidak pada Sudir. Sudir mempertaruhkan gambar ART untuk albumnya ini.

Album ini menjadi teman PakNil setiap masa santai di rumah. Dalam album ini juga terselit lagu TOYOL yang PakNil turut nyanyikan sebagai mengingati zaman remaja Paknil.
Antara lagu lain dalam album ini adalah Ku Ingin Bersama, Mat Disko, Kerana Kau (Ku Kemari), Usah, Gerimis Di Lautan, Untuk Selamanya, Senja Berulang Senja, Engkau Segalanya, Air Mata Kasih dan Anak Dunia.
Banyak betul lagu dari album ini yang jadi hits dan duputarkan di radio. Mesti Sudir puas dengan album ini sebab banyak lagu yang menjadi pilihan pendengar. Susah nak dapat album yang mempunyai lebih dari satu lagu hits dalam sesebuah album sekarang ni!
Album ini diterbitkan oleh Ooi Eow Jin (Dikenali sebagai Papa Jin di TV3) pada tahun 1979, 29 tahun yang lalu.
Pada ketika ini PakNil berusia 17 tahun dan berada di tingkatan 5. Tentunya jika kowrang perasan ada pengaruh pakaian Sudir pada pakaian yang PakNil kenakan untuk persembahan di sekolah ketika itu.
Ayah PakNil begitu sporting menyerahkan pakaian kesayangannya yang disimpan bertahun2 kepada PakNil. Ini menunjukkan, ayah PakNil faham akan minat dan kesukaan PakNil dan PakNil abadikan kenangan kedua2 detik indah ini untuk dikongsi bersama di blog ini.

Wednesday, October 8, 2008


DI PUSARA INI….
Di pusara ini, aku menyaksikan seribu cerita
Di pusara ini, aku mendengar sejuta bisikan
Semuanya indah-indah belaka
Bagai dikarang untuk sebuah lagu
Bagai diukir buat seteguh tugu
Walau di situ hanya nisan kaku
Namun penghuninya seniman berilmu
Seniman yang berhala tuju
Seniman yang harum terlalu
Seniman yang belum ganti ditemu
Aku datang ke sisi mu hanya mampu mengusap
Mengusap daun kering yang gugur
Mengusap daki batu yang padu
Mengusap kelikir batu yang berwirid pada nama Nya buat mu
Rupanya, juga mengusap titisan airmata
Kita tidak pernah berbicara…kini sudah,

biar sekadar berbisik
Kita tidak pernah bersua…kini sudah,

biar sekadar melirik
Kita tidak pernah bersentuh…kini sudah,

biar sekadar mengusik
Kita tidak pernah berkawan…kini sudah,

biar sekadar teman beradik
Kita tidak pernah bergurau…kini sudah,

biar sekadar merisik
Dalam fana kita bertemu
Dalam fana kita berlagu
Dalam fana aku berguru
Hanya dalam fana aku…..
Talkin di pusara dari aku yang melaut memuji mu….AL-FATIHAH
(Buat Seniman Allahyarham Sudirman Hj Arshad)








(Terima kasih buat Pengarang Hiburan Utusan, Tuan Hj Shaharuddin Mustafa kerana 'menemukan' aku dengan Sudir)

Pertemuan ala Jejak Kasih

(Laporan akhbar Berita Harian 6 Oktober2008)
Oleh Farihad Shalla Mahmud Mahmudfarihad@bharian.com.my
Aznil Nawawi, tiga rakan sekolah disatukan setelah hampir 34 tahun tak jumpa terasa begitu nostalgia sekali saat Hip menjayakan sesi fotografi yang satu ini. Jika tahun lalu Hip menggandingkan pengacara nombor satu negara, Aznil Nawawi dengan kanak-kanak yang begitu sinonim dalam hidupnya, kali ini atas usaha pembantu peribadinya, Azlan maka berjaya juga kami menemukan Aznil dengan rakan sekolahnya. Lebih menyeronokkan pertemuan ala jejak kasih ini menyatukan kembali Aznil bersama rakan karibnya sewaktu dia berada di bangku sekolah rendah dan juga menengah. Gembira rasa di hati apabila melihat empat sekawan ini kembali bersua selepas hampir 34 tahun tidak berjumpa.
Sama-sama menuntut di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Raja Muda dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Laki Laki (Jalan Temerloh) lebih tiga dekad lalu, Aznil, Idris Atan, Zaimee Md Khidzir dan Mohd Khairuddin Md Yamin bagaikan isi dengan kuku. Mereka memang rapat dan banyak juga aktiviti dijalankan bersama. Bercerita mengenai perasaannya dipertemukan dengan rakan sekelas terdahulu, Aznil melahirkan perasaan terujanya. “Semuanya bermula apabila Idris menghantar mesej di blog saya. Kemudian dari situ kami saling berhubungan kembali. Bayangkan selepas lebih 30 tahun tidak berjumpa, baru sekarang bersua kembali. Ini semua tak akan menjadi realiti tanpa usaha Azlan.
“Dialah yang mengaturkan perjumpaan hari ini. Dan saya seronok apabila kembali berjumpa sambil bertukar-tukar cerita sekali gus mengimbau kenangan lalu,” ujar Aznil membuka bicara kami petang itu. Sewaktu di sekolah, gurau pengacara program Jangan Lupa Lirik, Kring! Kring! dan Tom Tom Bak ini, mereka ini bagaikan pengawal buat dirinya. “Disebabkan terlalu rapat dan sayalah yang boleh dikatakan paling lemah berbanding yang lain, maka selalunya sayalah yang menjadi mangsa buli mereka ini. Tapi, kalau saya kena usik, mereka jugalah yang pertama ke depan menyelamatkan saya,” ujar Aznil mendedahkan kisah lampaunya. Mengimbas kembali detik manis bergelar pelajar, Aznil berkata mereka memang aktif dalam bidang seni dan banyak juga acara hiburan yang dianjurkan di sekolah mereka sertai.
“Pernah jugalah kami menyertai pasukan boria sekolah dan Ketua Boria adalah saya sendiri, Tapi macam Zaimee, dia ini aktif dalam sukan. Sebab itulah masa sekolah dulu dialah antara pelajar popular di sekolah,” usik Aznil disambut gelak tawa yang lain. Sepanjang sesi fotografi ini berlangsung, ada saja modal Aznil untuk mengusik rakan-rakannya itu, sehinggakan sinar suria yang memancarkan bahangnya bagaikan tidak terasa asyik tergelak mendengar lawak jenaka yang terpacul dari mulut pengacara ini. Mengorek rahsia Aznil dari mulut temannya itu, mereka semua sepakat menyatakan yang Aznil sememangnya dari bangku sekolah lagi sudah menunjukkan ciri-ciri untuk menjadi seorang selebriti. “Dia bukan seorang yang pemalu dan ketika sekolah dulu, dia memang kerap menyertai pelbagai kegiatan seni. Kami semua kagum dengan pencapaiannya hari ini. Dan apa yang lebih membanggakan, dia tidak pernah sombong atau bongkak walaupun dia kini sudah berjaya. “Harapan kami semoga pertemuan ini tidak terhenti setakat ini saja. Mungkin kami akan bertemu lebih kerap dan moga Aznil akan terus berjaya dalam bidang yang diceburinya.
P/S : SECARA EKSKLUSIF PAKNIL PAPARKAN FOTO2 YANG BELUM DISIARKAN HANYA UNTUK TATAPAN PENGUNJUNG BLOG INI. HARAP JANGAN ADA YANG GUNAKAN GAMBAR INI UNTUK TUJUAN LAIN. TRIMAS!

SINGAPORE! SINGAPURA!


Mintak maaf sesangat Paknil terlewat update ceriter Paknil ke kota singa masa awal puasa ari tuh! Bukan aper…banyak sangat yang berlaku dalam bulan puasa yang Paknil kena update. Jadi Paknil rasa cerita kunjungan Paknil ke sana atas urusan cuti2 skala kecik Paknil kemudian kan.
Sekarang baru ada time nak ceriter sket2 ‘percutian’ Paknil. Masa awal bulan puasa baru Paknil berkesempatan curi2 waktu bersama pengurus artis KRU jalan2 shopping untuk raya!
Ada shopping untuk anak2, shopping baju melayu untuk fotografi, shopping besday prezen untuk Akak Paknil dan shopping kelengkapan diri untuk rakaman rancangan raya.
Oklah kat sini Paknil ceriterkan sket2 antara yang Paknil buat kat sana k? Paknil pergi tak lama, dalam 3 hari jew! Paknil sempat gak lah jengok2 model kereta baru RENAULT MEGANE depan TANGS ORCHARD ROAD. Aduh! Siapa tak jatuh hati dengan kereta ni. Berangan lah kejap Paknil dalam kereta ni! Camner? Ok tak kalau Paknil melaram dengan kereta ni?


Jalan2 kat TAKASHIMAYA Paknil terjumpa dengan VJ Joey.Slumber jer Paknil tegur dia! Dia terperanjat n jerit nama Paknil. First time Paknil tegur dia ni sebab kalau kat KL jumpa pun macam2 tu jer…senyum2 lambai jer! Rupanyer, peramah gak dia nih!


Sempat gak Paknil masuk boutique LV jengok2 kasut terbaru. Aduh…kantoi lagi Paknil! Jatuh cinta dengan kasut yang Paknil pegang ni langsung beli. Kalau ada yang perasan, kasut nilah Paknil pakai masa rakaman Glamor Raya ari tuh! Cantik kan?


Bila Paknil masuk boutique Burberry pulak Paknil buat hal lagi bergambar dengan patung pompuan tanpa kepala. Agaknyer kalau Paknil jadi pompuan camni la rupernyer…hehehe. Paknil kat situ cari hadiah besday Akak Paknil. Alamak sibuk bergambar dengan patung lupa lak nak amek gambar beg tuh!


Hambek kau! Selesai shopping, baru Paknil perasan…tangan Paknil dah penuh! :p

Kitowrang berbuka kat Restoran Ayam Penyet Ria kat Lucky Plaza.
Selesai berbuka, informer Paknil bagi tahu kat Gelang ada Bazaar Ramadhan besar2an sedang berlangsung. Bingkas Paknil nak jengok apa ada kat situ. Paknil pun dah lamer tak gi bazaar atau pasar malam. Hujan pun hujan lah! Paknil redah jew!
Abis basah baju Paknil dan rambut dah jadi haru biru. Ah, Paknil belasah jew. Bukan ada orang Singapura kenal pown! Haha…sangkaan Paknil meleset. Paknil kena serbu jugak kat situ. Paknil tetap layan diowrang sebab diowrang ni ramah betul dan berbudi bahsa. Nak amek gambar pown ameklah…tak luak pown! :)

Abes kedai langsir, kedai kain batik, kedai baju melayu, kedai songkok n kedai kuih lopez Paknil borong. Cakap pasal kuih lopez, lopez singapura memang No:1! Paknil beli untuk bawak sahur.

Oh yer….kalau korang tengok baju Melayu Glamor Raya yang Paknil pakai tu, Paknil beli kat sini lah! 35 Dollar jew! Sampai KL, Paknil tabor diamond, Nampak macam buat kat boutique besar kan? Padahal…..Tu lah kalau kita pandai renovate sket2, menda murah tu Nampak MAHAL!
OK lah…selebihnyer, Paknil paparkan aktiviti ronda2 Paknil naik boat kat Clarke Quay dan Boat Quay! Lengang jew tempat ni siang hari….

P/S : Sekali lagi Paknil harap takder yang amek gambar pribadi ni untuk kegunaan lain eh….Gambar ni untuk pengunjung blog Paknil jew!