Sorry la lambat sket nak update blog ni sebab Paknil tak terkejar dalam membahagikan masa untuk ke radio, buat rakaman tv, ada kerja-kerja sosial yang Paknil hadiri, Jelajah 11 Era dan hal-hal keluarga.
Dalam pada Paknil terkejar-kejar itu, Alhamdulillah Paknil dapat juga luangkan masa ke Majlis persandingan Nana dan Brian di Muar Johor pada 6 June sudah.
Sebenarnya Paknil sejak 5 June sudah berada di Port Dickson untuk bercuti bersama famili jadi perjalanan Paknil ke Muar bermula dari PD la. Nasib baik Paknil bermula dari PD sebab Paknil tak terperangkap dalam kesesakan lalulintas di lebuhraya menuju selatan.
Yalah, cuti sekolahkan masa ni. Jadi, masing-masing mengambil peluang keluar kota. Dengar cerita geng-geng ERA yang lain mulakan perjalanan pukul 10 pagi dari KL dan tiba di majlis Nana pukul 3 petang! Majlis pun dah nak selesai dah…tapi sempat lagi lah.
Paknil pula tiba tepat-tepat masa untuk merenjis! Itu pun Paknil siap tersilap pergi rumah orang kahwin lagi. Satu lorong dengan Nana rupanya ada majlis perkahwinan yang sama besar juga! Paknil sudah silap ‘landing’ daaaa…nasib baik sempat perasan. Kalau tidak malu free aje.
Setiba rumah Nana, Paknil dibawa masuk ke dalam rumah untuk merenjis kan pengantin. Tersenyum Nana dan Brian melihat kelibat Paknil. Eeee dah lama jugak Paknil tak pergi rumah orang kahwin. Apa lagi, Paknil pun terus renjis pengantin. Part ni tak boleh main hentam je!
Paknil siap renjis Farah Fauzana yang jadi pengapit Nana agar cepat-cepat sangkut tuah pelamin!
Nana sangat cantik masa hari itu. Brian pun sangat hensem. Memang cocok sangat kedua mempelai itu.
Selesai merenjis, Paknil beri peluang pada jemputan lain untuk bergambar dengan Paknil sementara menunggu pengantin bergerak ke meja jamuan. Nasib baik cuaca tak panas sangat hari itu, jadi lama jugaklah Paknil melayan mereka yang nak bergambar.
Nana baik hati sangat jemput Paknil untuk makan di meja jamuan pengantin bersama ibu dan ahli keluarga Brian. Paknil pun apalagi, terus tak fikir panjang lah sebab makanan kat meja pengantin memang ekstra hebat!
Semasa itu juga Paknil dihampiri pengacara majlis untuk buat ucapan. “Paknil nak ucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Nana yang merupakan adik Paknil di AF1 dan Brian (Mohd Raqeem). Paknil suka tengok akhirnya mereka ke jinjang pelamin kerana wajah mereka hampir sama. Kata orang tua, jodoh panjang. Paknil harap diorang cepat-cepat menimang cahaya mata dan biar ramai sebab Paknil yakin anak-anak diorang mesti comel2 macam Paknil!”
Hehehe…