Paknil tidak akan terkejut jika orang itu adalah Azizul Hasni sebab dia masih muda dan bersemangat tinggi.
Semasa Riuh Pagi Era jemput Azizul Hasni ke studio Era, sempatlah Paknil menyulam hati budi remaja ini. Dia sangat berbudi pekerti dan merendah diri. Tidak pernah lupa asal usul dan bercita-cita bukan untuk dirinya seorang.
Itulah istimewanya jika ada jaguh dunia yang muncul dari negara Malaysia. Sikap itu begitu tebal sekali berbanding dengan jaguh-jaguh dari barat yang sangat besar cakap mereka.
Paknil yakin sifat sedemikian wujud di hati kita kerana kita ada pepatah melayu yang kita simpan. IKUT RESAM PADI, MAKIN BERISI MAKIN TUNDUK KE BUMI. JANGAN IKUT RESAM LALANG YANG TEGAK KOSONG!
Dari pemerhatian Paknil, Azizul juga suka pada kerja penyampai radio ni sebab dia setia berada dalam konti selama 3 jam! Ke tandas pun dia tidak dan sentiasa bersedia untuk berbicara!
Hari tu, Azizul siap bawa basikal 'keramat' nya ke studio kami. Basikal yang dibawanya itulah basikal yang melakar sejarah peribadi Azizul dan Negara sebagai penyandang Naib Juara Kejohanan Berbasikal Dunia di Poland!
Kita kena ambil Azizul sebagai seorang lagi Ikon untuk anak-anak kita mengejar impian untuk menjadi nombor satu di dalam cita-cita mereka. Jika ingin jadi bomba sekali pun, mereka kena jadi ahli Bomba Nombor 1!
Kecil aje rupanya si Azizul ni dan Paknil pasti ramai gadis-gadis yang angau lihat wajah dan senyuman manis Azizul. Bila Paknil amat-amati balik wajahnya, teringat Paknil pada rakan Paknil Nurherman Majid, pelumba lari pecut berhalang negara yang dah lama berdiam diri. Ada iras-iras. Rupa-rupanya kecil-kecil cili padi rupanya sebab kayuhan Azizul memang MANTOP!
Sempatlah Paknil menonton kayuhannya di Youtube (klik sini), Pergh! Tak hengat lajunya. Jom tinggalkan kata semangat buat Azizul Hasni dalam posting ini sebab Paknil ada suruh dia baca blog Paknil.

Untuk Azizul, Paknil harap dia akan terus harumkan nama Negara dan semasa berlumba, lupakan pasal imbuhan yang menanti kerana kejayaan itu akan lebih manis jika ia datang dari keringat yang jujur!


















