Sunday, April 4, 2010

HARI INI ADALAH HARI NYA!

Hari ini adalah hari yang paling dinantikan oleh Allahyarham Meor Ahmad Fuad Meor Badri aka Din Beramboi. Malam ini bakal berlansung Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009. Paknil dapat lihat keterujaan Din Beramboi sejak namanya melekat sebagai finalis bagi kategori Penyampai Radio Lelaki Popular.
Din kata:
“Aku nak rasa macam mana engkau rasa Nil selama ini duduk bersama calon-calon lain dekat tempat duduk orang top-top”
Alahai, sebak Paknil bila teringatkan impian Din. Masa Din berlawak waktu commercial break tahun lalu Paknil sedih sangat sebab dia jadi penghibur tatkala siaran langsung berihat untuk iklan. Paknil cakap dengan dia, “Cukup-cukuplah buat keje tu Din. Tahun depan aku nak kau pulak tengok orang lain buat keje tu”
Betul pun. Termakbul doa kami apabila Din tersenarai bersama Paknil, AG, Kieran dan Faizal.
Tapi malam ini dia tengok dari jauh rupanya.
Din kata:
“Aku nak pakai baju ala-ala konvokesyen malam tu nanti. Aku pedulik haper! Yang penting aku nak orang jerit kat aku masa red karpet”
Memang Paknil nantikan saat ini sebab Paknil percaya si Din ni akan buat apa sahaja untuk kasi orang ketawa dan terhibur. Dia pernah buat persembahan kat Melaka masa Jelajah Era buat perkara yang sehingga seluruh penonton dan kami ternganga dan ketawa tak hengat. Rupanya dia dah pakat dengan Shuib Sepah untuk menarik seluar pakaian cinanya ketika kitorang buat catwalk pakaian terbaik. Dia sanggup malukan dirinya yang kelihatan seolah terkejut bila seluarnya dilondehkan dan hanya tinggal seluar pendek di dalam.
Sampai macam tu dia nak buat orang ketawa.
Din kata:
“Kalau kau menang Nil, aku nak naik pentas jugak. Masa kau bagi ucapan, aku pose sebelah kau sebab nak tunggu giliran aku entah bila”
Alahai Din. Kenapa kau tinggalkan aku kata-kata yang boleh buat aku tersentak macam ni? Kau tahu tak Din yang aku tak fikir langsung nak menang dah sekarang ni. Aku cuma teruja nak tengok perangai engkau aje. Paknil dah boleh bayangkan keriuhan dia yang boleh buat lawak sengal dia sorang-sorang ketika majlis.
Dia seronok tengok calon-calon gila-gila lain terlibat sama sebagai finalis seperti Didie Alias dan Enot sebab Paknil dah jangka mesti ada sesuatu dia akan bawak pakat dengan diorang malam itu nanti.
Dalam keriuhan tepuk sorak malam ini, Paknil akan rasa sunyi.
Din kata:
“Aku malam ABP nanti akan ikut bontot kau kemana kau pegi orang mesti ambik gambar kau untuk suratkhabar. Ada aku kesah!”
Pening jugak layan si Din yang main redah aje ni. Tak akan ada siapa yang boleh marah dengan tindakan dia sebab semua sudah akur dengan sikap ‘belasah aje’ dia tu! Semua orang seolah menunggu Din buat sesuatu yang ‘luarbiasa’ sebab kalau dia bersikap seperti orang lain, maka itu bukan Din Beramboi dan mungkin ramai yang rasa pelik.
Sekarang Din tak payah ikut 'bontot' Paknil sebab mana Paknil pergi pun ada dia dalam hati Paknil.
Kini semua tinggal kenangan.
Paknil boleh bayangkan aje benda yang dia cakapkan itu pada ketika berlangsungnya ABP malam nanti. Jika ada di antara kawan arwah yang tidak mahu menyertai ABP malam ini sebab hormatkan arwah, itu hak mereka. Paknil tetap akan pergi, InsyaAllah. Menang atau kalah. Kali ini Paknil pergi pun sebab dia. Paknil nak bawa bersama Paknil semangat Din Beramboi. Paknil nak orang semua rasa kehadirannya di situ malam ini walaupun Din sudah tiada.
InsyaAllah Paknil akan bawa anak sulong Din bersama Paknil malam ini. Paknil nak dia tahu yang Papa dia teringin sangat berada di situ malam ini dan menghargai kerja Papa dia selama ini. Paknil nak dia tahu jugak yang Papa dia sebenarnya disayangi jutaan peminat dan kerja gila Papa dia terbayar malam ini.
Buat Din, “Aku rindu kat kau, rindu sangat”. Al-Fatihah.

639 comments:

«Oldest   ‹Older   601 – 639 of 639
aiman said...

hari ape aznil?

aiman said...

wahhh,dah ramai penyokong paknil.aku tak ade ke?Kesian kata saya tak dapat penyokong kalau nak jadilah follower saya layari :
aiman-aimandanish.blogspot.com.
kalau tak layari rugi hahaha.Bukan ape saya nak kome follower aku.Aku tak ade sapa-sapa lagi dah kalau ade peluang bukalah blog saya.JANGAN LUPA TAU.HE..HE

Usy@M^^ said...

sayunya..
al-fatihah

Shaifulz said...

slm paknil...tabahkan hati kuatkan semangat dan hidupkan semangat persahabtn agar dpt meneruskan azam dan cita-cita 'spirit of Din Beramboi'. I'm sure he wants u to go on and make him proud of what u both did all this while...keep up the "SPIRIT OF DIN BERAMBOI AND PAKNIL"...YEAH!!!

nanizzheyjaw said...

salam...bru da mse nk baca paknil pnye blog.salam takziah wlaupn dh 13hari perginya seorg shbt yg amat2 dsyngi..sy amt trkjut mndgr brita tntg perginya arwah ke rahmatullah.sy juga mrasai khilangan arwah trutamanya apabila stiap kali mndgr riuh pagi...hrp paknil tabah mnmpuhi hari2 tnpa arwah driuh pagi.al-fatihah....:(

Ogy said...

saya rasa tanpa arwah..era x seriuh cam dulu..yg ada ni pun adusss x riuh manapun...x de umpjhhh. saya tidak lagi terkejar-kejar nak dengar era.fm

Razak Bin Ramli said...

engan perjuangan kita dilahirkan. Di dalam gerak tangis kita mulai membuka mata. Di dalam bedungan ibu kita menggerakkan badan melepaskan ikatan bedung. Lepas dari asuhan ibu, kita merangkak, kita ansur tegak dan kita jatuh, lalu kita tegak lagi dan jatuh lagi. Kemudian tegak terus untuk pergi berjuang ke medan permainan, lalu ke medan hidup, lalu ke perjuangan dalam batin kita sendiri, menegakkan yang baik dan melawan yang buruk. Selama hidup kita kerjakan demikian, menjalankan titah perintah Tuhan Yang Maha Esa. Berapa pun yang dapat kita kerjakan, harus kita syukuri. Setiap hari atau masa kita hitunglah laba dan rugi. Sampai kelak datang panggilan. Panggilan yang tidak dapat ditakhirkan walau satu saat dan tak dapat pula ditaqdimkan walaupun satu saat. Panggilan yang tak dapat dielakkan oleh setiap yang bernyawa.

Maka terbukalah pintu kubur. Maknanya pindahlah kita dari hidup fana kepada hidup baqa, dari hidup dunia kepada hidup akhirat. Demikianlah kita menempuh hidup; lahir, berjuang dan akhirnya mati.

Betapa juapun kita harus percaya, bahawa kebaikan juga yang menang. Sebab asal-usul kejahatan kita bukan jahat, hanya baik semata. Kalau kejahatan pernah menang, hanyalah lantaran dorongan nafsu. Bila nafsu telah reda, kebaikan jualah yang kita junjung. Sebab itu hendaklah kita percaya hidup penuh dengan Iman dan baik sangka kepada Tuhan.
Dari buku,Falsafah Hidup- Hamka.
Biar orang menangis bila kita meninggal dunia.Kerana orang kenang kebaikan yang kita tinggalkan. Moga Allah cucuri rahmat keampunan rohnya.Amim.

ErDa EiDa said...

salam paknil..

lamanya paknil x update blog..

paknil jgnla sedih lagi..kalo paknil sdih sya pn sedih juga..dahlah pakdin dh xda..paknil plak mnghilangkan dri..

yg pergi tetap akn prgi..kita xda kuasa nk mnghalang kehendakNYA..sya pasti kalo arwah pakdin msih hdup ..dia msti x ska paknil bsedih n mnangis..mcm yg paknil ckp tu..

sya sokong paknil dlm ruangan kolumnis paknil iaitu borak paknil mgu lpas..mmg x patut pnonton "boo" sgelintir artis yg mreka x ska..kalau xska n xmnat artis yg tcalon tu...jgnla smpai mngaibkan mreka dkhalayak rmai..mmg xpatut n tngkahlaku mreka tu mnggambarkan etika yg xdak bmoral n bknlah bdaya kita sbg org tmur..kalo kita lhat anugerah di hollywood..artis yg mnang atau xdak sama mnerima tpukan drpd pnonton..wlaupun artis mreka bnyak yg mmpunyai crita kontoversi tp pminat dsana xdak prnah mncampurkan urusan pribadi dgn karier mreka..

harap pnonton n pminat seni tmpatan xdak lg mmbuat prangai yg xdak sesuai n mmalukan wlau dmana2 acara anugerah pn..jgnla sampai ada artis yg boikot x mahu pgi..n mreka jga gigit jari krn xdak dpt mlihat artis ksayangan mreka lg didpn mata..

nurulnajianasir said...

Pak Nil, InsyaAllah rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang sentiasa mendapat keredhaanNya. Semoga Pak Nil kuat dan tabah menangani ujian ini. Janganlah meratapi pemergiannya sebaliknya pohonlah agar dia bahagia di sana. Kami rindukan arwah Din, kami juga rindukan Pak Nil yang sebelum ini :(

MamaFaMi said...

Salaam Pak Nil...

Alhamdulillah tadi tengok Pak Nil kat konsert AF, Pak Nil sihat-sihat saja. Tapi kenapa Pak Nil dah lama tak update blog? Bila nak mula bertugas di ERA semula. It's just not the same, not hearing your voice, your laughter in the morning hours...

Anyway, take care ye Pak Nil.. kami doakan yang terbaik buat Pak Nil... Amin.

Anonymous said...

Blogwalking actually, but after I read your post, now I realized that DIN is very lucky because he has a friend that really love him before he 'go'. Tribute to you DIN! Dan untuk PAKNIL, banyak2kan sedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham. Hanya itu yang kita mampu bantu dia tika dia di sana.

(budak 16 tahun)

RinduKu said...

paknil..sampai hari nie.. sy akan menitiskan air mata klu teringat pakdin..paknil mmg contoh shbt dunia akhirat...sabar dan selalu redha paknil.. kita pun kan menyusul pak din nanti..bila..dan bagaimana ..toiada siapa tahu.. semoga arwah pakdin sentias dicucuri rahmat oleh Allah SWT..amin..& Al-Fatihah.

Super Syieda said...

tetiba je ekor mata saya berair...='(

ErDa EiDa said...

salam paknil..

bila paknil nk ke udara di era...xda riuh pg d era pun xper asalkan paknil ada mnemani pndengar smua..

mmg sya rindu bnar nk dgar lawak arwah pakdin n hnya layari utube tuk dgr balik lawak2 arwah ...sya tau sedih2 sya ..sedih lg paknil yg mmg rapat ngan arwah kan..

Arwah pakdin pergi disaat zaman popularitinya naik mmuncak...sapa yg bleh lupakan tuh...

seorg pnyampai radio,plawak yg hbat,mnjadi juri,plakon flm ,mnyanyi juga pnah..mlah ada rncangan sndri,wuhai beramboi...allah mha bkuasa...sbb tu rsa mcm x pcaya dia dh xda...

apa yg x bleh sya lupa ..dialog dia msa di final rja lawak.."kalo sya dh xda di era awak ambillah tmpat sya"..dialog dia pd alex..smua org ktawa ingat dia bgurau tp sapa yg tau mlainkan allah.. yg apa yg dia kta mlm tuh mnjadi realiti..hu..hu..nangis bila ulang tayang balik adegan tuh...smoga roh arwah dicucuri rahmat ..al fatihah..

Bunga said...

Salam...Al Fatihah buat arwah Din Beramboi...Riuh Pagi Di Era...kini sunyi tanpa lawak jenaka..arwah...semoga Allah swt menempatkan beliau dikalangan orang beriman....juga Al Fatihah buat arwah Achik...artis adalah insan yang sentiasa dekat di hati peminat...kehilangan mereka umpama..kehilangan insan yang kita sayangi...

mierafaziera said...

sy mmg emo masa arwah meninggal..x tau kenapa sbb mcm x percaya...masa tu sy terpikir kalau la sy pegi mcm tu je tetiba, mcm mana anak2 sy yg 2 org yg masih kecik tu, siapa yg nak jaga depa?dah la papa depa ntah kemana....sedih sgt berhari2 emo hari tu, sy berdoa bersungguh2 supaya Allah pjgkan umur sy demi anak2 saya....sy sedih sgt la arwah Din pegi...Al-Fatihah utk beliau..:-(

mimi said...

Salam..pak nil mimi nie merupakan blogger baru dalam alam maya nie...sronok dapat tengok pak nil ramai peminat...mimi cadang nak buat post tentang pak nil nie..

aibaks said...

salam paknil..saya juga terasa kesedihan yang di alami oleh semua rakan2 paknil terhadap apa yang terjadi..diharap kita semua dapat sedekahkan al-fatihah utk mereka yang tersayang..amin..

intan.sofyan said...

Pak Nil, kita doakan saja agar rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan orang yg beriman kenangan dan segala lawak yg arwah buat memang tidak dapat kita lupakan..Alfatihah..........

diarieslinnanayus said...

semoga Allah mencucuri rahmat ke atas uncle din..buat pak nil, semoga tabah menghadapi saat getir ini..arwah sentiasa di hati kiter..

Azman Jaafar said...

dah berlalu agak lama.. tetapi masih terasa... Kenapa PAKNIL tidak kembali ke petang?

emma said...

Semoga tabah ye Pak Nil. Al-fatihah untuk arwah Din Beramboi...

Farhana Zainuddin said...

Assalamualaikum .. Semoga Pak Nil kuatkan semangat dan tabahkan hati dalam menghadapi dugaan yang datangnya daripada ALLAH s.w.t .. Yang pergi hanyalah jasad arwah Pak Din, tetapi pada hakikatnya arwah sentiasa dihati kita semua .. AL-FATIHAH,, semoga roh arwah ditempatkan dalam golongan insan yang bertaqwa ..

roza said...

Paknil, hidup saya penuh dgn cerita sedih. saya tak ada kawan, cuma Paknil & arwah Din kawan yg buat saya ketawa...

Cahaya Keasyikan said...

menitis air mata sy baca post paknil..sbb sy br khilangan ayah.. :((

dyana said...

bergenang air mata aku...yg pergi biarla pergi..yg tinggal ni mari kita bertaubat..sebelum terlewat...

Nur. said...

salam pak nil,
mari lah sama2 kita doakan semoga roh arwah din beramboi sentiasa dtempatkan d tmpt org2 beriman..insya Allah

www.keryoki.tk said...

alfatihah saja yang mampu..:(

pyqa :) said...

pak nil , sbr dan terime dgn redha..setiap yg hidup pasti akn mati juga...itukan janji tuhan...semoga pak nil dpt trskn perjuangan pak nil sbg pengacara , penyampai radio , dan segalenye...sy adelah pmnt pak nil yg setia ..=)

Thalhah Omar said...

jalan terbaik untuk rakan kita..sedekahkan pahala bacaan Yassin untuknya..atau lain2 bacaan doa,ayat alquran..niat ikhlas kita mungkin akan membantu nya di alam baka..Insya Allah..jadikan pedoman dan makrifat ....

CY said...

sedihnye... al-fatihah =)

daiaziz said...

paknil....
baru je terbace...
sgt la sdey oke....=(

ali nur farah said...

yg hidup pasti akn mati..kita yg hidup perlu mneruskan hidup...jangan sedih ye..kalau arwah masih hidup tentu dia tak nak paknil sedih kn..
1 je sy pinta, jglah ank arwah bg pihaknya, kalau bkn dengan wang ringgit pun biarlah dengan kasih syg agar mereka masih dapat merasa hangatnya kasih seorg ayah...

Ibu Aqmar said...

sedey la plak bila baca post nih. Al-Fatihah utk Din Beramboi. sabo yer Pak Nil. Mungkin ada hikmah pemergiannya.

bedoi said...

Salam,
Kini Radio era menjadi pilhan ramai, Oleh itu kita harus memberi perhatian yg sewajarnya ke atas beberapa slot yg diudarakan. Saya terpanggil utk memberi pandangan ke atas slot Can I Help You. Adakah slot ini slot gurauan, Sendiran,mendidik atau saja-saja. Jika ia untuk sendiran, gurauan yg melampau dan saja-saja. Saya berpandangan ia perlu diteliti semula. Pendapat saya slot ini lebih cantik jika pengendali memberi penambahbaikkan kepada 'mangsa'bagaiaman untuk berkomunikasi jika soalan-soalan sedemikian diutarakan. jadi dalam gurauan yg x melapau kita memberi perkhidmatan. Jadinya Pengendali tak lah nampak terlalu semak tapi smart. Terima kasih.

nora said...

paknil,sayunya cerita paknil ni......sungguh tersentuh perasaan sy...mengalir juga air mata ku ini apabila membaca artikel ini..sampai begitu sekali arwah mahukan.......huhuhuhu.....

Anonymous said...

saye suke pak nil sy angap pak nil mcm ayah sy sbb ayah sy tinggalkan sy

Anonymous said...

Pilunya hati saya apabila baca petikan dari uncle Aznil. Saya pasti ramai orang amat merindui Allahyarham Din Beramboi. Lagipun, hari ini merupakan hari memperingati pemergian Arwah Din yang kelima. Dan saya sentiasa mendoakan beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman. :')

Anonymous said...

An unexpected poem for the Fifth death anniversary of Din Beramboi by Nurain Nabilah Nazri

Life goes on, keep it with faith and we will never let you walk alone.
As your friend had left us, we always pray for him.
Be strong... and may his memory keep in your heart.

We feel lonely without his voice,
Our hearts' empty without him...
But his spetacular moments still in our mind,
You are not alone... because we really miss him so much.

Allah loves him more...

After five years without him beside you,
The memories with your friend still in your heart.
Anyone said, "I wish you were here..."
As all of Malaysians really miss his voice, funny and we feel sad and sorrow without him.

Although he died in 5 years ago,
we always love him and miss him... all these miles away.

Anyong hi-kyeseyo, Din Beramboi... (Y_Y)

«Oldest ‹Older   601 – 639 of 639   Newer› Newest»